PENGGAL 3:
BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA
Arahan: Siapkan nota berdasarkan soalan di bawah.
5. Impak aIam sekitar dan pengurusannya (24Waktu)
ARAHAN: Siapkan nota berdasarkan perkara di bawah)
5.1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar (10 waktu)
a) Mengenal pasti impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar fizikal
(i) Kemerosotan kualiti alam sekitar
(ii) Kemerosotan dan kepupusan sumber
(b) Menghuraikan impak aktiviti manusia terhadap persekitaran fizikal
(i) Kemerosotan kualiti alam sekitar
- Hakisan
- Tanah runtuh dan kegagalan cerun
- Banjir
- Kemarau
- Tanah tandus
- Pemanasan setempat dan global
- Pencemaran
- Air
- Tanih
- Udara
- Bunyi dan bau
- Sampah sarap
- Sisa toksik dan berbahaya
(ii) Kemerosotan dan kepupusan sumber
- Ancaman kepupusan sumber
- kepelbagaian biologi
- Kehabisan sumber
(c) Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar
(i) Perhutanan
(ii) Perindustrian
(iii) Pengangkutan dan .perhubungan
(iv) Pertanian dan penternakan
(v) Perikanan dan akuakultur.
(vi) Pembinaan (petempatan dan infrastruktur)
(vii) PerIombongan dan kuari
(viii) Pelancongan dan rekreasi
(Catatan: Tumpuan kepada negara Malaysia)
==============================================================
5.1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar (8 waktu)
A. Hakisan
Aktiviiti-aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya hakisan:-
1.Aktiviti Pembalakan/penyahhutanan
Penebangan hutan merupakan punca utama terjadinya hakisan tanah. Kejadian hakisan mudah berlaku disebabkan akar pokok yang berperanan mencengkam tanah tidak berfungsi lagi.
Pembalakan secara tidak terkawal bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan, tetapi juga merosakkan kawasan tadahan. Apabila hutan ditebang permukaan tanah menjadi gondol dan hal ini mempercepat kadar hakisan tanah apabila berlakunya hujan.
Tanah yang terhakis akan clibawa oleh air larian ke sungai. Ia menyebabkan sungai menjadi semakin cetek kerana berlakunya pemendapan di dasar sungai. Sungai yang cetek mudah melimpah apabila hujan lebat dan akhirnya berlaku banjir.
Contoh Berkaitan:
Di Malaysia, kegiatan pembalakan di hutan Perak menjadi punca berlakunya banjir lumpur berhampiran kawasan perkampungan orang Asli Pos Dipang, Perak pada 29 Ogos 1996 yang menyebabkan 39 orang mati dan 5 orang hilang.
2.Kesan Pertanian Pindah dan Pembangunan Tanah
Huraian:
1.Pertanian pindah yang dijalankan oleh orang Asli di kawasan pedalaman
juga menggalakkan berlakunya hakisan.
2 Hasil pertanian biasanya tinggi pada tahun pertama, namun mulai berkurang pada tahun-tahun berikutnya kerana faktor hakisan dan kehilangan kesuburan tanah. Setelah tiga atau empat tahun, tanah berkenaan tidak dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Tanah itu akan ditinggalkan dan petani akan mencari prospek baru yang sesuai dijadikan tapak pertanian.
3 Faktor yang mempercepat hakisan tanah dalam kaedah pertanian pindah ialah tidak adanya tanaman tutup bumi dan tanaman ditanam di cerun cerun bukit tanpa berteres.
6 Pembukaan tanah hutan secara besar-besaran bagi tujuan pembinaan dan pertanian seperti yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menyebabkan masalah hakisan tanah yang teruk, khususnya pada peringkat awal pembukaan tanah.
7 Penebangan dan penerokaan tanah hutan di kawasan hulu sungai menyebabkan sungai dicemari oleh lumpur dan kelodak, terutamanya semasa hujan lebat. Kegiatan perlombongan di hulu sungai juga menyebabkan sungai berkelodak.
Contoh Berkaitan:
Felda Jengka - Pahang
Tanah Tinggi Cameron-
B - Tanah runtuh dan kegagalan cerun
Isi Utama: 1
Kegiatanpertanian
Huraian:/contoh
1 Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi terawal dijalankan di kawasan tanah tinggi. Aktiviti mi tertumpu di Banjaran Titiwarigsa terutamanya diTanahTinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.
2 Kegiatan pertanian dijalankan secara ekstensif di Tanab Tinggi Cameron meliputi 7340 hektar atau 10.8 % daripada keluasan Daerah Tanah Tinggi Cameron.
Isi Utama:2
Aktiviti perlombongan, Perbandaran dan Pelancongan
Huraian/Contoh
1 Perlombongan mineral seperti emas, bijih besi, kaolin, batu kapur biasanya dijalankan di kawasan tanah tinggi.
2 Kebelakangan mi, kawasan tanah tinggi juga menerima tekanan aktiviti perbandaran. Akibatnya banyak bandar-bandar baru dibuka dan memben tekanan kepada alam sekitar. ContohnyaTanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser semakin padat dengan bangunan hotel sejajar dengan status sebagai pusat pelancongan tanah tinggi utama.
C - Banjir dan Banjir kilat
Isi Utama: Kejadian banjir
Huraian/contoh
1 Banjir merupakan satu lagi fenomena yang tidak asing berlaku di Malaysia. Ia sering berlaku pada musim tengkujuh iaitu pertengahan bulan Oktober hingga pertengahan bulan Januari. Namun, yang menjadi masalah ialah banjir yang tidak disangka iaitu banjir kilat.
2 Banjir kilat bukan lagi fenomena luar biasa di kawasan bandar utama iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Proses pembangunan dan perbandaran merupakan sebab utama berlakunya banjir kilat, Contohnya di Kuala Lumpur terdapat dua batang sungal utama iaitu Sungai Klang dan Gombak. Penebangan pokok dan penebangan hutan merupakan perkara biasa di Kuala Lumpur dan Selangor. Justeru, apabila berlaku hujan lebat, sungai dan longkang akan dipenuhi air dan akhirnya melimpah di kawasan berdekatan dan berlakulah banjir.
D - Kemarau
-penebangan hutan
E- Tanah tandus
1.penebangan hutan, perlombongan bijih timah, aktiviti pertanian pindah
F-Pemanasan setempat dan global
Konsepnya - Berkaitan dengan peningkatan suhu setempat/dunia.
- Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
- Kajian mendapati kawasan Artik lebih cepat jadi panas berbanding kawasan lain.
i.Pertanian:
- pada peringkat awal & semasa proses tanaman semula tnh menjadi gondol, men-yebabkan kelem-bapan bandingan rendah
eg. kaw. Felda dan pembangunan kaw. pertanian di Cameron Highland menyebabkan suhu me-ningkat 2 - 3°
ii.Pembalakan
- kaw pembalakan yg gondol men-yebabkan kelem-bapan bandingan rendah.
- kandungan air diserap oleh matahari
eg. kawasan @ tapak pembalakan di Hulu T'ganu, pedalaman P'hg, S'wak, S'bah
iii.Perlombongan
- pengondolan kaw. perlombongan memanaskan kaw. setempat
eg. perlombongan tembaga di Bkt. Mamut (Sabah)
iv.Perindustrian
- pembinaan kaw. industri memus-nahkan kaw. hutan
- pembinaan bangunan dan penurapan tanah dengan simen & tar meningkatkan haba 2 - 3°C
eg. zon industri Shah Alam (Selangor
Pengangkutan
- kemajuan sis. pengangkutan menyebabkan banyak kaw. ditar & diturap
- peningkatan suhu 2 -3°C
eg. Bandaraya Kuala Lumpur
v.Pembandaran
- jln. ditar, pokok² ditebang hingga mewujukan fenomena "Pulau Haba Bandar"
eg. kaw. Lembah Kelang
G. Penccmaran (rujuk folder)
- Air (pembalakan, perindustrian, sisa domestik, perlombongan,perternakan,pelacongan, pertanian,)
- Tanih (pertanian,pelancongan, perindustrian,domestik)
- Udara (pengangkutan,pembandaran,pembakaran terbuka, perlombongan, perindustrian)
- Bunyi dan bau (perlombongan kuari,pengangkutan, perindustrian,pembandaran,perternakan)
- Sampah sarap (domesik,pelancongan,industri,)
- Sisa toksik yang berbahaya(perindustrian,pertanian,nuklear)
Soalan Ujian 1
Jelaskan bgmnkah kegiatan pelancongan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.berikan contoh yang sesuai.
(ii) Kemerosotan dan kepupusan sumber
- Ancaman kepupusan sumber
= Hutan
= Mineral:petroleum, kuari, bijih timah
= Air: sungai, tasik, laut
= Pantai dan Marin: ikan, ketam, udang, batu karang
= Tanih: menjejaskan nutrien, humus dan garam mineral dalam tanah
- kepelbagaian biologi
=musnah spesies hutan,
= habitat haiwan terancam
=pupusnya spesies haiwan
- Kehabisan sumber
(c) Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar
(i) Perhutanan
(ii) Perindustrian
(iii) Pengangkutan dan .perhubungan
(iv) Pertanian dan penternakan
(v) Perikanan dan akuakultur.
(vi) Pembinaan (petempatan dan infrastruktur)
(vii) PerIombongan dan kuari
(viii) Pelancongan dan rekreasi
(Catatan: Tumpuan kepada negara Malaysia)
Jadual1. Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar
Aktiviti manusia/ Jejas Alam Sekitar
| (i) Perhutanan | (ii) Perindustrian | (iii) Pengangkutan dan perhubungan | (iv) Pertanian dan penternakan | (v) Perikanan dan akuakultur. | (vi) Pembinaan petempatan dan infrastruktur | (vii) PerIombongan dan kuari | (viii) Pelancongan dan rekreasi |
a.Hakisan | | | | | | | | |
b.Tanah runtuh dan kegagalan cerun | | | | | | | | |
c.Banjir | | | | | | | | |
d.Kemarau | | | | | | | | |
e.Tanah tandus | | | | | | | | |
f.Pemanasan setempat dan global | | | | | | | | |
g.Penc..Air | | | | | | | | |
h.P. Udara | | | | | | | | |
i. P.Tanah | | | | | | | | |
j. P.Bunyi | | | | | | | | |
k.P. Bau | | | | | | | | |
l.P Sampah | | | | | | | | |
m.Sisa Toksik | | | | | | | | |
n. Kepupusan Sumber | | | | | | | | |
Nota: Senaraikan aspek aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar yang berkaitan dan tandakan / pada petak yang sesuai
5.2 Impak sosial (2 waktu)
Membincangkan impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia
(a) Kesihatan
(b) Keselamatan
(c) Kerosakan dan kemusnahan harta benda
(d) Aktiviti ekonomi
(e) Aktiviti sosial
(Catatan:Tumpuan kepada negara Malaysia)
Jadual 2 Membincangkan impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia
Kehidupan manusia ------------- impak Alam Sekitar | (a) Kesihatan | (b) Keselamatan | (c) Kerosakan dan kemusnahan harta benda | (d) Aktiviti ekonomi | (e) Aktiviti sosial |
a.Hakisan | | | | | |
b.Tanah runtuh dan kegagalan cerun | | | | | |
c.Banjir | | | | | |
d.Kemarau | | | | | |
e.Tanah tandus | | | | | |
f.Pemanasan setempat dan global | | | | | |
g.Penc..Air | | | | | |
h.P. Udara | | | | | |
i. P.Tanah | | | | | |
j. P.Bunyi | | | | | |
k.P. bau | | | | | |
l.P Sampah | | | | | |
m.Sisa Toksik | | | | | |
Nota: Senaraikan impak alam sekitar yang berkaitan menjejaskan kehidupan manusia dan tandakan / pada petak yang sesuai.
5.3 Pengurusan alam sekitar (10 waktu)
5.3.1 PemeIiharaan dan pemuIiharaan alam sekitar
(a) Membezakan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan
i. Pemeliharaan merujuk kepada langkah pengawalan memelihara alam sekitar daripada kerosakan atau kemusnahan akibat pembangunan atau dieksplotasi oleh manusia secara keterlaluan dan secara tidak terancang.
ii. Pemuliharaan merujuk kepada langkah pengawalan membaik pulih alam sekitar yang semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan dilakukan melalui langkah perundangan(penguatkuasaan dan pemantau) dan langkah bukan perundangan (pengurusan strategik, kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar).
(b) Membincangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
a. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Akta ini digubal sebagai perundangan yang komprehensif yang memberikan asas undang-undang yang sama bagi mengkordinasikan kesemua aktiviti berkaitan dengan pengawalan alam sekitar di seluruh negara.
b. Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan(PBT). JAS adalah badan yang bertanggungjawab menilai, memantau dan mengawal segala aspek yang berkaitan dengan alam sekitar dan dibantu oleh PBT.
c. Denda, kompaun dan penjara. Penguatkusaan denda, hukuman, kompaun, penyitaan, dan penjara perlulah dilaksanakan terhadap mereka telah mencemarkan alam sekitar.
d.Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Penilaian impak alam sekitar (EIA) adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar.
ii.Langkah mengawal hakisan tanah
1) a.Penggunaan gabion (sangkar dawai yang diisi batu) yang diletakkan di kaki cerun yang telah dipotong bagi tujuan menstabilkan cerun berkenaan.
2) Membina benteng atau tembok penahan yang diperbuat daripada batu
3) Menyimen keseluruhan permukaan cerun bukit bagi mengurangkan proses susupan air dan mengelakkan ketepuan air tanih. Permukaan cerun yang dikonkrit diletakkan juga paip-paip untuk air tanih keluar.
4) Pembinaan longkang bertingkat mengikut teres-teres yang dibina di permukaan dan seterusnya
ii.Langkah mengawal pencemaran udara
1) Menempatkan industri mengikut zon.
2) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam
3) Mengalakkan penggunaan kenderaan mesra alam (kereta hibrid)
4) Mengelakkan pembakaran terbuka
5) Mengawal penggunaan CFC
6) Menghijaukan kawasan
La iii. Langkah mengawal kualiti air
1) Merawat semula air yang tercemar
2) Mengawal aktiviti pembangunan
3) Mengawal selia aktiviti pengangkutan air
4) Pemantauan yang lebih kerap oleh pihak yang
dipertanggungjawab.
L iv. langkah mengawal sumber kepelbagaian biologi hutan
1) Menjalankan program penghutanan semula
2) Pembalakan secara penebangan terpilih
3) Amalan rawatan sivikultur
4) Meningkatkan usaha R & D perhutana
(ii) Langkah bukan perundangan
5.3.2 Pembangunan berterusan (lestari)
(a) Mentakrifkan konsep pembangunan berterusan (lestari)
(a) Pembangunan Iestari bermaksud pembangunan yang lakukan berterusan(pembangunan mapan) tanpa mengorbarkan alam sekitar bagi memenuhi keperluan masa kini dan juga generasi yang akan datang.
# contoh aktiviti pembangunan lestari seperti hutan simpan, tukun tiruan, pembinaan kereta kabel di Langkawi dll
(b) Menghuraikan lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)
(i) Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi
Aktiviti ekonomi moden( Pertanian,) bagi mengurangkan kadar kemiskinan
. (ii) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
Menggalakkan sektor pertanian moden bagi mengurangkan kemiskinan tegar yang menyebabkan kemusnahan sumber alam.
(iii) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
Membaik pulih alam sekitar dengan menggunakan kecekapan teknologi
(iv) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung
Jumlah penduduk sama dengan sumber alam yang ada
(v) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko.
Penggunan teknologi mesra alam bagi mengurangkan kadar pencemaran alam
(vi) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan
Memastikan punca kerosakan alam sekitar apabila aktiviti ekonomi dilaksanakan dan langkah mengatasinya secara bersama
(vii)Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa
Negara maju perlu membantu negara sedang membangun dalam memajukan ekonominya namun penjagaan alam sekitar juga perlu diberi penekanan
(viii) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa
Penjagaan alam sekitar perlu kerjasama semua negara melalui perjanjian- perjanjian kerja bersama dalam melindungi alam sekitar daripada mengalami kemerosotan/ tercemar
(catatan:pembangunan berterusan (lestari) yang memenuhi keperluan generasi
masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang)
(c) Menghuraikan pelbagai bentuk kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan berterusan (lestari)
(i) Persidangan Stockholm- persekitaran manusia
(ii) Persidangan Rio- persekitaran dan pembangunan
(iii) Persidangan Johannesburg- pembangunan berterusan
(iv) Protokol Montreal - CFC dan lapisan ozon
(v) Protokol Kyoto- gas rumah hijau (terutamanya karbon dioksida)
(vi) Deklarasi Langkawi - pengurusan alam sekitar di kalangan
negara-negara Komanwel
(c) Menghuraikan pelbagai bentuk kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan berterusan (lestari)
i. Persidangan Stockholm: persekitaran manusia
Persidangan ini diadakan pada jun 1972 di Stockholm yang dianggotai oleh 113 negara. Dianjurkan olehPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, isu persekitaran manusia yang bertemakan Prinsip dan Alam Sekitar. 1. Pembasmian kemiskinan.
Ø Isu membasmi kemiskinan berkaitan dengan perkembangan urbanisasi dan petempatan penduduk.
Ø mengurangkan masalah persekitaran yang timbul nanti.
2. Penjagaan sumber semula jadi
Ø Maklumat berkaitan dengan penjagaan sumber semula jadi dikongsi negara anggota
Ø Menekankan langkah pengekalan sumber yang boleh diperbaharui
3. Pendekatan sains dan teknologi
Ø menyelesaikan masalah persekitaran seperti pencemaran alam sekitar, kemerosotan persekitaran dan kepupusan sumber.
Ø masyarakat dunia bertanggungjawab melindungi kelestarian dan meningkatkan kualiti hidup
Persidangan Rio: Persekitaran dan Pembangunan
ü Fokus kepada kerjasama antarabangsa bagi membantu Negara-negara dunia untuk memikirkan kembali tentang pembangunan ekonomi dan mengekang pencemaran dan kemusnahan sumber semula jadi dunia. Persidangan dianjurkan oleh PBB di Rio de Janeiro pada jun 1992.
Prinsip persekitaran dan pembangunan yang dipersetujui |
PENGLIBATAN NEGARA ANGGOTA |
PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR |
AGENDA 21 Bahagian I: Pembangunan sosial dan ekonomi |
|
Bahagian II: Pemeliharaan dan pengurusan sumber untuk pembangunan |
Bahagian IV: Penekanan cara pelaksanaan |
Bahagian III: memperkasakan peranan kumpulan penduduk besar |
iii. Persidangan Johannesburg, Afrika selatan 2002: Pembangunan Berterusan
·
Tertumpu kepada plan tindakan yang konkrit untuk merealisasikan prinsip pembangunan lestari (berterusan).
· Terdapat 8 prinsip pembangunan lestari yang dikemukan.
Huraiannya
1. Kunci utama persidangan ini ialah keperluan untuk membasmi kemiskinan, kawalan penduduk, pengagihan dan pengurusan sumber alam yang cekap dan opimum agar kesejahteraan hidup dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.
2. Dalam konteks, kelestarian hidup, Negara membangun perlu membina keupayaan dalam bidang teknologi, ilmu pengetahuan, ICT, kewangan, perdagangan , sains, kepelbagaian teknologi serta pembangunan yang mampan
3. Negara maju pula perlulah membantu dan memberikan kerjasama kepada Negara membangun untuk bersama.
4. Kerjasama antara Negara perlu diadakan menerusi perancangan strategic, adil dan disusuli tindakan yang konkrit. Kerjasama membabitkan perbagai perkara, termasuk mengurangkan kemiskinan, pembangunan berimbang dan perkongsian bijak.
5. Dunia perlu merapatkan jurang antara kaya – miskin supaya penghuni dunia dapat hidup dengan adil dan saksama.
iv. PROTOKOL MONTREAL-CFC DAN LAPISAN OZON
v Protokol Montreal dibentuk bagi menangani masalah penipisan lapisan ozon global bagi mencapai pembangunan lestari
· Salah satu perjanjian alam sekitar Pelbagai Hala (MEAs) yang telah mendapat kerjasama antarabangsa dengan melibatkan 191 buah Negara.
· Dibentuk khusus untuk menangani masalah penipisan lapisa ozon global
· Lapisan ozon berperanan sebagai lapisan perlindungan kepada segala bentuk hidupan di bumi.
· Lapisan ini perlu dikekalkan supaya kehidupan tidak terdedah secara berlebihan kepada sinaran UV yang boleh mendatangkan kesan buruk.
· Melalui protokol ini, bahan-bahan yang boleh memusnahkan lapisan ozon seperti klorofluokarbon (CFC), hidroklorofluorokarbon (HCFCs), halon, metil klorofom, dan karbon tetraklorida perlu dikawal pengeluarannya oleh setiap negara anggota.
Isu Kandungan Protokol Montreal 1987
Ø Setiap Negara anggota bersetuju dengan perkara-perkara yang berikut
i. Mengenal pasti punca pelepasan secara meluas bahan-bahan pencemar udara yang boleh menipiskan lapisan ozon
ii. Tegas dalam melindungi lapisan ozon dengan mengambil langkah pencegahan awal melalui pengawalan pelepasan bahan-bahan pencemaran global
v. Protokol Kyoto: Gas Rumah Hijau
1. Protocol ini dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997. Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam persidangan rangka kerja PBB merupakan perubahan iklim yang berkaitan dengan isu pemanasan global.
2. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protocol ini di Negara masing-masing terutama Negara-negara perindustrian berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas rumah kaca iaitu karbon dioksida, metana, sulphur heksa florida, CFC, nitrous oksida dan perfluorokarbon yang merupakan punca berlakunya pemanasaan global.
3. Potokol Koto dijangka berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 c dan 0.28c setahun sehingga tahun 2050 jika Berjaya dilaksanakan.
4. Sebahagian besar ketetapan protocol Kyoto terlebih dahulu ddikuatkuasakan kepada Negara-negara maju kerana Negara-negara majuah yang paling banyak membebaskan gas-gas rumah kaca melalui sector perindustrian dan aktiviti ekonomi yang lain.
vi. Deklarasi Langkawi: Pengurusan Alam Sekitar Di Kalangan Negara Komanwel
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.
Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi
PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi Langkawi.
Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar.
Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:
a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;
b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan
c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.
Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.
Apa itu Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.
viii. Persidangan Bali 2007
Persidangan Perubahan Iklim (Climate Change) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan di Bali, Indonesia dan berlangsung selama 12 hari (3-14 Disember 2007). Persidangan ini merupakan sesi peringkat tertinggi kepada United Nations Framework Convention On Climate Change (UNFCCC) dan Kyoto Protocol (KP). Persidangan tersebut, melibatkan 192 buah negara peserta (COP13 UNFCCC) dan 176 buah negara peserta (CMP3 KP). Dianggarkan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 11,000 orang. Pelan Bali yang dicapai pada persidangan tersebut dianggap sebagai suatu pencapaian utama yang menyaksikan semua pihak bersetuju menyumbang kepada usaha menyiapkan perjanjian komprehensif yang perlu dipatuhi oleh semua negara selepas 2012. Perjanjian ini merangkumi aspek mitigasi, adaptasi, pemindahan teknologi dan bantuan kewangan. Persidangan tersebut telah menekankan betapa pentingnya kaitan di antara kemiskinan dengan pembersihan hutan (deforestration) dalam usaha menangani isu pemanasan global. Beliau turut menghuraikan kejayaan mengurangkan jurang kemiskinan daripada lebih 50% pada tahun 1970 kepada 5.5% pada masa kini.
-----------------------------------------
(d) Membincangkan kepentingan kerjasama antarabangsa
(i) Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global
- Isu alam sekitar yang bersifat global dan merentasi sempadan
- Pemanasan global
- Penipisan lapisan ozon
- Pencemaran udara dan air
(ii) Penjagaan alam sekitar secara global
- melalui PBB langkah-langkahnya ialah:-
- Ketetapan, perjanjian dan persetujuan di kalangan negara anggota
untuk melindungi alam sekitar dunia daripada terus terjejas akibat akiviti
manusia;-
Protokol Montreal - CFC dan lapisan ozon
Protokol Kyoto - gas rumah hijau (terutamanya karbon dioksida)
Deklarasi Langkawi - pengurusan a1am sekitar di kalangan negara-negara Komanwel
(iii) Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan (lestari)
(Catatan:
No comments:
Post a Comment