FOLIO GEOGRAFI B:
SEKTOR
PELANCONGAN
ARAHAN: Siapkan Foliol
berdasarkan panduan di bawah.
1.Peta taburan lokasi pelancongan yang utama di Malaysia.
2.Taburan lokasi pelancongan
di Malaysia
(nyata beberapa contoh
lokasi fizikal)
i) Pantai ii) Pulau ,perairan
cetek,terumbu karang, taman laut iii)
Hutan Lipur
iv) Pantai v) Gua
vi) Air terjun dan jeram
vii)sungai ix)Tanah tinggi
(nyata beberapa contoh
lokasi budaya)
i) Bangunan bersejarah ii) Kompleks membeli belah iii) Kawasan reakreasi buatan manusia,
seperti empangan hidro, Sun Way Lagoon dll.
3.Jenis-jenis pelancongan di Malaysia
(nyatakan beberapa contoh)
i) Ekopelancongan
(pelancongan semulajadi)
ii) Agro tourism
(pelancongan pertanian)
iii) Pelancongan
perubatan
iv) Pelancongan pendidikan
v) Pelancongan sukan
vi) Pelancongan sejarah
vii)Pelancongan acara bertema
4.Huraikan maksud :
i) Ekopelancongan
ii) Agro tourism
iii)
Home stay
5.Jelaskan faktor-faktor
fizikal dan kemanusiaan mempengaruhi
aktiviti pelancongan (peta minda & Huraian)
6.Kepentingan sektor pelancongan dalam pembangunan ekonomi dan sosial (peta minda & Huraian)
7.Masalah-masalah yang dihadapi untuk membangunkan sektor pelancongan. (peta minda & Huraian)
8.Langkah-langkah/ Program untuk memaju dan membangunkan sektor pelancongan diMalaysia
6.Kepentingan sektor pelancongan dalam pembangunan ekonomi dan sosial (peta minda & Huraian)
7.Masalah-masalah yang dihadapi untuk membangunkan sektor pelancongan. (peta minda & Huraian)
8.Langkah-langkah/ Program untuk memaju dan membangunkan sektor pelancongan di
(peta minda & Huraian)
9.Kesan-kesan pembangunan dan perkembangan sektor pelancongan terhadap komponen alam sekitar fizikal berikut :
9.Kesan-kesan pembangunan dan perkembangan sektor pelancongan terhadap komponen alam sekitar fizikal berikut :
i) Litosfera
ii) Atmosfera
iii) Hidrosfera
iv) Biosfera (peta
minda & Huraian)
10.Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif sektor pelancongan terhadap alam sekitar fizikal / Penglestarian
sektor perindustrian di Malaysia.
i) Perundangan
ii) Pengurusan
iii) Kempen (peta minda
& Huraian)
2.Taburan lokasi pelancongan di Malaysia
a)Pantai
-Pantai Cahaya Bulan
-Pantai Port Dickson
-Pantai Melawi
b)Pulau,Terumbu
Karang,Taman Laut
-Pulau
Langkawi
-Pulau kapas
-Pulau Perhentian
-Sekitar Pulau Tioman
-Taman Laut Tunku Abdul Rahman
c)Hutan Lipur
-Taman Negara Pahang
-Hutan Simpan Endau-Rompin
-Hutan Simpan Belum
d)Gua
-Gua Niah
-Gua Batu Cave
-Gua kelam
e)Air Terjun dan Jeram
-Air Terjun Kota Tinggi
-Air Terjun Sekayu
-Air
Terjun Gunung Stong
f)Sungai
-Sungai
Rajang
-Sungai
Pahang
-Sungai Kelantan
g)Tanah Tinggi
-Tanah Tinggi Cameron
-Tanah Tinggi Genting
-Bukit Fraser
(nyatakan contoh
lokasi budaya)
a)Bangunan Bersejarah
-Kota A Famosa
-Bangunan Sultan Abdul Samad
b)Kompleks Beli-Belah
-Suria KLCC
-Komtar
c)Kawasan rekreasi buatan
manusia
-Taman Tasik Perdana
-Sunway Lagoon
-Lost World of Tambun
3.Jenis-Jenis pelancongan di Malaysia
i.Ekopelancongan
-Taman Negara di Pahang
-Hutan Simpan Belum di Perak
-Tanah Tinggi Cameron
-Pulau Langkawi
ii.Agro Tourism
-Pesisir Pantai Terengganu
-Tanah Tinggi Cameron (Teh)
iii.Pelancongan Perubatan
-Institut Jantung Negara (Kuala Lumpur)
-Perubatan Tradisional (Perlis)
iv. Pelancongan Pendidikan
-Pusat-Pusat Pengajian Tinggi
-Pusat
Sains Negara,Putrajaya
-Cyberjaya
v. Pelancongan Sukan
-Formula One
-Monsun
Cup Terengganu
-Le Tour De Langkawi
-Sukan SEA
vi.Pelancongan Sejarah
-Lembah Bujang
-Makam Mahsuri,Pulau Langkawi
-Kota A Famosa,Melaka
vii,Pelancong Acara Bertema
-Persidangan OIC
-LIMA
4. Maksud Pelancongan
i.Ekopelancongan
-Aktiviti pelancongan yang berkembang berasaskan sumber
semulajadi seperti
pelancongan pantai,pulau,hutan lipur,tanah
tinggi,air terjun,tasik
ii.Agro Tourism
-Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan,perkampungan
nelayan,Akuapelancongan
seperti kawasan ternakan akuakultu,dan
lain
iii.Home Stay
-Aktiviti pelancongan di kawasan desa.Pelancong akan akan
menyelami cara
hidup penduduk,budaya dan adat,permainan
tradisional dan makanan.
5. Faktor-faktor fizikal(tarikan
fizikal)dan kemanusiaan/budaya(tarikan budaya)yang mempengaruhi pembangunan
pesat sektor pelancongan di malaysia@kelebihan malaysia dalam menjana
perkembangan pesat sektor pelancongan@tarikan fizikal.
i.
Antara
faktor utama yang mempengaruhi kegiatan pelancongan di Malaysia ialah faktor alam fizikal iaitu Malaysia
mempunyai pulau-pulau dan taman maritim yang cantik untuk menarik kemasukkan
pelancong ke negara ini.antaranya seperti Pulau Langkawi,,Pulau Pangkor di
Perak,Pulau Tioman di Pahang, dan Pulau Kapas di Terengganu, .Keindahan
persekitaran fizikal pulau seperti gua,pantai yang berpasir,laut cetek dan
jernih,terumbu karang,serta hidupan laut yang beraneka jenis menjadi daya
tarikan kepada pelancong asing menuju ke destinasi tersebut untuk melakukan
aktiviti seperti menyelam,berenang,bersantai,dan sebagainya.
ii. Selain
itu,keadaan pantai yang bersih dan indah
di Malaysia menggamit kedatangan pelancong sama ada dari dalam negara atau luar
negara.antaranya Teluk Cempedak di Pahang, ,pantai Desaru,dan Lido di Johor dan
lain-lain.
iii. Malaysia
juga mempunyai tarikan semula jadi
kawasan tanah tinggi seperti pemandangan yang cantik dan suhu yang sejuk
dan nyaman.contohnya TanahTtinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting di Pahang
danTanah Tinggi Kundasang di Sabah.kawasan tanah tinggi ini bukan sahaja
mempunyai pandangan yang cantik dan bersuhu sejuk malah sesuai untuk
pelbagaijenis tanaman seperti teh,sayur-sayuran,dan bunga-bungaan.selain
keindahan tanah tinggi,
iv. Malaysia
juga dapat menarik pelancong melalui daya
tarikan hutan lipur yang terdapat pelbagai jenis fauna dan flora dan udara
yang nyaman serta segar.pelbagai jenis aktiviti pelancongan yang boleh di
jalankan di kawasan hutan lipur seperti merentas hutan,perkhemahan,pelancongan
pendidikan,dan pelancongan kesihatan.antara contoh fauna yang menjadi tarikan
pelancong ialah seperti bunga refflesia yang terdapat di sabah.kawasan hutan
yang popular untuk pelancongan ialah seperti di taman negara,hutan simpan Endau
Rompin di Pahang dan Hutan Simpan Belum di Perak.selain itu,kawasan hutan lipur
juga memiliki tarikan khusus seperti gua batu kapur,jeram dan air
terjun,sungai,tasik semula jadi,dan sebagainya.
v. Pelancongan
di Malaysia juga dipengaruhi oleh keadaan
iklim yang panas dan lembab
sepanjang tahun.keadaan ini telah menggalakkan kemasukan pelancong Eropah
seperti dari Jerman,United Kingdom,dan Kanada ke Malaysia.para pelancong yang
yang datang dari negara-negara ini gemar melakukan aktiviti berjemur dan
bersantai di tepi-tepi pantai di sebabkan keadaan suhu di negara ini yang terik
dalam lingkungan suhu 27 C sepanjang tahun.
vi. Antara faktor alam sekitar manusia,antara
tarikan tersebut ialah seperti tempat-tempat
bersejarah(arkeologi) misalnya makam mahsuri di langkawi,kota famosa di melaka ,dan tinggalan candi
Buddha di Lembah Bujang Kedah.
vii. Aktiviti
pelancongan berasaskan seni dan budaya
juga berkembang pesat berasaskan kepada ciri budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan unik.konsep
bersatu dalam pelbagai aspek menjadi factor menarik yang besar untuk pelancong
datang ke Malaysia
viii.
Keadaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang
disediakan seperti jalan raya,lapangan terbang bertaraf antarabangsa ,dan
kemudahan feri untuk mengangkut pelancong secara berterusan juga mempengaruhi
perkembangan kegiatan pelancong di negara ini.dengan adanya kemudahan
pengangkutan ini ,kadar ketemsampaian ke destinasi pelancongan menjadi lebih
singkat
ix. Selain
itu,dengan adanya kemudahan prasarana
yang cukup disediakan di kawasan pelancongan seperti tempat penginapan
,kemudahan riadah dan bersukan ,menyelam dan membeli belah juga mempengaruhi
perkembangan ini.Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini akan memudahkan
pelancong untuk memperoleh perkhidmatan.
x. Tindakkan
kerajaan mengadakan promosi pelancongan
secara berterusan di peringkat antarabangsa turut mempengaruhi perkembangan
ini.promosi pelancongan inidijalankan oleh TDC Malaysia melalui pertunjukan
kebudayaan,rombongan perniagaan ,lawatan ke luar negara ,menyertai persidangan
antarabangsadan sebagainya,didalam negara pula dijalankan kempen seperti
“cuti-cuti malaysia”,”pergilah melancong”dan sebagainya.
6. Kepentingan
sektor pelancongan dalam pembangunan ekonomi dan sosial
i. Sektor pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara melalui tukaran mata
wang asing dan perbelanjaan yang dilakukan oleh para pelancong. Pelancong
yang dating dari Negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat , England ,
dan Jerman mempunyai nilai matawang yang tinggi. Oleh itu, hasil perbelanjaan
pelancong untuk penginapan, makanan, pengangkutan, komunikasi, dan sebagainya
akan menambahkan pendapatan kepada Negara yang dilawatinya. Di Malaysia, sector
pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan Negara. Contoh, pada
tahun 2001 sektor pelancongan telah menyumbang kira-kira RM 16.1 billion kepada
pendapatan Negara.
ii
Sector pelancongan juga menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, mengurangkan kadar
pengangguran, serta meningkatkan pandapatan dan taraf hidup penduduk. Peluang
pekerjaan wjud dalam sektor perkhidmatan pelancongan seperti pemandu pelancong,
sektor perhotelan, sector pengangkutan dan sebagainya. Keadaan ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita
penduduk setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hidup mereka. Pada tahun
2001, sebanyak 78671 peluang pekerjaan berjaya dicipta dalam sektor pelancongan
si Malaysia.
iii. Selain itu, sektor pelancongan turut menggalakkan pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti industri kraf tangan, perniagaan
makanan, pengangkutan telekomunikasi, perhotelan dan lain-lain yang berkait
secara langsungdan tidak langsung dengan sektor pelancongan. Kawasan-kawasan
mundur dapat dibangunkan apabila pembangunan sumber lam dilakukan untuk
aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. Sektor pelancongan berupaya
menukarkan struktur ekonomi setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi
moden di samping menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat ekonomi yang baru khususnya
di kawasan pedalaman dan luar Bandar. Di
Malaysia keadaan ini banyak berlaku di Sabah dan Sarawak.
iv. Seterusnya sektor pelancongan menggalakkan perkembangan teknologi penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam Negara
khususnya yang berkaitan dengan pelancongan seperti bidang promosi dan kajian
strategic, kajian pemuliharaan sumber alam, kajian kualiti perkhidmatan,
teknologi komunikasi dan pengangkutan, dan lain-lain.
7. Masalah-masalah
yang dihadapi untuk membangunkan sektor pelancongan.
i. Kekurangan modal :-membina chalet, hotel, resort
ii. kekurangan tenaga buruh :-
iii. Kekurangan promosi daripada pihak kerajaan
iv. Masalah sistem pengangkutan dan perhubungan
v. masalah kos harga barangan yang semakin meningkat
8. Langkah-langkah/program
untuk memaju dan membangunkan sektor pelancongan
i. Langkah
memperhebatkan promosi produk pelancongan
menerusi pelbagai media, penawaran pakej pelancongan yang menarik, menganjur
aktiviti sperti sukan, kebudayaan, pameran, persidangan atau seminar sama ada
di dalam atau luar Negara. Di
Malaysia usaha ini dilaksanakan oleh Lembaga Penggalak Pelancongan Negara
(TDC).
ii. Seterusnya membangunkan
secara optima sumber-sumber setempat yang dikenalpasti berpotensi sebagai
sumber pelancongan sama ada sumber semula jadi atau sumber buatan manusia.
Kawasan yang berpotensi sebagai pelancongan mestilah dibuka seperti kawasan
hutan lipur, jeram, dan air terjun serta kawasan pulau. Pada masa yang sama
konsep dan produk pelancongan seperti agropelancongan, aquapelancongan, arkeopelancongan,
dan ecopelancongan mestilah dikembangluaskan.
iii. Selain itu menyediakan dan memajukan sistem pengangkuatan dan perhubungan agar kawasan
pelancongan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Destinasi pelancongan
yang sukar dihubungi mestilah disediakan kemudahan pengangkutan sama ada
melalui jalan raya, jalan air, dan jalan udara.
iv. Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan asas yang cukup seperti kemudahan penginapan,
restoran, kemudahan riadah dan sukan, kemudahan telekomunikasi, serta kemudahan
pengangkutan. Kempen kesedaran seperti langkah menjaga kebersihan kawasan
pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara teratur,memelihara kualiti
alam sekitar setempat, dan lain-lain. Agar kawasan pelancongan sentiasa menarik,
ceria, dan indah untuk terus dikunjungi oleh para pelancong
9. Kesan-kesan pembangunan dan
perkembangan sektor pelancongan terhadap komponen alam sekitar fizikal
(a) Litosfera
i.
Perubahan
Pandang Darat
Fizikal - kawasan semulajadi berubah kepada kawasan
pelancongan seperti padang
golf, hotel, resort dll.
ii. Hakisan
dan Tanah Runtuh :
Pembinaan chalet, resort, hotel, padang golf dengan
menarah bukit dan penebangan pokok menganggu kestabilan struktur tanah. Eg.
Tanah Tinggi Genting, Bkt Fraser (Pahang)
iii Gangguan Ke Atas Ekosistem :
-Pembinaan
menganggu ekosistem daratan dan akuatik (rantaian makanan terganggu)
- pembuangan sampah
sarap oleh pelancong² serta dari restoran mengakibatkan kawasan tercemar.
- pembinaan hotel, resort, padang golf menyebabkan
tanah ditebus guna, hutan ditebang.
- spesies kehilangan
habitat & kepupusan biodiversiti
setempat.
(b) Atmosfera
- Perubahan Iklim Mikro :
Penebangan tumbuhan dan
pembinaan bangunan (pengondolan permukaan) meningkatkan suhu (kelembapan udara
berkurangan). Eg. Suhu Tanah Tinggi Genting meningkat 1 - 3˚ C.
Asap kenderaan
meningkatkan kandungan karbon monoksida, sulfur dioksida dalam atmosfera.
(c) Hidrosfera
Pencemaran Air
Pencemaran Air
Penyaliran
kumbahan, sisa makanan & sampah sarap ke dalam sumber air.
Kualiti
air terjejas : busuk, kandungan bekteria & BOD meningkat.
Eg.
di pantai Port Dickson (N9), pantai Batu Feringghi (Pulau Pinang)
(d) Biosfera
Kemusnahan Habitat dan Kehilangan Biodiversiti
Penyahhutanan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.
Musnah kayu-kayu & herba berharga : pokok bakau, dll
Kemusnahan Habitat dan Kehilangan Biodiversiti
Penyahhutanan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.
Musnah kayu-kayu & herba berharga : pokok bakau, dll
Kepupusan
haiwan & serangga : spesies klip-klip, kumbang, dll
10. Langkah-langkah mengurangkan kesan
negatif sektor pelancongan terhadap
alam sekitar fizikal / penglestarian
sektor pelancongan di malaysia
i.Perundangan
a. Penguatkuasaan Undang-undang:
tindakan
tegas dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan spt JAS, PBT dll.
kuasa memantau, menangkap serta mendenda pesalah.
hukuman spt. denda, kompaun, mengantung lesen serta
penjara.
cth. denda RM 5,000 – RM 50,000 atau 3 bulan – 2 tahun
penjara bagi kesalahan merosakkan alam sekitar.
b. Mewujudkan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974:
asas undang-undang bagi koordinasi semua aktiviti
berkaitan alam sekitar.
bertujuan untuk pemeliharaan & pemuliharaan serta
meningkatkan kualiti sumber alam
Mewujudkan Akta /
Ordinan / Peraturan / Enakmen Lain:
undang-undang kecil digubal bagi melengkapkan Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974.
cth. Akta Pemuliharaan Tanah, Dasar Perhutanan Negara,
Ordinan Lalu lintas Jalan Raya.
c.Penubuhan Agensi
Pelaksana:
agensi-agensi kerajaan ditubuhkan bagi memantau,
melaksana & menguatkuasa akta & undang-undang yang diwujudkan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa sepenuhnya melaksana
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (pindaan 1985) untuk memantau, menyaman,
mendenda / kompaun & mengheret individu @ syarikat ke mahkamah.
lain-lain agensi spt. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) &
agensi berkaitan spt JPJ, Jab Perhutanan, dll.
d. Perlaksanaan Prosedur EIA (Penilaian
Impak Alam Sekitar):
satu
laporan berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah
mengatasinya yg perlu disediakan oleh pemaju sebelum projek tersebut diluluskan
oleh pihak berkuasa.
pihak
berkuasa boleh menangguh @ membatal projek tersebut jika tidak menepati
piawaian EIA.
b.
Pengurusan
:
-Sahabat Alam Sekitar (SAM), Persatuan
Pengguna P.Pinang (CAP), Persatuan Pencinta Alam Malaysia dll.
-mengadakan seminar,
ceramah, forum, menerbit majalah & bulletin spt Era Hijau
Kestrukturan:
-pembinaan benteng konkrit, sangkar dawai
batu, alur-alur air di lereng bukit.
penanaman pokok bakau
di pinggir.
-Perbanyakan tong-tong
sampah
iii. kempen
Kempen Kesedaran:
kempen kitar / guna semula
gotong-royong membersih sungai, parit,
longkang.
kempen menanam pokok (menghijaukan bumi)
iv.Pendidikan
Alam Sekitar:
Memasukkan eleman alam sekitar dalam
pendidikan secara formal di peringkat sekolah @ universiti. sekolah rendah
(matapelajaran KajianTempatan)
thanks sir , your note help us a lot . thank you very much .
ReplyDeletethanks a lot. it's help me so much during my research now.
ReplyDelete