2.3 Perhutanan


KERJA RUMAH TERANCANG (KRT)
GEOGRAFI B, STPM

    Siap nota kuliah berdasarkan tajuk/sub tajuk berikut:-

PERHUTANAN  DI MALAYSIA

1.       1.Senaraikan  5 jenis hutan dan lokasinya  (Tampal/ lukis peta berkaitan)
    S    2 Senaraikan 5 kawasan hutan simpan    
          3 Jelaskan  ciri-ciri hutan hujan tropika hutan..      
    7.   4  Huraikan  kegunaan  hutan hujan tropika.
9.       5  Jelaskan maksud aktiviti perhutanan dan aktiviti pembalakan 
6 .Huraikan faktor-faktor mempengaruhi aktiviti pembalakan.
12.     7  Huraikan kepentingan sektor pembalakan 
8. Maksud proses penyahutanan  
14.     9 kesan Negatif Penyahutanan terhadap alam sekitar fizikal
    15.   10  Berikan maksud perhutanan lestari 
    16.   11. Jelaskan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti penyahutanan



RUJUKAN
1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 2, Pearson Malaysia Sdn Bhd, 2013, Petaling Jaya, Selangor.



NOTA KULIAH




 1.Senaraikan  5 jenis hutan dan lokasinya  (Tampal/ lukis peta berkaitan)


  a Hutan Hujan Tropika/Khatulistiwa
     i.Pedalaman Kelantan
    ii. Pedalaman Pahang
    iii. Pedalaman Sabah
    iv. Pedalaman Sarawak
    v. Pedalaman Perak

 b Hutan Gunung

    i. Banjajran Crocker   

     ii. Banjaran Titiwangsa


c Hutan Paya Air Tawar
    i. Tasik Chini

d Hutan Paya Air Masin/Bakau
    i. Muara Sg Bernam
   ii. Larut Matang Perak
   iii. Muara Sg Klang

e Hutan Pantai
i. Pinggir pantai Terengganu


2.Senaraikan 5 kawasan hutan simpan    
i)   Taman Negara Pahang
ii)  Taman Negara Kinabalu
iii) Taman Negara Endau Rompin
iv)  Tanam Negara Mulu
v) Hutan DiRaja Belum, Perak.


 3. Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika / Hutan Khatulistiwa
a) Tumbuhan yang terdapat di kawasan Hutan Hujan Tropika  sentiasa dalam keadaan malar hijau sepanjang tahun kerana dipengaruhi oleh ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang panas,lembab dan disinari cahaya matahari sepanjang tahun, min suhu tahunan 26.7˚ C, min hujan tahunan 2020mm setahun, kelembapan bandingan melebihi 90% . Selain itu, tumbuhan huatan ini mempunyai daun yang lebar dan lebat, berbatang lurus dan besar, serta  banyak tumbuhan menumpang seperti tumbuhan epifit.

b)   Tumbuhan di hutan ini adalah terdiri daripada pokok-pokok balak yang berbatang besar, tinggi, berakar banir, serta berkayu keras, seperti Cengal, Meranti, Seraya, Keruing, Berlian dan lain-lain.

c) Profil hutan ini adalah tebal dan berbentuk bentuk kanopi empat lapisan, iaitu:
         i) lapisan atas munculan.Lapisan paling atas sekali yang mempunyai ketinggian 40-50 meter yang terdiri daripada pokok yang sangat tinggi.

         ii) Lapisan kedua. Terdiri daripada pokok-pokok yang sederhana tinggi 25-40 meter, seperti paku pakis, liana, rotan dan orked.

         iii) Lapisan ketiga (tengah). Terdiri daripada pokok balak yang masih muda yang mempunyai ketinggian antara 15-25 meter.

         iv) Lapisan bawah (lantai). Terdiri daripada pokok renek, herba, palma, kulat,lumut dan cendawan.

d) Hutan Hujan Tropika menjadi habitat fauna yang terdiri daripada pelbagai spesis serangga, unggas, dan binatang liar, seperti ular, harimau, beruang, gajah, pelanduk, dan lain-lain.






4. Kegunaan  Hutan Hujan Tropika 

a)      Dapat dijadikan bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada  sektor ekonomi lain, seperti sektor  industri hiliran atau industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan kayu dan rotan . Contoh, kayu balak, seperti  Chengal, Meranti dan Keruing serta rotan dapat dijadikan bahan mentah untuk kilang memproses kayu bergergaji serta  papan lapis
dan kilang membuat perabot .dan industri pembuatan  ubat herba tradisional.Ini dapat menjimatkan kos pengusaha kilang  serta menambahkan keuntungan kerana hasil perhutanan yang di import adalah mahal.(ekonomi)

b)      Dapat dijadikan bahan mentah untuk industri pembuatan  ubat herba tradisional. Misalnya, Hutan Hujan Tropika  kaya dengan pelbagai jenis spesis  akar kayu dan herba tradisional, seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang telah  dibuktikan secara ilmiah melalui penyelidikan dan pembangunan IPTA dan IPTS tempatan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik. Ini dapat mengurangkan kepada kebergantungan kepada  ubatan moden yang mengandungi bahan kimia dan dadah tertentu.(ekonomi)

c)      Dapat dijadikan tanaman hiasan, seperti pelbagai spesis orked dan palma untuk menghiasi rumah kediaman, bangunan, dan pejabat kerajaan serta swasta di bandar-bandar besar seperti Putra Jaya. Ianya merupakan sumber pendapatan kepada orang asli di kawasan pedalaman yang menjual tanaman hutan hiasan kepada pemborong atau pengusaha nurseri tanaman hiasan di bandar.(ekonomi)

d)      Dapat dijadikan sumber makanan.Contoh, buah-buahan hutan seperti keranji, salak  pulasan dan madu lebah menjadi sumber makanan  serta pendapatan sampingan orang asli tempatan untuk dijual di bandar berhampiran atau kepada pelancong asing. Contoh, di Pedalaman Sarawak.(sosial)

e)      Dapat membangunkan  sektor pelancongan sesebuah negara. Contohnya, melalui eco pelancongan’, seperti menikmati keindahan hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika di negara kita telah menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Contoh, Taman Negara Pahang,(ekonomi)

f)       Dapat dijadikan kawasan tadahan/storan air hujan semulajadi yang berkesan  kerana hutan merupakan ‘span’ semulajadi yang menyerap dan menyusupkan air hujan ke dalam tanah hingga ke lapisan akuifer. Semakin tebal hutan semakin tinggi kadar susupan air. Paras air tanah akan terus meningkat dan dapat menjamin bekalan air yang berterusan kepada sungai, tasik dan kolam. Contoh, Hutan simpan Belum, Perak.(alam sekitar fizikal)

g)      Hutan Hujan Tropika kaya merupakan habitat pelbagai spesis fauna. Contoh, binatang liar, seperti harimau, gajah, beruang, seladang dll kerana hutan merupakan tempat berlindung,tempat tinggal, tempat mencari makanan dan tempat membiak haiwan liar. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya. Contoh, di Taman Negara Pahang. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk
dipulihkan yang menyebabkan haiwan-haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk mencari perlindungan atau habitat yang baru. (alam sekitar fizikal)

h)      Hutan dapat menyeimbangkan ekosistem,kitar tenaga, komponen biotik,abiotik dan kitaran makanan spesis flora dan fauna.  Misalnya, kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan tanih kesan proses luluhawa dan sinaran terik matahari menyebabkan kepupusan
sumber air dan tumbuhan hijau yang menjadi makanan dan minuman haiwan haiwan herbivor . Ini menyebabkan binatang liar, seperti harimau dan gajah liar mengamuk dan membaham manusia di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di Jeli Kelantan. (alam sekitar fizikal)

i)       Dapat mengurang dan menghalang kadar hakisan. Litupan kanopi hutan dapat melindungi tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan air larian permukaan melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara. Di kawasan hutan tebal , haluju setiap titisan air hujan yang menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara pokok. Ini menyebabkan air hujan kuantiti air hujan yang menyusup ke dalam tanah lebih tinggi berbanding dengan larian air permukaan . Manakala akar banir yang timbul dipermukaan tanah  dapat memperlahankan kadar hakisan larian air permukaan. Ini menjadikan struktur tanih di kawasan berhutan tebal adalah kukuh serta stabil dan kurang hakisan tanah. (alam sekitar fizikal)


 
5.Jelaskan maksud aktiviti perhutanan dan aktiviti pembalakan 

Aktiviti perhutanan melibatkan aktiviti pembalakan, penanaman hutan, perawatan hutan, penyelidikan hutan dan lain-lain lagi 

Aktitivi  pembalakan melibatkan kerja-kerja penebangan hutan, pengangkutan kayu balak yang sudah dipotong ke kawasan pengumpulan

6. Faktor-faktor mempengaruhi aktiviti pembalakan
a)      Faktor fizikal: keadaan  iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan kayu-kayan seperti pokok cengal.
b)      Faktor ekonomi:terdapat permintaan yang tinggi dari negara-negara Jepun dan Eropah dan penawaran terhad. Kesan harga akan tinggi dan meningkatkan harga kayu tersebut.
c)      Faktor sosial.: terdapat rangkaian jalan raya dan jalan keretapi untuk mengeluarkan balak ke kilang dan ke pasaran dalam dan luar negara. Terdapat pelabuhan seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan pelabuhan Kelang.
d)      Faktor governan: kerajaan menggalakkan aktivti permbalakan dengan cara menaman  semula hutan, menubuh Lembaga perindustrian Kayu Malaysai bertujuan mencari pasaran baru. menubuh Insitut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM).
e)      Faktor teknologi : terdapat  pelbagai teknologi  yang mempercepatkan ktivtiti pembalakan seperti, mesin gergaji untuk  kayu balak, jentera penarik, lori pengangkut, helikopter untuk memasuki kawasan sukar di pedalaman Sarawak.

 

7  Huraikan kepentingan sektor pembalakan 

Peluang pekerjaan
Dapat  mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan meluas kepada penduduk tempatan. Contoh berkerja sebagai buruh kurang mahir di kawasan pembalakan , seperti penebang pokok, pemandu jentolak dan sebagi buruh mahir  kepada graduan lulusan pertanian IPTA dan IPTS tempatan, seperti UPM untuk bekerja sebagai kontraktor pembalakan, pegawai akaun dan pegawai R&D Perhutanan. Ini dapat menambahkan pendapatan penduduk dan mengurangkan kadar penggangguran di kalangan penduduk tempatan. Contoh, penduduk di Gua Musang, Kelantan.

Pendapatan Negara / KDNK
Dapat menambahkan pendapatan negara/ KDNK negara melalui pengeksportan hasil pembalakan.Contoh, kayu bergergaji dan papan lapis ke luar negara, seperti Singapura dan Jepun.Ini dapat menguntungkan negara dari segi tukaran wang asing, iaitu  pengaliran masuk wang asing ke negara kita Malaysia

Pengurangan Import
Dapat mengurangkan import hasil perhutanan, seperti kayu bergergaji, papan lapis, rotan dan herba tradisional daripada Thailand dan Indonesia. Ini dapat  mengurangkan kebergantungan hasil hutan  import dan  mengurangkan pengaliran keluar wang negara ke negara asing serta mengurangkan defisit imbangan dagangan dan membolehkan Malaysia bersiap sedia menghadapi risiko kekurangan sumber hutan  pada masa hadapan.

Kesan Pengganda
         Dapat dijadikan bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada  sektor ekonomi lain, seperti sektor  industri hiliran atau industri kecil dan sederhana (IKS). Contoh, hasil kayu balak dan rotan dapat dijadikan bahan mentah untuk kilang membuat perabot dan industri pembuatan  ubat herba tradisional.Ini dapat menjimatkan kos pengusaha kilang  serta menambahkan keuntungan kerana hasil perhutanan yang di import adalah mahal.
         Sektor perhutanan penting untuk pembangunan sektor pelancongan sesebuah negara. Contohnya, melalui eco pelancongan’, seperti menikmati keindahan hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika di negara kita telah menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Contoh, Taman Negara Pahang.
         Pembangunan sektor perhutanan turut mengembangkan operasi sektor perkhidmatan pengangkutan, seperti perkhidmatan bas pelancong serta persiaran dan perkhidmatan lori kargo balak dan meningkatkan operasi pelabuhan utama negara untuk pengeksportan hasil perhutanan ke luar negara. Contoh,Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuantan.

Mewujud dan mengembangan jaringan sistem pemngangkutan
         Dapat mewujud dan memperkembangkan jaringan sistem pengangkutan yang cekap dan sistematik, untuk mengangkut  jentolak  serta buruh ke lokasi pembalakan dan bagi mengangkut hasil pembalakan segera ke kilang memproses dan ke pelabuhan. Contoh, melalui Lebuh Raya Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh-Raya Kota Bharu-Kuala Krai –Gua Musang.
Ianya juga dapat meningkatkan operasi pelabuhan antarabangsa yang menyediakan kemudahan kontena dan kargo yang memudahkan hasil pembalakan  dieksport ke luar negara, seperti Jepun.Contoh, Pelabuhan Kuantan, Kelang dan Pasir Gudang.

8. Maksud proses penyahutanan  
Bermaksud aktiviti manusia yang meneroka sumber hutan yang melibatkan pelbagai cara, seperti proses penebangan, pembersihan dan pembakaran hutan secra besar-besaran  untuk dijadikan sebagai tapak pertanian, kawasan perumahan,bangunan perniagaan, pejabat, lebuh raya, lapangan terbang, hotel, padang golf,  empangan KEH,dan kawasan reakreasi.Proses penyahutanan telah menyebabkan kemusnahan dan kepupusan sumber hutan. Contoh, proses penyahutanan yang berleluasa tanpa mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal.
Contoh, proses penyahutanan `hutan di Cameron Highland untuk dijadikan kebun teh dan sayur telah menyebabkan hakisan tanah dan pencemaran sungai.

 

9 kesan Negatif Penyahutanan terhadap alam sekitar fizikal

LITOSFERA
1.Hakisan Tanah.
Proses penebangan hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan permukaan tanah tinggi dan cerun bkt.terhadap agen hakisan dan luluhawa, seperti hakisan percikan atau hempasan air hujan serta meningkatkan proses hakisan tanah. Kepupusan kawasan litupan kanopi hutan telah mendedahkan secara langsung permukaan tanah tinggi tersebut kepada  air hujan yang menghasilkan air larian permukaaan yang menuruni cerun bukit dengan kadar yang laju.
Ketiadaan akar-akar banir yang timbul dipermukaan tanah dapat memperlahankan halaju air larian. Ini dapat mengurangkan cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan mudah dihakis oleh larian air permukaan cerun. Hakisan yang berterusan telah menyebabkan gegalur-gegalur tanah yang akhirkan menyebabkan berlakunya gerakan jisim dan tanah runtuh. Contoh, di Cameron Highland.

2.Perubahan lanskap fizikal
Proses penyahutanan untuk membuka tapak pertanian telah menyebabkan berlakunya perubahan lanskap fizikal kawasan tanah tinggi. Misalnya, kawasan t.tinggi yang dilitupi kanopi daun hijau, segar, nyaman dan kaya dengan pokok-pokok balak berharga, seperti cengal telah berubah menjadi ladang tanaman manusia yang ditanam secara berteres. Contoh, ladang kelapa sawit di Gua Musang Kelantan dan Ladang Teh di Cameron Highland.

ATMOSFERA

1.Pemanasan Mikro
Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah mendedahkan permukaan bumi secara terus kepada panas terik cahaya matahari kerana ketiadaan litupan kanopi daun. Di samping itu, kekurangan proses transpirasi turut mengurangkan kelembapan udara sekitar dan secara tidak langsung telah meningkatkan  suhu tempatan atau pemanasan mikro. Contoh, di Pedalaman Kelantan.


2.Menjejaskan Kesimbangan gas-gas di atmosfera
Proses penyahutan yang memusnahkan hutan telah mengurangkan proses fotosintesis yang membebaskan gas oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Manakala, pembebasan gas k.dioksida oleh manusia dan haiwan melalui proses transpirasi semakin bertambah kerana dedaun hijau yang menyerap gas karbom dioksida telah musnah. Ini menyebabkan berlaku ketidak seimbangan gas-gas utama di atmosfera. Contoh, di Pedalaman Sabah.

HIDROLOGI
1.Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah menghapuskan kawasan tadahan hujan yang menjadi kolam semulajadi sumber air bagi sungai –sungai utama negara. Ini menyebabkan sumber air haiwan dan manusia terjejas.Contoh, di Pedalaman Pahang.

2.Aktiviti pembalakan yang berleluasa telah menyebabkan sungai di kawasan tersebut dicemari dengan lumpur serta berkelodak kesan bahan/sedimen hakisan yang di angkut oleh air larian permukaan yang menuruni kawasan tanah tinggi memasuki hulu-hulu sungai di kaki kawasan tanah tinggi. Contoh,Sungai  di Pedalaman Pahang.

BIOSFERA
1.Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah menjejas dan memusnahkan spesis flora  berharga, seperti Cengal, Meranti, Kapur dan   spesis orkid dan bunga Raflesia. Ianya juga telah menjejaskan spesis fauna seperti   serangga,harimau, beruang, ular, orang hutan yang dilkategorikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Contoh, di Sandakan Sabah.

2.Aktiviti pembalakan yang berleluasa turut menjejas dan memusnahkan habitat flora dan fauna kerana hutan merupakan rumah atau tempat tinggal spesis flora dan fauna, seperti spesis kayu balak , orked, serangga dan binatang liar. Ini bermakna kemusnahan hutan menyebabkan spesis flora dan fauna tersebut kehilangan habitat.Buktinya, media massa sering melaporkan tentang penoreh getah dibaham harimau dan kumpulan gajah memusnahkan tapak anak-anak getah dan kelapa sawit. Contoh, di Jeli Kelantan.

3.Aktiviti pembalakan telah menjejas dan mengganggu ekosistem dan kitaran makanan spesis flora dan fauna.  Misalnya, kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan tanih kesan proses luluhawa dan sinaran terik matahari menyebabkan kepupusan sumber air dan tumbuhan hijau yang menjadi makanan dan minuman haiwan . Ini menyebabkan harimau dan gajah liar mengamuk dan membaham manusia di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di Jeli Kelantan.

10. Maksud Perhutanan Lestari 

                       
   Perhutanan lestari  ialah aktiviti eksploitasi sumber hutan, seperti pembalakan dijalankan secara berterusan untuk memenuhi keperluan bahan mentah sektor binaan , industri  dan keperluan tapak pembinaan jalan raya, lapangan terbang, perumahan, kilang dan projek infrastruktur lain untuk memenuhi keperluan generasi masa kini dan generasi akan datang.Namun,Eksploitasi hutan ini mesti mengambil kira aspek pemeliharaan  dan pemuliharaan, seperti penanaman semula hutan, rawatan sivikultur, penguatkuasaan Akta Kualiti Alam sekeliling 1974. Langkah-langkah mesra alam ini penting untuk menjamin sekalan sumber hutan, seperti kayu balak, rotan dan hasil hutan lain dapat memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.

  11. Jelaskan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti penyahutanan 


a. Langkah Perundangan

i) Melalui perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara 1978, beberapa kawasan hutan telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal dan Taman Negara untuk memelihara dan memulihara sumber hutan Negara agar tidak diceroboh untuk tujuan pembalakan dan pembinaan infrastruktur. Contoh, Hutan Simpan Pahang.

ii)  Menguat kuasa Akta Perhutanan Negara  dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang menggariskan larangan aktiviti memotong,menebas, menebang, penorehan, dan pemindahan  sumber hutan simpan.
Pihak yang melanggari Akta ini, seperti menceroboh hutan simpan boleh didakwa  di mahkamah, iaitu hukuman 2 tahun penjara dan denda maksima RM 50 000 atau kedua-duanya sekali. Selain itu, lesen pembalakan ditarik, dan menyita  jentera  pembalakan.

iii) Laporan EIA perlu diperolehi dan mendapat kelulusan sebelum sesebuah syarikat  memulakan kerja pembalakan di kawasan yang diberi oleh kerajaan.Khasnya, dikawasan tanah tinggi yang berhampiran sungai dan Taman Negara. Contoh, di Taman Negara Pahang.

iv) Pihak berwajib, seperti renjer, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan perlu meningkatkan rondaan menggunakan helicopter dan alatan GIS dan GPRS untuk memantau aktiviti pembalakan, khasnya pembalakan haram di  kawasan hutan simpan, seperti Hutan Simpan Pahang.


b. Langkah Pengurusan

i) Melaksanakan system penebangan terpilih. Hanya pokok-pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang. Dua system penebangan di Malaysia ialah, Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Penebangan Terpilih (SMS), untuk mengelakkan penebangan pokok balak yang belum mencapai tempoh matang.
-Mengikut sistem ini, giliran kawasan penebangan adalah 33-35 tahun.
-had tebangan yang ditetapkan, daimeter 50-60 cm bagi kumpulan kayu damar atau kayu keras seperti cengal, meranti dan keruing.
-Manakala daimeter 45 cm bagi kumpulan bukan kayu damar seperti petai, pulai, dan mempelam

ii)Melaksanakan kaedah rawatan silvikultur, iaitu satu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan, tumbesaran, membuang dan mencantas tumbuhan memanjat,penjarakkan antara pokok balak, penggunaan racun rumpai dan anai-anai , agar pokok-pokok balak dapat membesar dengan subur tanpa saingan rumpai, pokok-pokok kecil dan serangan serangga serta binatang perosak.

iii) Melaksanakan penanaman semula, dengan menanam semula pokok balak yang ditebang dan membuka ladang hutan dengan menanam pokok jenis acacia, mangium, yemane dan batai yang cepat membesar dan matang dalam jangka masa 15 tahun sahaja.

iv)Menggalakkan pengunaan bahan binaan lain sebagai altenatif, seperti penggunaan simen, batu, aluminium, besi dalm industri pembinaan. Penggunaan kayu getah dalam industri perabot dan kitaar semula kertas dan habuk kayu dapat mengurangkan penggunaan sumber kayu.

vi) Mengharamkan eksport kayu balak, terutamanya spesis yang lambat matang dan di ancam kepupusan seperti kayu cengal dan kayu ramin.

vii) Langkah Kempen
         a) Hebahan Kempen “Cintai dan Hargailah Sumber Hutan”melalui media massa, seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, Media sosial.
Hebahan dan pendedahan khas melalui siaran berita televisyen terhadap penerokaan hutan haram dan kesan terhadap alam sekitar.Contoh, dalam Buletin Utama TV 3.

         b) Menyemai perasaan sayangkan alam sekitar, khasnya sumber hutan kepada generasi baru terutama pelajar sekolah, pelajar IPTA, IPTS melalui kegiatan Kurikulum, seperti dalam sukatan pelajaran Geografi, Sains, Pendidikan Sivik dan penerapan secara  merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain diperingkat sekolah dan IPTA .Demikian juga penerapan ‘Cintai Hutan’ dapat diterapkan melalui aktiviti ko-kurikulum.Contoh, melalui aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar dan Persatuan Geografi, melalui program atau pertandingan menghijaukan laman sekolah  dan amalan gotong-royong.

 Hutan simpan Ayer Hitam






2 comments: