2.8 Pembangunan ekonomi


FOLIO   GEOGRAFI  B:

PROSES PERMBANGUNAN EKONOMI
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAHAN: Siapkan Folio berdasarkan  panduan di bawah:-
1)  Konsep dan Definisi :
a.  Konsep Pembangunan ekonomi:
2)  Petunjuk (Indikator) Pembangunan :
 a. KDNK per kapita;
   b. Peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi;
   c. Faktor demografi;
   d. Pemilikan barangan;
   e. Kemudahan asas;

3). Ketidakseimbangan pembangunan
a. Jenis-jenis Ketidakseimbangan pembangunan
b. Faktor Ketidakseimbangan Pembangunan :
c. Langkah Menyeimbangkan Pembangunan :

4. Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar
(a)   menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar, iaitu
(i)     kemerosotan dan kepupusan sumber;
(ii)    pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi,
 sampah sarap, dan sisa toksik);
          (iii)   kemerosotan kualiti alam sekitar (peningkatan suhu setempat, hakisan,
                   tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan kemarau, ancaman kepupusan
                   kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan);

(b)  merumuskan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar dari  aspek perundangan dan bukan perundangan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------



PROSES PERMBANGUNAN EKONOMI

1)  Konsep dan Definisi :

a. Konsep Pembangunan :
Proses perubahan daripada rendah kepada tinggi sama ada dalam bidang ekonomi, sosial serta kemudahan² asas yang lain. Kesimpulannya pembangunan merujuk kepada perubahan masyarakat dari mundur kepada maju dalam aspek ekonomi, politik dan social.


2)  Petunjuk (Indikator) Pembangunan :
a.              Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita;
Ä     Ialah pendapatan yang diperolehi oleh setiap penduduk hasil kerja penduduk
Ä     Berlaku  Peningkatan KDNK di setiap negeri
Ä     penduduk di negeri maju memiliki pendapatan per kapita yang tinggi. Contohnya. Selangor, KL, Pulau Pinang yang melebihi RM 10 000 sebulan.
Ä     penduduk di negeri mundur memiliki pendapatan per kapita yang rendah. Contohnya. Kelantan, Terengganu, Pahang sekitar RM 2 500 sebulan.
b.              Peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi;
Ä     Berlaku peningkatan tenaga kerja dalam pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.
Ä     kadar pengangguran dan kemiskinan yang rendah. Contohnya. Selangor dan Pulau Pinang.
Ä     manakala kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi menunjukkan sesebuah negeri itu mundur. Contohnya. Kelantan dan Terengganu.
c.              Ciri demografi;
Ä     Merujuk kepada kadar kelahiran, kematian, jangka hayat dan struktur umur penduduk.
Ä     negeri maju mempunyai ciri demografi yang lebih baik dan berkualiti. Contohnya. Selangor dan Pulau Pinang. Ini kerana peningkatan dalam taraf kesihatan dan perubatan.

d.              Kemudahan asas yang berkualiti
Ä     kemudahan elektrik, air bersih, kesihatan dan pendidikan.
Ä     kesihatan : taraf kesihatan, nisbah doktor dengan pesakit, teknologi perubatan, bilangan hospital dan klinik.
Ä     pendidikan : kadar buta huruf, kemahiran ICT, kolej, universiti dll.
e.              Pemilikan barangan;
Ä     Pemilikan barangan semakin banyak seperti peralatan rumah, pakaian, Kenderaan dan alat perhubungan.
Ä     Disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan,  tabungan dan kuasa beli penduduk.


3). Ketidakseimbangan pembangunan

Maksud: Aras pembangunan sosioekonomi yang tidak sama rata yang dicapai dalam sesebuah negara @ wilayah iaitu terdapatnya kawasan yang maju dan juga kawasan yang mundur.

a. Jenis-jenis Ketidakseimbangan pembangunan
1.           Ketidakseimbangan pembangunan sektor ekonomi;
Ä     sektor ekonomi moden berbanding sektor ekonomi tradisi.
Ä     perindustri dan perkhidmatan : pertanian dan perikanan
2.           Ketidakseimbangan pembangunan zon-zon wilayah;
Ä    koridor pembangunan ekonomi utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak
Ä     wilayah tengah (Lem.kelang )lebih maju berbanding wilayah timur dan sabah serta Sarawak.
3.           Ketidakseimbangan pembangunan kawasan;
Ä     pembangunan berbeza antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
Ä     kemudahan asas lebih bertumpu di kawasan bandar dan memajukan kawasan tersebut.
4.           Ketidakseimbangan pembangunan antara kaum;
Ä     kaum bukan bumiputera lebih maju menguasai ekonomi, manakala kaum bumiputera mundur dan ketinggalan.

b. Faktor Ketidakseimbangan Pembangunan :
1.             Faktor fizikal;
Ä     meliputi bentuk muka bumi dan kesuburan tanih.
Ä     BMB : kawasan tanah rendah, rata, datar dan beralun mudah dimajukan berbanding kawasan bergunung ganang, berbukit-bukau, bercerun curam dll.
Ä     tanih yang subur memajukan aktiviti ekonomi iaitu pertanian.
2.             Taburan sumber alam;
Ä     taburan sumber alam seperti sumber mineral, hutan, dll. menyebabkan penerokaannya giat dijalankan.
Ä     kawasan yang kaya dan berpotensi akan giat dimajukan berbanding kawasan yang tiada @ kekurangan sumber.

3.             Dasar kerajaan;
Ä     dasar @ rancangan pembangunan pihak kerajaan terutamanya pada awal kemerdekaan.
Ä     penumpuan pembangunan hanya di bandar² utama, kawasan perindustrian dan pertanian sahaja.
4.             Faktor ekonomi moden;
Ä     industri; tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan lain-lain.
5.             Kemudahan sosial;
Ä     kemudahan asas : pendidikan tinggi dan kesihatan kelas satu banyak diwujudkan di Pantai Barat,
Ä     kemudahan infrastruktur : pengangkutan dan perhubungan tertumpu di Pantai barat seperti Kuala Lumpur (LRT, ERL, )

6.             Faktor demografi;
Ä     Kepadatan penduduk tinggi di Pantai barat : tenaga kerja mahir lebih berbanding dengan pantai timur.

7.             Faktor sejarah;
Ä     kesan penjajahan : Dasar penjajahan yang memajukan kawasan yang mempunyai sumber seperti sumber bijih timah di pantai barat. Dan sebaliknya  di pantai timur diabaikan
Ä      
c. Langkah Menyeimbangkan Pembangunan :

                i           Memperkenalkan Koridor Ekonomi 
                             Koridor ekonomi Utara,(NCER: North Corridor Economic Region)
                            Timur, (ECER : East     Corridor Economic Regio
                            Selatan,(Iskandar Malaysia: Johor)
                            Sabah (SDC : Sabah Development Corridor),
                            Sarawak (SCORE : Sarawak Corridor of Renewable of Enegy). 
                           Matlamatnya: Meningkatkan taraf hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan

ii.                  Pembangunan In Situ
   Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
-         Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
-         Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi
Tinggi

iii.                   Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Matlamat –Pembangunan tanah pertanian,penanaman semula, penyatuan tanah dan menambah           baik kemudahan prasarana
-         Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru, industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

iv.              Pembangunan Wilayah
-         Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.  Wilayah Tiga Segi JENGKA (Pahang), DARA(pahang Tenggara),KETENGAH (Trengganu Tengah), KEJORA (JOHOR), KESEDAR (Kelantan)

iv.                Penyelerakan Perindustrian desa
-         Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan :- kerepek, bepam beras, gertas, dodol dll. Bakul buluh, tikar mengkuang dll.


4. Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar
(a)   menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar, iaitu
(i)     kemerosotan dan kepupusan sumber;
(ii)    pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi,
 sampah sarap, dan sisa toksik);
          (iii)   kemerosotan kualiti alam sekitar (peningkatan suhu setempat, hakisan,
                   tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan kemarau, ancaman kepupusan
                   kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan);

Arahan: tanda / bagi yang berkaitan dan buat huraiaan







No comments:

Post a Comment