1.7 pertum penduduk

GEOGRAFI  B: ALAM SEKITAR MANUSIA

PERTUMBUHAN PENDUDUK

-------------------------------------------------------------------------
ARAHAN : Siapkan nota berdasarkan soalan di bawah

1. Nyatakan maksud konsep-konsep di bawah

a. Maksud  kadar pertumbuhan penduduk:
b. Maksud  kadar pertumbuhan penduduk  semulajadi
c. Maksud  kadar pertumbuhan penduduk  sifar
d. Maksud  kadar pertumbuhan penduduk  semulajadi negatif
e. Maksud  kadar pertumbuhan penduduk  semulajadi positif

2.Bandingkan trend pertumbuhan penduduk di wilayah dunia dan negara Malaysia (buat grafik)

3-Nyatakan formula dan cara pengiraan  kadar pertumbuhan tahunan  penduduk sesebuah negara..
Contoh: kirakan kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia sekiranya  Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah 23 494 900 orang dan tahun 2010 ialah 28 334 100 orang. Kirakan kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia. Anggarkan jumlah  penduduk Malaysia pada tahun 2020 .


Jumlah Penduduk Malaysia (2000) = 21 793 293 orang
Bilangan Kelahiran                          =  551 370 orang
Bilangan Kematian                          =  114 414 orang

 


4.Bagaimana untuk menghitung:- 

i. kadar kelahiran kasar                                             ii. Kadar kematian kasar
iii.Peratus Kadar  Kelahiran.                                     iv. Peratus Kematian
v.kadar pertumbuhan penduduk semulajadi

Contoh pengiraan spt berikut (rujuk soalan berikut)
5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk  di sesebuah negara (Malaysia).
                       
6-Huraikan kesan negatif dan positif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap ciri ekonomi dan sosioekonomi sesebuah negara.

7. Apakah maksud proses penuaan dan huraikan kesannya terhadap demografi dan sosioekonomi sesebuah negara.                                   

Rujukan
1. Roslan Muhammad & Hj Mohd Suki .2016. Teks Efektif STPM Penggal 1, Ilmu Bakti Sdn Bhd. Petaling Jaya, Selangor.


2. http://www.gf2uplus.blogspot.com.   




 ---------------------------------------------------------------------------------


SOALAN PERTUMBUHAN PENDUDUK / PERTAMBAHAN PENDUDUK

KONSEP  :

Kadar Pertumbuhan Penduduk :
Merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu dan angkanya dlm bentuk peratusan atau pun per seribu orang. Dikira berdasarkan kpd pertumbuhan semulajadi ( kadar kelahiran – kadar kematian)  ditambah dengan migrasi bersih ( imigrasi – emigrasi). Contoh :  Pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.53% atau 25 orang / 1000 ( pertumbuhan 25 orang  bagi setiap 1000 orang penduduk)

Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi :
Dikira berdasarkan kpd  peratus kadar kelahiran – peratus kadar kematian sahaja.

Kadar Pertumbuhan Penduduk Sifar :
Tidak berlaku pertambahan penduduk di sesebuah negara kerana kadar kelahiran dan kadar kematian yang sama dalam tempoh tersebut. Begitu juga dengan migrasi masuk dan migrasi keluar dalam jumlah yang sama. Pertambahan penduduk adalah 0.

Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi Negatif :
Arah pertambahan penduduk adalah berkurangan iaitu kadar kelahiran kurang daripada kadar kematian. Berlaku di negara maju. Contoh : Itali, Sweden dll

Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi Positif :
Arah pertambahan penduduk sama ada pesat atau perlahan iaitu kadar kelahiran lebih tinggi berbanding dengan kadar kemaatian. Berlaku di negara-negara sedang membangun dan negara dunia ke 3. Contoh: Bangledesh, Pakistan, Vietnam

Pertumbuhan Penduduk :
Pertumbuhan Penduduk Semulajadi (kadar kelahiran – kadar kematian) + migrasi bersih (imigrasi – emigrasi). Contoh :

Kadar pertumbuhan tahunan penduduk formula berikut:           r   =1/n Log e (Pn / Po) X 100

r    Kadar pertumbuhan
n   Bilangan tahun
Pn  Penduduk tahun semasa
Po  Penduduk tahun asas

Contoh: kirakan kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia sekiranya  Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2001 ialah 28 000 000 orang dan tahun 2010 ialah 32 000 000 orang.
1.32  % setiap tahun utk 10 tahun



Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia dan Wilayah

Jadual penduduk dunia (video 1) (video 2: impact Rapid Pop)


1. Apa yang dapat diperhatikan daripada Jadual 3.1 ialah:

(a) pertumbuhan penduduk dunia  perlahan sebelum kurun ke-19 atau sebelum tahun 1800:

(b) kepesatan pertumbuhan penduduk semenjak awal kurun ke-19 atau tahun 1800 mula nampak ketara; sebahagian besar berlaku di Eropah
berikutan Revolusi Pertanian dan Revolusi Industri;

(c) kepesatan pertumbuhan penduduk dunia dalam masa 50 tahun yan lalu tiada bandingan; sebahagian besar berlaku di dunia kurang maju selepas Perang Dunia Kedua;




 2 Jika kadar pertumbuhan sekarang (1990-an) 1.6 peratus setahun berterusan, maka penduduk dunia alan berganda dalam masa 42 tahun, empat kali ganda dalam masa 84 tahun dan menjadi lapan kali ganda, laitu 44 biion orang dalam masa 126 tahun. Kadar pertumbuhan penduduk dunia pada tahun-tahun 1950 hingga 2000 ialah 1.8 peratus setahun.

3 Bagaimanapun, ada tanda-tanda bahawa kadar pertumbuhan penduduk dunia pada masa ini sedang merosot, iaitu daripada 1.8 peratus kepada 1.6 peratus setahun, menunjukkan pertumbuhan penduduk akan semakin perlahan.



Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia

1 Trend pertumbuhan penduduk negara Malaysia secara keseluruhannya ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Tahun 1911 merupakan tahun paling awal sesuatu anggaran jumlah penduduk Malaysia boleh dibuat.



2 Pada kira-kira pertengahan kurun ke-19, Malaysia mempunyai penduduk yang agak kecil sekitar 400 000 orang. Kadar pertumbuhan penduduk ketika itu amat perlahan kerana:
(a) taraf kesihatan rendah,
(b) kawalan penyakit tidak berkesan,
(c) keadaan politik yang kurang stabil,
(d) sistem ekonomi sara diri yang tidak mampu menampung pertambahan penduduk yang ramai.

3 Kadar pertumbuhan yang agak tinggi ini dijangka mula menurun, terutama kerana sudah ada tanda-tanda yang kadar kelahiran dan kesuburan di kalangan wanita Malaysia mula merosot kerana pelbagal faktor pendidikan, kerjaya, saiz keluarga kecil, pemodenan, perkahwinan lewat dan sebagainya.

4 Jumlah ini kira-kira 6 peratus daripada jumlah penduduk negara. Jumlah warganegara asing dalam penduduk Malaysia semakin meningkat. Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi ialah 2.1 peratus, manakala kadar pertumbuhan penduduk pada masa yang sama ialah 2.6 peratus. Perbezaan 0.5 peratus ialah sumbangan migrasi bersih.

Contoh latihan 2:
 Kirakan kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia sekiranya  Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2008 ialah 30 789 567 orang dan tahun 2012 ialah 35 342 345 orang.
2.76 %
Pengiraan Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi  :

Contoh : Malaysia tahun 2000

Jumlah penduduk : 21 793 293 orang
Bil Kelahiran  :  551 370 orang
Bil Kematian   :  114 414 orang

Kadar Kelahiran Kasar         =          Bilangan Kelahiran  X 1000
                                                            Jumlah Penduduk
                                                =          551 370    X   1000
                                                          21 793 293
                                                =          25.3 org / 1000

Kadar Kematian Kasar         =          Bilangan Kematian    X  1000
                                                            Jumlah Penduduk
                                                =          114 414     X   1000
                                                         21 793 293
                                                =          5.2 org / 1000

Peratus Kadar Kelahiran      =          25.3    X  100
                                                            1000
                                                =          2.53%

Peratus Kadar Kematian       =          5.2      X  100
                                                            1000
                                                =          0.52%

Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi    =    % kadar kelahiran  -  % kadar kematian
                                                                        =            2.53  -  0.52
                                                                        =          2.01%

Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi di Malaysia pada tahun 2000  ialah 2.01%



  5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk  di sesebuah negara (Malaysia).


peta i-think |


a.        Faktor Kadar kelahiran.

      Definisi   Konsep :
Jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.

Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf kesihatan, status kerjaya dan umur berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan ekonomi negara dll.

b.        Kadar kematian.

Definisi Konsep :
Jumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.

Faktor yang mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan dan politik yang tidak stabil, bencana alam, penyakit, kebuluran, kemunduran ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan kemudahan asas dll.

Kadar kelahiran yang tinggi dgn kadar kematian yang rendah akan menyebabkan berlakunya pertumbuhan penduduk yang tinggi. Kadar kelahiran yang tinggi dgn kadar kematian yang rendah kerana tahap kesihatan yang semakin meningkat.  Kemudahan klinik desa bagi ibu-ibu mengandung dapat mengurangkan risiko kematian bayi dan memudahkan pemeriksaan antinatal dijalankan seawal 2 bulan mengandung terutama di kawasan luar bandar. Ibu-ibu diwajibkan bersalin di hospital. Bayi-bayi yang baru dilahirkan terus diberi suntikan pelalian utk tambah ketahanan badan mengawal penyakit. Contoh: Suntikan BCG.


c.      Migrasi bersih.

    . Kadar migrasi bersih diperolehi apabila kadar migrasi masuk ditolak dengan kadar migrasi keluar.  Kemasukan migrasi disebabkan terdapat banyak peluang pekerja dalam sesebuah negara. Contoh dalam bidang perindustrian. Faktor migrasi keluar  disebabkan faktor pendidikan yang luas di luar negara. Di samping itu, terdapat faktor mengikut keluarga yang menetap di luar negara.    Kadar migrasi bersih turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.. 


 d.    Dasar Kerajaan
            Dasar 70 juta penduduk pada tahun 2100 turut menjadi pemangkin kepada jumlah pertambahan penduduk yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan. Antaranya, rebat cukai pendapatan, kemudahan cuti bersalin dua bulan bergaji hingga 5 orang anak, kemudahan rawatan percuma ibu-ibu mengandung, pendidikan percuma kepada anak-anak, dan lain-lain. Di India negeri terpadat penduduk cadang polisi dua anak.(rujuk website)

          


e.      Kahwin Awal
Amalan kahwin awal (sekitar usia 20-an) menyumbang kpd kadar kelahiran yang
tinggi kerana tahap fertility yang tinggi dan jangkamasa utk lahirkan anak adalah panjang. Tahap kesuburan yang tinggi menggalakkan mereka berkeluarga besar. Contoh : Negeri Kelantan membenarkan perkahwinan bagi gadis seawal usia 16 tahun.[ Berita 1  ] [ berita 2]

f.      Faktor Agama dan Adat
Konsep keramaian umat bagi masyarakat beragama Islam dan larangan dalam
pengguguran kandungan serta perancangan keluarga menyebabkan kadar kelahiran di kalangan masyarakat Islam tinggi. Bagi masyarakat Cina pula, keperluan kepada anak lelaki  satu adat yang dipegang oleh masyarakat ini.  Peranan sebagai pewaris  menyebab kan kadar kelahiran bertambah selagi  keluarga tersebut tidak memiliki anak lelaki.

g.     Kestabilan Politik 
Dalam jangkamasa panjang faktor ini, turut membantu pertambahan penduduk. Negara
yang aman dan stabil memberi peluang  kepada kerajaan merancang sama ada aspek demografi mahupun peluang pendidikan dan pekerjaan.  Peluang pekerjaan yang disediakan juga menjadi pemangkin kpd migrasi masuk (antarabangsa) yang tinggi terutama dari negara jiran seperti Indonesia dan India. Imigrasi yang tinggi - jumlah penduduk Malaysia meningkat.



Kesan-kesan Pertumbuhan Penduduk Yang Tinggi Terhadap Sosioekonomi Sesebuah negara

Kesan Positif :

Penduduk sebagai aset
            Sebagai tenaga buruh/kerja. Contoh :  China – tidak perlu import tenaga buruh dari luar kerana jumlah pop lebih daripada 1 billion orang (1977). Dapat kembangkan ekonomi China. Bagi Malaysia – dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi spt perindustrian, perkhidmatan, pertanian dll. Kekurangan penduduk tempatan diatasi dgn membawa masuk penduduk asing. Contoh dari negara Indonesia dan India.

Meluaskan pasaran domestik
            Penduduk ramai -  memperluaskan saiz pasaran domestik dan juga mampu utk menarik pelaburan luar melabur dalam negara. pelabur berkeyakinan utk melabur kerana yakin barangan yang dihasilkan dapat dipasarkan utk pasaran domestik. Pendapatan terjamin.  Contoh : Pop China – lebih 1.2 billion pada tahun 1977 dan Indonesia  -  280 juta tahun 2004

Pertahanan Negara
            Penduduk yang ramai dpt menjamin keselamatan negara kerana mereka dapat diserapkan dalam angkatan tentera.  Pilihan dpt dijalankan utk menentukan rakyat yang berkualiti utk mengawal sempadan negara daripada diceroboh oleh musuh. Secara langsung, pertahanan negara menjadi semakin kukuh. Contoh : Indonesia.



Kesan Negatif :

Kemiskinan dan Kemunduran
            Penduduk ramai – masalah pengangguran, kemiskinan dan taraf hidup penduduk yang rendah. Sumber yang terhad dan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya persaingan ekonomi. Akibatnya – ada golongan yang terpinggir dang menganggur. Wujudnya kemiskinan dan taraf hidup yang rendah di bandar   - kawasan setinggan. Contoh :

Kesan Sosial 
            Persaingan yang hebat sedangkan kemudahan terhad – kemerosotan taraf sosial seperti taraf pendidikan dan kesihatan penduduk. Dalam pendidikan, berlakunya keciciran dlm pelajaran. Kadar buta huruf meningkat terutamanya di kawasan luar bandar. Contoh :
Penduduk ramai – sesak dan padat, penyakit mudah merebak. Contoh :
Taraf kesihatan merosot – bebanan kewangan kerajaan akan meningkat (tidak mampu utk beri @ sediakan kemudahan kesihatan secara percuma)

Tekanan, Rosak, Habis dan Pencemaran kpd sumber
            Tekanan kpd sumber terutama sumber tanah apabila berlaku persaingan guna tanah. Akibatnya, banyak tanah pertanian terpaksa dijadikan kawasan petempatan menyebabkan saiz kawasan pertanian menjadi semakin sempit. Kesan, bekalan makanan terhad – berlakunya krisis makanan dan kebuluran. Persaingan guna tanah di kawasan Bandar menyebabkan harga tanah meningkat – golongan miskin tidak mampu memiliki tanah – wujud kawasan setinggan. Contoh :
            Pop ramai – sumber alam diteroka dgn pesat utk tampung keperluan pop – kesannya sumber akan pupus. Contoh : flora dan fauna -  sumber hutan dan juga galian.
            Sumber udara dan air juga akan tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksid dari sektor ekonomi dan buangan domestik ke dalam system saliran (sungai). Kurangnya bekalan air bersih dan boleh menyebabkan penyakit kpd pop tempatan. Contoh : Sg Gombak dan Sg. Klang. Penggunaan kenderaan dan pembakaran secara terbuka – pencemaran udara. Penyakit – contoh :


   Peta i-think


8.Maksud proses penuaan



Maksudnya ialah peningkatan jangka hayat penduduk di sesebuah negara.   Golongan tua yang berumur 65  tahun ke atas  akan bertambah  dalam sesebuah negara.

CIRI:   Peningkatan golongan warga emas, menggambarkan peningkatan kualiti hidup,peningkatan taraf kesihatan dan perubatan serta kesedaran amalan penjagaan kesihatan yang tinggi.

Golongan ini terdiri daripada mereka sudah tamat perkhidmatan dan tidak lagi produktif dari segi dan tidak boleh memberi sumbangan tenaga kerja kepada negara. Mereka mengharapkan bayaran pencen daripada kerajaan, ahli-ahli keluarga terdekat untuk menanggung perbelanjaan harian mereka.



CONTOH:  Jangka hayat penduduk Malaysia pada tahun 2005 ialah 75 tahun manakala jangka hayat penduduk Jepun ialah 85 Tahun.

2.Kesan terhadap negara yang mengalami fenomena ’proses penuaan’.

            i. Peningkatan kos untuk menampung sistem sokongan warga emas
Fenomena proses penuaan mengakibatkan peningkatan kos kerajaan. Kos melibatkan penyediaan rumah kebajikan, kos pengurusan, kos rawatan dan penjagaan yang sempurna oleh kerajaan . Di samping itu kerajaan menanggung kos penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam yang khusus. 

            ii. Nisbah tanggungan semakin meningkat
Nisbah tanggungan semakin meningkat disebabkan golongan tua semakin ramai.  Golongan tua sudah tidak produktif iaitu tidak mampu  bekerja untuk memperolehi pendapatan.  Golongan dewasa terpaksa menanggung kos hidup mereka khususnya kos perubatan, makanan dan pakaian.

            iii. Tanggungjawab sosial bertambah
Tanggungjawab sosial semakin bertambah disebabkan oleh merosotnya nilai-nilai hidup golongan muda terhadap warga emas. Kemerosotan nilai  ini disebabkan oleh tekanan hidup  semakin mendesak pada masa kini. Golongan tua dibiarkan atau ditempatkan di rumah-rumah kebajikan.  Pihak pengurusan terpaksa menanggung bukan sahaja aspek ekonomi tetapi juga aspek sosial yang berkaitan penjagaan orang tua.

            iv. Bekalan tenaga kerja masa hadapan merosot
Bekalan tenaga kerja pada masa hadapan berkurangan kerana golongan muda secara relatifnya kurang berbanding golongan tua yang semakin bertambah. Di samping itu, apabila golongan tua semakin bertambah, kadar kesuburan akan rendah. Kesannya kadar kelahiran semakin rendah. Keadaaan ini akan memberi impak bekalan tenaga kerja negara pada masa hadapan.


            v. Kesan positif :  Menjadi tempat rujukan kepada keluarga  dan  Negara dalam  agama dan pentadbiran. Contoh Tun Dr.Mahathir Mohamed masih menjadi penasihat kereta PROTON dan PETRONAS walaupun sudah bersara.
























                                               









No comments:

Post a Comment