hubungan antarabangsa



4.4     HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR

(a)   Menyatakan dasar luar negara Malaysia.
    
i. Dasar luar menentukan bagaimana hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara luar

ii Teras dasar luar negara Malaysia ialah :-
a. Aman,  (Zone of peace)  Keamanan dan kestabilan politik negara akan memberi sumbangan kepada keselamatan begara dan menjaga negara tidak berlaku huru -hara

b.Bebas dan  (  Freedom  )  bebas dari kawalan kuasa-kuasa besar  seperti Amerika syarikat, Peranchis, China dan lain-lain. Ini  kerana campur tangan dan sokongan kuasa asing boleh menjejaskan kestabilan rantau ini

c. Berkecuali (  Neutrality  atau  ZOPFAN) Berkecuali – tidak menyokong atau mencampurkan urusan dalam negara lain sama ada negara maju atau mundur serta , menghormati negara lain berlandaskan prinsip keuntungan bersama.


vi.  Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah menjadi pendorong timbulnya konsep dan dasar ZOPFAN ini ialah  ketegangan politik Timur (Rusia)-Barat (Amerika) iaitu peperangan di Korea dan di Vietnam.

Rujukan lanjut:
http://eydaums.blogspot.com/2010/11/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau.

i.Dasar ‘memakmurkan jiran’ yang menjadi prinsip hubungan luar negara telah dan terus menjadi amalan Malaysia. Bagi Malaysia, kemakmuran negara perlu dikongsi bersama negara jiran tetangga kerana manfaatnya akan lebih melimpah ruah. Sebaliknya jika hanya Malaysia yang makmur, bahana dari sempadan akan mengalir ke bumi ini.Penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani, yang majoritinya beragama Islam, kebanyakan mereka mempunyai saudara-mara di sebelah sempadan Malaysia baik di daerah Padang Besar, Wang Kelian atau Rantau Panjang.
ii. Peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau dapat dilihat penyertaannya dalam ASEAN, BIMP-EAGA, IMT-GT, IMS-GT,

iii. Malaysia memberi sokongan dalam menghadapi pengganas global dan lanun dengan menyertai rondaan perairan selat Melaka dengan Indonesia dan Singapura bagi memastikan laluan tersebut selamat.



  
  Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.

 i. Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan. Antara isu yang difokuskan ialah:
(a) pemanasan global,
(b) penipisan lapisan ozon,
(c) pencemaran udara dan air,
(d) kehilangan biodiversiti, dan
(e) kepupusan sumber alam seperti tanah, hutan, mineral, dan mann.

ii. Badan dunia, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah meluluskan pelbagal langkah, terutama dalam bentuk ketetapan, perjanjian, dan persetujuan di kalangan negara anggota untuk melindungi alam sekitar dunia daripada terus dijejas oleh aktiviti ekonomi manusia, Antaranya ialah:
(a) Protokol Montreal mengenai bahan-bahan (CFC) yang menipiskan lapisan ozon,
(b) Perjanjian Antartik yang mengharamkan ujian semua jenis senjata dan membuang sisa nuklear di wilayahAntartik,
(c) Dekiarasi Stockholm yang memerlukan iltizam global untuk melindungi sumber alam dan mengurangkan pencemaran dalam aktiviti pembangunan,
(d) Protokol Kyoto mengenai usaha negara-negara di dunia mengurangkan pembuangan gas rumah hijau ke udara,
(e) Deklarasi Langkawi merupakan suatu persetujuan yang dibuat oleh Mesyuarat Negara-negara Komanwel di Malaysia tentang pengurusan alam sekitar di kalangan mereka.

-
iii.Dalam isu pencemaran udara : Pada tahun 2002, Malaysia dan semua anggota ASEAN bersetuju menandatangani Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan. Tujuan membantu negara Indonesia hentikan pembakaran hutan.

iv.Dalam isu pencemaran air  laut:  mengawal tumpahan minyak di Selat Melaka akibat pelanggaran kapal atau sengaja dibuang.


v. Kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar penting kerana:
(a) pencemaran sudah merentasi sempadan negara;
(b) lebih banyak dana boleh dikumpul bersama;
(C) kepakaran teknikal sesebuah negara mungkin terhad dalam menangani masalah pencemaran;
(d) kesediaan negara man rumah perlu ada untuk menerima bantuan
negara luar;
(e) keupayaan sesebuah negara menangani sendiri masalah pencemaran
alam sekitar terhad dan oleh itu memerlukan bantuan negarajiran.








7 comments: