1.1 konsep dan taburan penduduk


FOLIO   GEOGRAFI  B: ALAM SEKITAR MANUSIA

1. PENDUDUK

ARAHAN: Siapkan Folio berdasarkan  panduan di bawah.

1.1 KONSEP PENDUDUK

1.Berikan maksud penduduk sebagai sumber manusia

2. Jelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui :-
(i) perubahan sosioekonomi;
(ii) perubahan landskap fizikal dan empat sistem fizikal (geomorfologi, atmosfera, hidrologi, dan ekologi;
(iii) perubahan landskap budaya (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain hasil gubahan manusia).

3. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara.

4. Jelaskan kebaikan sesebuah negara mempunyai penduduk yang berkualiti


1.2 TABURAN  PENDUDUK

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk (contoh pengiraannya)

5. Nyatakan kawasan yang padat, sederhana dan jarang   di wilayah dunia (sertakan peta yang berkaitan)

6. Nyatakan  kawasan yang padat, sederhana dan jarang   di Malaysia.(sertakan peta yang berkaitan)

7. Apakah yang dimaksudkan dengan ketakseimbangan taburan penduduk

8. Terangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia.

9. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.


Rujukan:
1. Katiman Rostam dan Tengku Anuar. (1990). Geografi Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

2. Chek Zainon Shafie  et al. (2012). Teks STPM Geografi Sistem Modular Baharu Penggal 1 Bangi Selangor, Pelangi Sdn Bhd.



=======================================================================
1. PENDUDUK

1.1 KONSEP PENDUDUK

1.Berikan maksud penduduk sebagai sumber manusia
   
Maksudnya ialah penduduk di sebuah negara merupakan aset atau tenaga buruh dan boleh diukur secara kuantiti, kualiti, umur dan jantina. Penduduk tersebut hendaklah berada dalam lingkungan 15 - 64 tahun.

 a.Secara kuantiti sumber manusia diukur:-
-bilangan atau jumlah penduduk, sturktur umur dan jantina

Negara yang mempunyai saiz penduduk yang besar dan ramai seperti China dan Indonesia memiliki tenaga kerja yang cukup untuk menjana pembangunan pelbagai sektor ekonomi,meningkatkan kutipan cukai,meluaskan saiz pasaran, serta meningkatkan jumlah anggota tentera.
.
 b. Secara kualiti pula, sumber manusia diukur melalui:-
 -tahap pendidikan,
-kemahiran,
-taraf kesihatan dan
-sikap

c. Struktur umur serta jantina penduduk sesebuah negara.

2. Jelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti sosioekonomi

(i). Agen perubahan sosioekonomi

Konsep ini memperlihatkan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi. Kegiatan penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan ruang fizikal dan tahap kemajuan ekonomi dan kualiti hidup di sesebuah negara.pertanian : teh

(ii) perubahan landskap fizikal dan empat sistem fizikal (geomorfologi, atmosfera, hidrologi, dan ekologi;

Manusia telah meneroka dan mengeksploitasi sumber tanah untuk dijadikan tapak pertanian untuk dijadikan sumber makanan dan bahan mentah kegiatan ekonomi lain, seperti industri. Sumber tanah di kawasan tanah tinggi telah ditarah dan diteres untuk dijadikan tapak tanaman teh, sayur, buah-buahan dan bunga di Cameron Highland. Ini telah mengubah bentuk pandang darat daripada kawasan tanah tinggi berhutan tebal di Banjaran Titiwangsa menjadi pandang darat kawasan ladang teh, sayur dan bunga.

Manusia telah meneroka sumber hutan untuk mendapatkan sumber kayu balak berharga untuk dijadikan bahan mentah industri memproses kayu, perabot, kayu bergergaji dan kertas.Penerokaan sumber hutan ini telah menyebabkan tanah tinggi menjadi gondol dan terdedah kepada agen hakisan dan luluhawa. Contoh, di Pedalaman Pahang.

Manusia telah menerokai dasar laut untuk mencari gali sumber petroleum dan gas asli. Pembinaan Pelantar minyak dan kilang memproses petroleum telah mengubah pandang darat pinggir pantai kg. nelayan kepada kawasan industri memproses petroleum dan gas asli. Contoh, di Kerteh, Terengganu.

Demikian juga penerokaan tanah untuk kegiatan perlombongan bijih timah dan kuprum telah mengubah pandang darat tanah tinggi dan tanah pamah kepada pandang darat lekukan berair dan kolam lombong yang luas. Contoh, tasik Titiwangsa dan Tasik Bukit Merah.

Manusia telah mendirikan kawasan industri yang dilengkapi dengan segala keperluan prasarana telah mengubah pandang darat sesuatu kawasan kepada pandang darat buatan manusia seperti, jalan raya, kedai, gedung perniagaan, kawasan perumahan, dan lain-lain. Contoh, di Sungai Petani, Kedah.

Manusia telah mengubah pandang darat kawasan tanah tinggi dengan pembinaan kawasan rekreasi dan pelancongan. Proses penyahutanan di Genting Highland telah mengubah kawasan tanah tinggi yang dilitupi dengan Hutan Hujan Tropika kepada bangunan hotel, jalanraya, gedung perniagaan dan padang golf.

(iii)  perubahan landskap budaya (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain   hasil gubahan manusia).


Manusia telah meneroka kawasan hutan, paya, bukit dan pantai untuk membina petempatan, jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang untuk kehidupan manusia. 

3. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia disesebuah negara.

Faktor pendidikan, iaitu kemudahan dan pembangunan institusi pendidikan, seperti sekolah, kolej, IPTA dan IPTS yang membuka peluang kepada rakyat mendapatkan pendidikan pra sekolah, rendah,  yang meningkatkan kadar celik huruf dan celik IT yang tinggi,pendidikan peringkat menengah yang menyediakan tenaga buruh separuh mahir dan  pendidikan tinggi yang menyediakan tenaga buruh mahir tempatan yang berpengetahuan dan akan membentuk tenaga kerja yang berkualti untuk membangunkan negara.

Faktor kemahiran, kemahiran dan kecekapan khusus sesuatu bidang seperti teknik dan vokasional, kejuruteraan, rekacipta, pengurusan dan profesional  yang diperolehi melalui pengalaman, latihan lanjutan, perkongsian kepakaran. Contoh, pekerja kilang Proton dihantar berkursus di Kilang Mitshubishi, Jepun.Kemahiran tinggi dan kepakaran ini dapat meningkatkan daya cipta dan inovasi baru. Contoh, reka bentuk dan enjin kereta Proton.Perkembangan ekonomi kuarterner dan kuiner yang berkembang ini telah membawa eksport inovasi dan kepakaran ke luar negara. Contoh, pengurusan dan konsultan perladangan FELDA digunakan oleh negara Indonesia untuk membuka ladang kelapa sawit.

Faktor kesihatan, terdapat kemudahan prasarana dan kepakaran kesihatan yang berkualiti dan meluas. Terdapat akses kesihatan yang baik, seperti kemudahan klinik, hospital, hospital pakar, Nisbah doktor dengan pesakit yang kecil, pencegahan penyakit berjangkit,program imunisasi yang meluas dan berkesan dan amalan pemakanan seimbang. Peningkatan tahap kesihatan dapat meningkatkan kadar kelahiran hidup, meningkatkan jangka hayat dan mengurangkan kadar kematian. Kemudahan dan akses kesihatan yang mudah dan meluas dapat melahirkan modal insan atau tenaga buruh yang sihat, bersemangat dan tekun untuk membangunkan negara.
           
Faktor kebolehkerjaan, iaitu budaya kerja penduduk yang positif, seperti mempunyai semangat kerja yang tinggi, rajin, menepati masa, dan berinovasi. Penduduk juga mudah dilatih,bersedia untuk berkerja, mematuhi arahan dan sedia berkhidmat di mana-mana lokasi yang diarahkan oleh majikan. Penduduk juga mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang bersedia menghadapi tekanan kerja sewaktu bertugas.

Faktor sikap positif, seperti penduduk yang mempunyai perwatakan dan daya kepimpinan yang kemas, sistematik dan berkesan. Kecekapan berkomunikasi dan bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan. Pekerja juga perlu mempunyai tahap intergriti yang tinggi, kejujuran, kesetiaan, dan amanah kepada majikan. Keterbukaan minda penduduk, khasnya golongan pekerja menerima idea, inovasi, dan menjadi agen perubahan.

Faktor Dasar kerajaan, kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus, insentif, biasiswa dan program pembangunan modal insan. Contoh, INTAN ditubuhkan diseluruh negeri untuk memodenkan pengurusan pentadbiran jabatan kerajaan. Kerajaan juga menyediakan kemudahan biasiswa JPA dan Kementerian berkaitan serta pinjaman PTPTN untuk memudah dan menggalakkan penduduk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS di seluruh negara bagi menampung keperluan tenaga buruh separuh dan mahir tempatan. Kerajaan juga menggalakkan ‘pendidikan sepanjang hayat’ dan galakan kepada golongan cendikiawan menjalankan kajian dan penyelidikan, melalui Geran-Geran Penyelidikan yang disalurkan kepada IPTA dan IPTS tempatan. Contoh, Geran Penyelidikan Kawalan dan Vektor Penyakit Berjangkit USM.


4. Jelaskan kebaikan sesebuah negara mempunyai penduduk yang berkualiti.

i- Sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir dapat diwujudkan
ii- Menigkatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara
iii- dapat menarik pelabur dari luar negara
iv. -  mewujudkan penduduk sihat dan cergas
v.-  mewujudkan penduduk yang bersikap positif: patriotisme, perpaduan dsbnya.

link video yang berkaitan:


1.2 TABURAN  PENDUDUK

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk

Pola taburan penduduk merujuk kepada sebaran / corak atau agihan penduduk di atas ruang bumi.  Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat, kawasan berpenduduk sederhana padat dan berpenduduk jarang.
Contohnya  antara kawasan yang berpenduduk padat ialah di Dataran Kedah-Perlis dan Lembah Kelang di Selangor. Kawasan penduduk sederhana padat terdapat di tanah rancangan FELDA dan  kawasan penduduk jarang pula di kawasan Banjaran Bintang dan Banjaran Tama Abu.


4. Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk (contoh pengiraannya)

Kepadatan penduduk atau densiti penduduk bermaksud  nisbah antara jumlah penduduk di sesebuah kawasan berbanding dengan keluasannya. Dengan menggunakan Formula :-

Formula kepadatan :  Jumlah Penduduk (orang)
                                        Luas kawasan(km2)

Contoh Pengiraan: Kepadatan Penduduk Johor
                                    2 496 200  =   131.5 orang/km persegi
                                        18 986

Negeri
Penduduk
(`000)
Keluasan
(km2)
Kepadatan
Johor
2 496.2
18 986
131.5 orang/km persegi
Kedah
1 505.9
9 426
159.8
Kelantan
1 411.1
14 983
94.2
Kuala Lumpur
1 358.9
243
5592.2

Negeri: kurang padat ; kel
             Padat: KL : apakah sebabnya ; pekerjaan, kemudahan asas, pusat pendidikan

*LINK VIDEO YANG BERKAITAN*



5. Nyatakan kawasan yang padat, sederhana dan jarang   di wilayah dunia (sertakan peta yang berkaitan)

Kawasan Berpenduduk padat

DUNIA  (Peta)  (video)

a.Benua Eropah
- kawasan perindustrian di Manchester,  United Kingdom
- kawasan perindustrian Saar dan Ruhr di Jerman

b. Benua Amerika Utara
- Rangkaian tasik-tasik besar hingga ke New York melalui Pittsburg Amerika Syarikat

c. Benua Asia
- Kawasan perindustrian Yokohama, Kobe, dan Tokyo di Jepun
- Kawasan pertanian     :Lembangan Chang Jiang, China
-                                   :Lembangan Indus - Ganges, India
                                    :Dataran Kanto, Jepun
                                    :Lembangan Nil, Mesir

d. BANDAR-BANDAR UTAMA
-Tokyo, London, New York, Jakarta, Bangkok, Dll

KAWASAN SEDERHANA PENDUDUK
- Kanada : hutan pokok tirus
- Eurasia: hutan sederhana sejuk
- Kawasan padang rumput Steppe (Rusia),  Prairie (Kanada), Pampas (Argentina)
- Kawasan Mediterranean Eropah.
- Afrika Selatan
- Sebahagian Asia Tenggara

KAWASAN JARANG PENDUDUK
- kawasan kutub utara di Artik dan kutub Selatan Antartika
- Kawasan Tudra di Greenland
- Kawasan pergunungan Himalaya (Asia)
- Kawasan pergunungan Rocky (Amerika Selatan)
- Kawasan Gurun panas  di Sahara, Mohave, Kalahari dll
- Lembangan :Amazon,(Brazil) Congo (Afrika)
- Pedalaman Asia Tenggara


  1. Apakah sebab sesuatu kawasan padat penduduk?
  2. Apakah sebab sesuatu kawasan jarang penduduk?

6. Nyatakan  kawasan yang padat, sederhana dan jarang   di Malaysia.(sertakan peta yang berkaitan)

Kawasan Penduduk Padat di Malaysia. (Video yang Berkaitan)

(a)       Pulau Pinang.
(b)       Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
(c)        Lembah Kinta.
(d)       Kawasan perindustrian Tampoi dan Johor Bahru
(e)       Melaka dan Negeri Sembilan Darul Khusus 
(f)       Delta Kelantan
(g)      Delta Terengganu. 
(h)      Kuching
(i)     Kota Kinabalu

Kawasan Penduduk Sederhana Padat

a. lembah Sungai Kelantan
b. lembah Sungai Pahang
c. lembah Sungai Perak.  
d. Di Sabah, di tanah pamah Pantai Barat, Lembah Kinabatangan dan Semporna.  
e. Di Sarawak, di sekitar Kuching-Serian, dan kawasan Kuching-Sematan.

Kawasan Jarang Penduduk di Semenanjung Malaysia
a.Banjaran Titiwangsa,
b.Banjaran Gunung Tahan,
c. Banjaran Kapuas.Sarawak


7. Apakah yang dimaksudkan dengan ketakseimbangan taburan penduduk.

Taburan penduduk yang tertumpu di satu-satu kawasan atau bandar tertentu sahaja. Manakala kawasan kurang penduduk. Contohnya di Malaysia penduduk tertumpu (padat) di Bandar raya kuala Lumpur. Kawasan pedalaman kelantan jarang penduduk

Wilayah dunia tertumpu di Lembangan Chang Jian di China.

8. Terangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia ATAU negara Malaysia.

a)   Bentuk muka bumi dan keluasan negeri
Kawasan pedalaman negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan berbukit –bukau, bergunung-ganang dan berhutan tebal menjadi penghalang kepada penduduk untuk mendiami kawasan tersebut. Kawasan   negeri –negeri di Pantai Barat  lebih landai, pamah, rata serta bertanah subur sesuai untuk pelbagai kegiatan pertanian. Contohnya, di Dataran Kedah-Perlis. Saiz negeri juga mempengaruhi perbezaan pola kepadatan penduduk. Negeri yang luas seperti Pahang dan Terengganu mempunyai angka kepadatan yang sedikit berbanding dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang bersaiz kecil mempunyai kepadatan yang lebih tinggi.

(b)  Faktor ekonomi (Jenis dan kemajuan ekonomi)
Kawasan ekonomi moden yang maju seperti kawasan perindustrian menjadi kawasan yang padat penduduk berbanding dengan ekonomi pertanian yang mundur dan bersifat saradiri . Contohnya,    kawasan Lembah Klang menempatkan hampir separuh daripada sektor perindustrian di Malaysia.  Kepelbagaian jenis dan industri yang terdapat di kawasan ini telah membuka  peluang pekerjaan yang luas serta tawaran gaji yang lumayan. Faktor ini mendorong penduduk di pantai timur semenanjung Malaysia berhijrah  ke negeri-negeri Pantai  Barat khususnya ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

(c)  Faktor  sosial
Kemudahan pembandaran, pendidikan, perkhidmatan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat. Bandar-bandar besar dan moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di jaluran  pantai barat Semenanjung Malaysia seperti bandar raya Kuala Lumpur, Bandar Raya Shah Alam, Bandar Petaling Jaya dan Bandar raya Johor Bahru. Bandar-bandar ini juga menjadi  pusat-pusat pengajian tinggi,contohnya UKM terletak di Bandar Baru Bangi.

(d)  Faktor governan
Kerajaan Malaysia  melalui Plan Induk Perindustrian Negara (PIP) telah mewujudkan kawasan industrian yang baru seperti Kawasan perindustrian Nilai di negeri Sembilan dan lain-lain. Selain itu, pembinaan  bandar baru oleh kerajaan (di  kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia) di kawasan pinggir bandar dan mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan yang baru seperti Putrajaya menyebabkan semakin ramai penduduk yang berpindah ke kawasan itu, menjadikan kawasan pantai barat padat penduduk.Contohnya Bandar Baru Selayang, Bandar baru Ampang dan lain-lain yang terletak disekitar Kuala Lumpur.

(e)  Kestabilan politik 

(f)  Darjah kesampaian tinggi di sesuatu kawasan/bandar

(g) Kemudahan asas yang banyak

 

 

1 comment: