2.7 Pengangkutan & Perhubungan



Arahan: Siapkan catatan  nota berdasarkan perkara-perkara dibawah
                                                                                                                               
 PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

1.Tampal peta taburan lokasi  sistem pengangkutan lebuh raya , jalan keretapi,LRT/Monorel/Komuter, lapangan terbang, pelabuhan

2.Taburan lokasi sistem pengangkutan di Malaysia
(nyata beberapa contoh lokasi )
i) Lebuh raya         ii) Jalan  Keretapi    iii) LRT/Monorel/Komuter  iv) Lapangan terbang     v) Pelabuhan

3.Faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan/budaya yang mempengaruhi pembinaan dan perkembangan  pesat jaringan sistem pengangkutan dan perhubungan di Malaysia.

4. Bincangkan sumbangan  sistem pengangkutan dan perhubungan dalam membantu pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara.

5. Bagaimana sistem pengangkutan dan perhubungan dapat membantu pembangunan sektor pelancongan di Malaysia.

6. Bagaimana sistem pengangkutan dan perhubungan yang moden dan cekap adalah dapat membantu pembangunan sesebuah bandar besar di Malaysia.

7.Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi untuk membangunkan jaringan sistem pengangkutan dan perhubungan di Malaysia.

8.Huraikan kesan-kesan pembangunan ,perkembangan dan pembinaan jaringan sitem pengangkutan dan perhubungan terhadap komponen alam sekitar fizikal berikut :
                i)    Litosfera          ii)   Atmosfera       iii)  Hidrosfera       iv)  Biosfera
9.Bincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan  terhadap alam sekitar fizikal / Penglestarian sektor pengangkutan dan perhubungan  di Malaysia.
                i)  Perundangan    ii)  Pengurusan     iii) Kempen

10.Nyatakan jenis-jenis sistem pengangkutan air.
11 .Nyatakan lokasi taburan sistem pengangkutan air(beberapa contoh lokasi)
i)  Sungai (Pedalaman Sabah&Sarawak)
ii) Laut (Perkhidmatan kapal kargo/penumpang/pelabuhan utama)
12. .Bincangkan kepentingan sistem pengangkutan air kepada sesebuah Negara
13..Bincangkan halangan-halangan dalam memajukan sistem pengangkutan air.

14.Nyatakan lokasi lapangan terbang (Malaysia);
                i) Domestik
                ii)Antarabangsa
15.Nyatakan Jenis syarikat dan perkhidmatan udara yang ditawarkan;
                i) Penumpang (MAS & AIR ASIA)
                ii) Kargo (MAS)
16.Bincangkan sumbangan sistem pengangkutan udara dalam memaju dan membangunkan kegiatan ekonomi di Malaysia.

RUJUKAN
1.Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah. 2014. Teks Rujukan Geografi  STPM (Penggal 2)  
   
Local Publications, Selangor D.E.
2. http://www.gf2uplus.blogspot.com


====================================================================




2.i. Taburan lokasi sistem pengangkutan Darat di Malaysia.

1. Jalan raya adalah cara pengangkutan darat yang paling penting di Malaysia.
2. Jaringan jalan raya di Malaysia berjumlah 66 445 km. Sistem jalan rayanya padat dan 80% daripadanya berturap.
3. Jaringan jalan raya di Semenanjung Malaysia tertumpu di dataran pantai barat dan dataran pantai timur.
4. Kawasan tengah Semenanjung Malaysia adalah kurang jalan raya kerana kawasan inibergunung-ganang dan diliputi hutan tebal.
5. Jalan raya di Sabah dan Sarawak adalah tidak padat kerana kawasannya berhutan tebal dan kebanyakannya dihalang oleh sungai-sungai yang besar.

            (a)   Lebuh Raya.
(i)        Lebuh Raya Utara Selatan – Bukit Kayu Hitam di utara ke 
            Johor Bahru  di selatan.
(ii)       Lebuh Raya Pantai Timur – Kuantan ke Kuala Terengganu.
(iii)               Lebuh Raya Persekutuan – Kuala Lumpur ke Kelang.
(iv)              Lebuh Raya Timur Barat – Butterworth ke Kota Bharu.
(v)                Lebuh Raya Karak – Kuantan ke Kuala Lumpur.
(vi)              Lebuh Raya Tun Razak – Segamat ke Kuantan.
(vii)             Lebuh Raya Kuala Lumpur - Shah Alam.
(viii)           Lebuh Raya Senawang – Air Keroh.
(ix)              Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang.
(x)                Lebuh Raya Jerangau – Jabor.
(xi)              Lebuh Raya Timur – Barat Sabah.


(b)      Jalan Kereta Api.
(i)                  Tumpat – Gemas – Johor Bharu.
(ii)                Padang Besar – Kuala Lumpur – Johor Bharu.
(iii)               Kota Kinabalu – Breaufort – Tenom.


(c)       LRT/ Monorel/ Komuter.
(i)                  STAR LRT – Sri Petaling – Ampang – Sentul.
(ii)                PUTRA LRT – Kelana Jaya – Gombak.
(iii)               Ekspress Rail Link (ERL) KL Sentral – KLIA.
(iv)              Monorel – Titiwangsa – KL Sentral.


2.ii. Taburan lokasi sistem pengangkutan Udara di Malaysia.
1. Pengangkutan udara yang terdapat di negara kita mula mengalami era perkembangan setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
Syarikat pengurusan penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) Air Asia Sdn. Bhd, Berjaya dan Pelangi Airways Sdn. Bhd.
  
(d)      Lapangan Terbang.
Domestik
(i)                  Kota Bharu, Kelantan.
(ii)                Kuala Terengganu.
(iii)               Kuantan.
(iv)              Alor Setar.
(v)                Lahad Datu.
(vi)              Tawau.

Antarabangsa.
(i)                  Senai , Johor
(ii)                Bayan Lepas, Pulau Pinang.
(iii)               KLIA.
(iv)              Kota Kinabalu.
(v)                Kuching.
(vi)               




2.iii. Taburan lokasi sistem pengangkutan Air di Malaysia.
Pengangkutan Air
1. Terdapat tiga jenis pengangkutan air di Malaysia iaitu:
(a) Pengangkutan sungai :
Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, Sungai Pahang dan Sungai Perak.

(b) Pengangkutan pesisiran pantai

1. Pengangkutan persisiran pantai penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.
4. Pelabuhan-pelabuhan persisiran pantai yang penting ialah:
(a) Sandakan
(b) Lahad Datu
(c) Mukah
(d) Sibu
(e) Lumut

(c) Pengangkutan laut

1. Pengangkutan laut penting bagi perdagangan antarabangsa.
2. Pengangkutan laut di Malaysia dapat berkembang kerana:
3. Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mengendalikan semua urusan
4. Antara pelabuhan antarabangsa yang penting di Malaysia ialah:
(a) Pelabuhan Pulau Pinang
(b) Pelabuhan Pasir Gudang
(c) Pelabuhan Klang
(d) Pelabuhan Kuantan











2       iv. Sistem Perhubungan

i-berkembang pesat selepas merdeka, dipengaruhi perkembangan teknologi, dasar kerjaan, perkembangan sosioekonomi

ii-kemudahan telekomunkasi awal – radio, tv dan telefon, penggunaan telefon selular, internet computer

a-1996 pelancaran satelit pertama Malaysia Asia Timur MEASAT 1 dan 11; siaran TV satelit ASTRO menggunakan teknologi digital dan MEASAT memberi pilihan lebih banyak kepada penonton


f-telefon selular – peningkatan drastic; rangkaian Perkhidmatan digital bersepadu ISDN - penghantaran data, suara dan visual serentak

vi-Komputer dan Internet(berjuta computer dihubungkan dalam satu jaringan/rangkaian)

a-kemajuan computer percepat perkembangan perhubungan

b-1980an – pengenalan internet percepatkan penyebaran maklumat, PC bukan lagi alat menyimpan data/proses maklumat; laman web awal hanya papar teks, kini disertakan audio dan visual (multimedia)

c-pengenalan e-mel/pesanan elektronik perhubungan lebih cepat, mudah dan murah berbanding telefon

vi-MSC Koridor Raya Multimedia

a-kawasan seluas 750 km persegi , pemangkin kemajuan ICT Negara berpusat di Cyberjaya;

b-menggalakan kemajuan dalam pentadbiran –e kerjaan, perubatan – tele perubatan(hosp Selayang); pendidikan – e learning (UNITAR-P&P secara jarak jauh/dalam talian), penggunaan CD ROM;perdagangan – e dagang(pasaran tanpa sempadan)

c-kelompok R&D MSC ditubuh – tingkatkan kemahiran sumber manusia tempatan; penyelidikan teknologi ICT lebih canggih

vii-Telefon 4G,5G , teknologi tablet


a-telefon selular –perkhidmatan pesanan ringkas SMS seperti emel , lebih murah dan senyap; perkhidmatan internet melalui komputer

Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan di Malaysia

i-integrasi nasional dan perpaduan

a-Malaysia-semenanjung, sabah dan Sarawak, terpisah oleh laut China selatan, perlu perhubungan yang baik untuk pembangunan; b-Kanada-negaranya besar, bahagian utaranya terpencil, dan sukar

ii- kemajuan ICT – memacu perkembangan ekonomi , e dagang, perniagaan perdagangan lebih meluas, dalam pasaran global yang terbuka 24 jam dan 7 hari seminggu

iii-ICT membantu pembangunan pendidikan- e learning telah diamalkan di UMultimedia dan Unitar; sekolah bestari Malaysia; Pembelajaran dari rumah (PdPR)

iv-Internet – tele perubatan, menyediakan perkhidmatan pengetahuan dan nasihat tentang dan perubatan kepada orang ramai; Hospital Selayang Malaysia;

v-Telefon selular, satelit – memudahkan perhubungan, perniagaan, penjualan dan pemasaran barangan pengguna dan perkhidmatan ke seluruh dunia


3.         Faktor-Faktor Fizikal Dan Kemanusiaan Yang Mempengaruhi Pembinaan Dan Perkembangan Pesat Jaringan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Di Malaysia.

(1)        Faktor Fizikal.
Bentuk muka bumi yang pamah, rata dan luas amat sesuai untuk membina jaringan pengangkutan seperti jalan raya. Oleh sebab itu jaringan jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api banyak terdapat di kawasan pantai barat Semenanjung berbanding dengan pantai timur serta Sabah dan Sarawak. Manakala pembinaan pelabuhan pula memerlukan kawasan pinggir pantai yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angina kencang seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan sebagainya.
           
(2)        Faktor Sumber Alam.
Kawasan yang memiliki sumber seperti bijih timah, emas, sumber hutan juga         akan dibina jalan raya atau lebuh raya untuk memudahkan sumber-sumber tersebut di eksploitasi. Di kawasan pertanian pula, jaringan pengangkutan dibina untuk membawa masuk input pertanian dan mengangkut keluas hasil seperti getah dan kelapa sawit ke kilang memproses atau ke pasaran.

(3)        Faktor Ekonomi.
Di kawasan seperti Kuala Lumpur yang maju dalam perkembangan sektor ekonomi moden seperti sektor perniagaan, perindustriaan dan pentadbiran memerlukan darjah ketersampaian yang tinggi serta cekap untuk mengangkut penumpang, barangan dan perkhidmatan. Oleh sebab itu Kuala Lumpur memiliki sistem Komuter, LRT, Monorel, ERL yang dapat mengangkut penumpang yang ramai dan cepat.

(4)        Dasar Kerajaan.
Dasar kerajaan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan menerusi beberapa cara seperti menubuhkan ajensi-ajensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengurus pembangunan infrastruktur pengangkutan dan mengawal selia sistem pengangkutan. Kerajaan juga mewujudkan dasar penswastaan dimana pihak swasta digalakkan melabur dalam pembinaan jaringan pengangkutan. Oleh sebab itu wujudlah lebuhraya seperti PLUS, KESAS dll.

(5)        Faktor Teknologi.
Dengan adanya teknologi moden akan dapat mengatasi beberapa halangan fizikal seperti kawasan tanah tinggi dan paya. Dengan adanya teknologi moden juga, lebuhraya yang berkualiti dapat dibina seperti pembinaan terowong, jambatan, jejantas, persimpangan bertingkat dll. Kebanyakkan teknologi moden ini diimport dari Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.



4. Kepentingan   sistem pengangkutan dan perhubungan dalam membantu pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara.

(1)        Mengangkut Penumpang Jarak Jauh/ Sederhana/ Dekat.
            Jalan raya/ jalan kereta api sebagai kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain untuk menjalankan urusan tertentu. Contoh : Pergerakan penduduk dari Bandar ke luar Bandar/ pinggir Bandar, luar Bandar ke Bandar dll.

(2)        Membangunkan Kegiatan Ekonomi Sesuatu Kawasan.
            Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membolehkan kegiatan ekonomi di kawasan Bandar atau luar Bandar berkembang. Di Luar Bandar akan menggalakkan kemasukan input pertanian moden seperti baja kimia, jentera moden dll. Di samping memajukan sektor ekonomi lain seperti perlombongan, pembalakan dll.

(3)        Pembukaan Petempatan dan Bandar-Bandar Baru.
            Jalan raya dan jalan kereta api  menyebabkan berlakunya pertumbuhan petempatan dan Bandar-bandar baru kerana akan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke Bandar/petempatan baru tersebut. Contoh : Pembukaan Bandar-bandar seperti Bandar Muadzam Shah, Bandar Pusat Jengka dll.

(4)        Pembangunan Wilayah.
            Kawasan yang mundur dapat dimajukan dengan adanya jaringan jalan raya dan jalan kereta api kerana mudah dihubungi dan bahan mentah dapat diangkut serta memudahkan pergerakan tenaga buruh. Contoh : Pembukaan pusat-pusat pembanguan wilayah seperti KEJORA, KETENGAH, KESEDAR dll.


(5)        Mengangkut Bahan Mentah/ Barangan Pukal Dari Kawasan Pengeluaran Ke Pelabuhan.
            Hasil pertanian dan bahan mentah dapat dibawa dari kawasan pengeluaran ke pusat memproses atau ke pelabuhan untuk dieksport ke luar Negara. Contoh : Hasil-hasil pertanian seperti  getah, kelapa sawit dari kawasan KETENGAH dapat di angkut ke Pelabuhan Kuantan dengan cepat dan mudah.

(6)        Membawa Barangan Siap/ Hasil Pengeluaran Kilang Ke Pasaran.
            Barangan siap diproses dan hasil keluaran kilang akan mudah dibawa dari kawasan pengeluaran ke pasaran dan kepada pengguna di Bandar-bandar, pecan, luar Bandar dan kawasan pedalaman dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti lori kecil, lori panjang, van dll.                          

5. Bagaimana sistem pengangkutan dan perhubungan dapat membantu pembangunan sektor pelancongan di Malaysia.

i-Peningkatan darjah ketersampaian ke tempat destinasi pelancongan. 
ii-Pengangkutan yang oekap menyebabkan cepat sampai dan mudah sampai 
- seperti komuter dan kapalterbang. 
iii-Sistem pengangkutan juga menjadi produk pelancongan yang menjadi arikan kepada pelancongan 
seperti beca, LRT, Monorel, Cabie Car dll. 
iv.sistem pengangkutan yang selamat dan selesa - bas berhawa dingin, layanan mesra, pakej dengan R&R dsb.

6. Bagaimana sistem pengangkutan dan perhubungan yang moden dan cekap adalah dapat membantu pembangunan sesebuah bandar besar di Malaysia.
   
i. Meningkatkan darjah ketaksampaian- pekerja awam dan swasta di bandar besar - Kuala Lumpur
ii. memudahkan aktiviti pemasaran barangan kilang kepada penduduk bandar besar - Ipoh
iii. Memudahkan kemasukan sumber bahan mentah ke bandar utama untuk diproses di kilang-hasil getah 
iv. Menggalakkan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara - adanya lapang terbang KLIA
v. Memudahkan pengeksportan barangan ke luar negara - seperti pelabuhan Klang

7.Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi untuk membangunkan jaringan sistem pengangkutan dan perhubungan di Malaysia.

i. Kos pembinaan yang tinggi- tembok terowong, bina jambatan, landasan MRT dll
ii. Kekurangan tenaga buruh - golongan belia tidak berminat
iv . kekurangan teknologi - Membina jambatan, jejantas, lapangan terbangan dan pengurusan LRT dan MRT.
v. Berlakukan kesan negatif terhadap alam sekitar: hakisan, tanah runtuh, pencemaran udara dll.


8.Kesan-kesan pembangunan ,perkembangan dan pembinaan jaringan sitem pengangkutan dan perhubungan terhadap komponen alam sekitar fizikal berikut :


(1)        Kejadian hakisan dan tanah runtuh.
            Perkembangan pengangkutan boleh menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. Ini disebabkan oleh proses pemotongan, penarahan, peneresan dan penebukan bukit untuk membina lebuh raya, terowong, jambatan dan sebagainya. Proses ini menggangu kestabilan cerun dan cenderung untuk tergelonsor atau runtuh ke bawah terutama apabila hujan lebat. Kejadian tanah runtuh ini banyak berlaku di sepanjang lebuh raya Utara Selatan.

(2)        Kejadian Tanah Mendap.
            Kemungkinan berlakunya kejadian tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya untuk membina jalan raya. Kawasan paya ditimbus untuk dijadikan laluan lebuh raya atau landasan kapal terbang. Keadaan ini boleh menimbulkan risiko tanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan.

(3)        Menggangu kawasan tadahan air.
            Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan semulajadi dan kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya. Contoh : Pembinaan lebuhraya Timur Barat. Walaupun kawasan yang terlibat adalah kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air bawah tanah akan terganggu.

(4)        Kemusnahan ekosistem hutan.
            Pembangunan jaringan pengangkutan dan perhubungan telah banyak merosakkan kawasan hutan. Contoh : Pembinaan KLIA melibatkan kemusnahan kawasan hutan yang luas. Ini menyebabkan kerosakan ekosistem hutan dan paya serta habitat. Sesetengah sepsis kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.


9.Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan  terhadap alam sekitar fizikal / Penglestarian sektor pengangkutan dan perhubungan  di Malaysia.

i)  Perundangan         
 Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengadakan pelbagai undang-undang untuk mengurus alam sekitar seperti:
(a) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin diesel.
(b) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin petrol.
(c) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.


ii)  Pengurusan

a. Kerajaan mengadakan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti Komuter, LRT dan KL Monorel untuk menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan awam pada waktu puncak seperti waktu pergi kerja dan waktu lepas kerja.. Tujuannya adalah untuk mengurangkan keadaan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di kawasan bandar.

b. Selain itu pihak kerajaan juga menggalakkan penduduk yang memiliki kenderaan bermotor memasang alat catalytic converter paad ekzos kereta mereka.

c. Alat ini dapat menukarkan gas beracun kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida.

d. Pihak kerajaan mengadakan pengurusan trafik yang lebih efisien di kawasan yang mempunyai kenderaan bermotor yang banyak seperti Kuala Lumpur.

e.Menanam rumput dicerun bukit yang telah dipotong dan membina longkang yang besar untuk mengelakkan air hujan melonggarkan tanah.

            iii) Kempen


a. Pihak kerajaan juga selalu mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum.

b. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis juga mengadakan pelbagai kempen untuk mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel.




10.         Jenis-Jenis Sistem Pengangkutan Air.
Sistem pengangkutan air melibatkan sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri, kapal pengangkut, kapal dagang, kapal pesisir, bot dan sampan.


11.       Lokasi Taburan Sistem Pengangkutan Air.

            (i)  Sungai.
                  (a)   Sungai Rajang, Sg. Batang Lupar, Sg. Baram di Sarawak.
                  (b)   Sungai Kinabatangan, Sungai Segama, Sg. Padas di Sabah.
                  (c)   Sungai Pahang, Sg. Kelantan, Sg. Perak di Semenanjung.

                  Antara pelabuhan sungai yang terbesar ialah Sibu, Sarikei di Sungai Rajang.

            (ii)  Laut.
                   (a)   Pelabuhan Entrepot seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung
                          Gelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau Pinang.

                   (b)   Pelabuhan-pelabuhan kecil seperti Pelabuhan Melaka, Pelabuhan
                           Kemaman, Pelabuhan Batu Pahat dll yang berfungsi menyediakan
                           Perkhidmatan setempat dan perkhidmatan perdagangan pesisir pantai
                           Antara pelabuhan.


12.       Keadaan-Keadaan Yang Menyebabkan Sistem Pengangkutan Air Semakin Penting.

(1)        Faktor Bentuk Muka Bumi.
Dalam keadaan bentuk muka bumi bergunung-ganang, berbukit bukau dan sukar dihubungi melalui sistem pengangkutan darat, jalan air muncul sebagai  pilihan paling mudah dan murah. Contoh : Sungai Rajang di Sarawak yang menjadi pengangkutan barangan dan perkhidmatan serta menjadi penghubung utama penduduk di kawasan pedalaman.

(2)        Mengangkut Barangan Pukal.
Jika barangan yang hendak diangkut itu bersifat pukal, berat dan perlu diangkut dalam kuantiti yang banyak. Makan pengangkutan air adalah yang terbaik kerana kosnya yang murah. Contoh : Barangan seperti petroleum, kayu balak, kontena-kontena, besi keluli seringkali diangkut melalui sistem perkapalan. Justeru laluan laut seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadi lalu utama.

(3)        Mengangkut Barangan Berisiko Tinggi.
Barangan berisiko tinggi seperti plutonium, uranium, thorium biasanya diangkut melalui jalan laut kerana ia paling selamat dan murah berbanding jalan pengangkutan udara. Apatah lagi jika barangan yang hendak diangkut itu terpaksa melintasi Negara-negara lain.

(4)        Kawasan Yang Masih Mundur Dalam Pengangkutan Darat dan Udara.
Contoh : Di sesetengah tempat  yang masih mundur dalam pengangkutan darat dan udara seperti di Sarawak, maka jalan air penting sebagai sistem pengangkutan kerana tidak memerlukan kos besar seperti kos pembinaan, kos baik pulih, kos penyelenggaraan dan sebagainya berbanding dengan darat dan udara.

(5)        Keadaan Sesebuah Negara Bersifat Kepulauan.
Dalam keadaan sesebuah Negara yang bersifat kepulauan seperti Indonesia, Filipina, Jepun dan sebagainya. Di sini, pengangkutan air seperti feri, kapal amat penting untuk mengangkut penumpang dan barangan dalam kuantiti yang banyak serta murah kosnya.     


13.       Masalah-masalah/ Halangan-halangan/ Faktor-faktor yang menghadkan sumbangan sistem pengangkutan air di Malaysia.

(1)        Halangan Fizikal.
Halangan fizikal seperti sungai cetek, sempit, berliku-liku, berair terjun dan berjeram. Tidak boleh dilalui oleh kapal-kapal dan bot-bot besar. Justeru kawasan pedalaman tidak dapat dihubungi sepenuhnya kerana semakin ke hulu, semakin bertambah halangan fizikal.

(2)        Halangan Cuaca.
Keadaan laut bergelora pada musim tengkujuh yang membahayakan kapal-kapal kecil dan feri. Halangan ribut dan tsunami, cuaca berjerebu menyebabkan jalan air tersebut berisiko untukdigunakan. Contoh : Halangan jerebu semasa cuaca panas El-Nino menghalang penglihatan di laluan Selat Melaka.

(3)        Masalah Keselamatan.
Akibat ancaman lanun dan pencerobohan perairan antara Negara. Contoh  : Perairan antara Sabah dengan Filipina seringkali diancam lanun kerana fizikalnya yang berpulau memudahkan operasi lanun.

(4)        Risiko Pelanggaran.
Boleh berlaku di sesuatu jalan air yang sibuk dan kurang pengawasan dan kawalan maritime. Contoh : Laluan jalan air yang sibuk seperti Selat Melaka boleh mengurangkan kadar laluan kapal dagang, sekaligus mencerminkan sumbangan jalan air tersebut semakin terhad dan kecil.

(5)        Masalah Persekitaran Fizikal.
Kesan penggunaan sistem pengangkutan air tanpa kawalan boleh menyebabkan masalah pencemaran air. Seperti kes-kes tumpahan minyak, pembuangan enap pencemar, pelanggaran kapal tangki dan sebagainya. Kos pembersihan tinggi. Sesetengah Negara mengetatkan undang-undang maritimnya yang boleh mengurangkan laluan kapal.



14.          Jenis Syarikat dan Perkhidmatan Udara di Malaysia.

(a)      Penumpang.
Sistem Penerbangan Malaysia. (MAS)
Air Asia.
Fire Fly.

(b)   Perkhidmatan Kargo.
        Kargo MAS.       


15.       Mengapa Pengangkutan Udara Semakin Penting.

(1)        Keperluan Pengangkutan Yang Pantas.
Keperluan bagi pengangkutan yang pantas, cepat sampai ke destinasi, dapat menjimatkan masa serta ekonomik. Contoh : Pengangkutan seperti kapal terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding dengan pengangkutan bas yang memerlukan masa lebih kurang 7 jam.
           
(2)        Faktor Bentuk Muka Bumi.
Kebanyakan Negara-negara Asia Pasifik dipisahkan oleh lautan dan ribuan pulau. Ditambah pula dengan factor jarak yang jauh, meyebabkan kesukaran untuk menggunakan jalan darat. Contoh : Penduduk dari Semenanjung Malaysia tidak dapat ke Sabah dan Sarawak kerana dipisahkan oleh Laut China Selatan.

(3)        Perkembangan Ekonomi Yang Pesat.
Perkembangan ekonomi perdagangan antarabangsa yang pesat memerlukan para peniaga berulang alik untuk urusan perniagaan antara Negara di rantau Asia Pasifik dengan cepat dan pantas. Contoh : Dengan adanya perkhidmatan kapal terbang menyebabkan peniaga dari Malaysia boleh sampai ke Jepun dalam masa beberapa jam sahaja berbanding dengan pengangkutan air.

(4)        Pengangkutan Penumpang / Barangan.
Keperluan kepada pengangkutan kargo (just in time delivery). Pergerakan penumpang/ pelancong dalam sektor pelancongan yang semakin berkembang, pergerakan buruh-buruh asing/ pakar-pakar asing, hubungan dua hala antara Negara yang memerlukan kepada suatu pengangkutan yang cekap dan cepat seperti kapal terbang.

(5)        Perkembangan Dalam Sektor Perkhidmatan.
Perkembangan dalam sektor perkhidmatan seperti pengangkutan, pentadbiran, pengurusan, pelancongan dll telah meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan udara. Tambahan pula berlaku perkembangan dalam syarikat pengakgkutan udara seperti Air Asia, Firefly dan MAS. Terdapat pula promosi tambang murah yang lebih kompetitif.

(6)        Kemajan Teknologi Pengangkutan Udara.
Perkembangan teknologi dalam pembuatan pengangkutan udara semakin pesat. Adanya pesawat seperti Boeing 747, Boeing 757 dll. Di samping teknologi pemodenan landasan dan lapangan terbang seperti yang terdapat di KLIA dll.


16.       Sumbangan Sistem Pengangkutan Udara Dalam Memaju Dan Membangunkan Kegiatan Ekonomi Di Malaysia.

(1)        Membantu Memajukan Rantaian Ekonomi Yang Berkaitan.
            Membantu memajukan rantaian ekonomi seperti perkhidmatan penyediaan makanan dan restoran, industri pangangkutan seperti teksi, limosine, ERL, bas dll. Di samping mengembangkan sektor peruncitan, perniagaan kraf tangan, khidmat pelancong, menggalakan industri pembuatan  dll.

(2)        Menggalakan Kemajuan Sektor Pelancongan.
            Pengangkutan udara dapat memudahkan kemasukan pelancong antarabangsa. Seterusnya akan menggalakkan aktiviti pelancongan seperti pelancongan pedidikan, pelancongan kesihatan, MICE ( Persidangan, konvensyen, pameran ), pelancongan sukan/ rekreasi dll. Ini akan dapat meningkatkan KDNK melalui perbelanjaan para pelanong antarabangsa dan tempatan. Juga menguntungkan Negara dari segi peningkatan tukaran wangg asing.

(3)        Penyediaan Perkhidmatan Kargo.
            Menyediakan perkhidmatan kargo yang cekap dan pengangkutan produk industri moden. Seterusnya menggalakan pertumbuhan sektor perindustriaan. Contoh : Perkhidmatan kargo memudahkan penghantaran produk-produk industri dari Malaysia ke Negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong dll.

(4)        Menggalakan Kemasukan Pelaburan Asing. (FDI)
            Penyediaan kemudahan pengangkutan yang cekap menggalakkan kemasukan pelabur-pelabur asing. Ianya memudahkan aliran masuk modal asing (FDI) seperti pelaburan dari syarikat multinasional (MCNs). Ini dapat menambah dana dalam negara. Seterusnya dapat menjana perkembangan ekonomi dalam negara.

(5)        Membuka Peluang Pekerjaan.
            Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam industri penerbangan seperti pilot, pramugari, pramugara, bidang pengurusan dll. Ini dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk,meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan pengganguran.

(6)        Membangunkan Kawasan Mundur.
            Pengangkutan udara dapat membangunkan kawasan mundur seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak yang sukar dihubungi oleh jalan darat. Sumber alam di kawasan berkenaan boleh dimajukan. Di samping pembangunan sosio ekonomi boleh disalurkan kepada penduduk setempat. Mobiliti buruh menjadi lebih cepat dan mudah. Contoh : Di Long Pasia, Sarawak.




7 comments: