2.9 Globalisasi





FOLIO   GEOGRAFI  B: PENGGAL 2

4.1   GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAHAN: Siapkan Folio berdasarkan  panduan di bawah:-
 (a)    Menyatakan maksud globalisasi ekonomi
 (b) Menghuraikan aspek saling kebergantungan antara kawasan;
     (i)     Pelaburan
     (ii)    Teknologi
     (iii)   Pengeluaran
     (iv)   Pasaran
     (v)    Bekalan buruh

 (c)  Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan;
     (i)     Kecekapan ekonomi
     (ii)    Daya saing
     (iii)   Pengkhususan
     (iv)   Penyertaan dalam ekonomi dunia.
    
(d)Membincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara;
        KESAN POSITIF
     (i)     Perdagangan bebas
     (ii)    Perluasan pasaran
     (iii)   Pemindahan teknologi
     (iv)   Aliran buruh
     (v)    Menggalakkan persaingan
     (vi)   Peningkatan kualiti produk

    KESAN NEGATIF
     (i)     Penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional (MNC)
     (ii)    Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan.
     (iii)   Ancaman kepada penguasa kecil dan sederhana tempatan
     (iv)   Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing.
(v)       Penghakisan kedaulatan  negara.

     
4.2    KERJASAMA SERANTAU (14 W )
4.2.1   Konsep Kerjasama Serantau
(a)  Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :
        i)   Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
        ii)   Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
       iii)  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
        iv)  Kesatuan Eropah (EC).
       v)   Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

     (b)  Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan  antara kawasan.

4.2.2   Kepentingan dan masalah
(a)      Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi  serantau :
        i)   Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.
        ii)   Pasaran bersama
       iii)  Meningkatkan daya saing serantau
        iv)  Menjaga kepentingan bersama serantau
       v)   Keperluan guna tenaga buruh.

4.2.2   Kepentingan dan masalah
(b) Membincangkan isu dan masalah dalam
      kerjasama ekonomi serantau :
        i)   Perbezaan ekonomi antara negara anggota.
        ii)   Konflik politik wilayah dalam negara anggota
       iii)  Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
        iv)  Persaingan antara kepentingan negara dengan
             kepentingan serantau
       v)   Pencemaran rentas sempadan
       vi)  Keselamatan serantau.


Pertumbuhan segitiga merujuk kepada kerjasama memajukan
Subwilayah yang berjiran  di dalam ASEAN
 
4.3    PERTUMBUHAN SEGITIGA ( 6 W)
(a)   Mentakrifkan konsep Pertumbuhan segitiga .

(b)     Mengenalpasti kawasan Pertumbuhan
      segitiga  di dalam ASEAN:
     i)    Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia – Singapura (IMS – GT).
     ii)    Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia –Thailand (IMT – GT)
     iii)    Kawasan Pertumbuhan Asean Timur : Berunai Darusalam –
             Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP – EAGA)
Fokus Kerjasama: IMS – GT (Perindustrian)
                                IMT – GT (Sumber pertanian dan pelancongan)
                                BIMP – EAGA (Pelbagai aktiviti ekonomi)

(c)     Membincangkan peranan pertumbuhan segitiga dalam memajukan wilayah ;
       i)     Perdagangan.
      ii)     Pelaburan.
      iii)    Pengaliran buruh
      iv)    Penggunaan sumber
      v)     Pengangkutan dan perhubungan
     vi)     Teknologi.

4.4   HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR (4 W )
(a)     Menyatakan dasar luar negara Malaysia.
     Catatan:  Teras dasar luar negara Malaysia – Aman, Bebas  dan berkecuali.
Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau.
     Catatan:  Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama   kerjasama serantau
Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.
     Catatan:  Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan


- Tamat -




(a) KONSEP GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan mentah,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran barangan serta perkhidmatan dipermudahkan dengan kemajuan teknologi maklumat. .Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.

(b) ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN

Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:

Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Teknologi  
Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi  HITEC,teknologi reka bentuk dll.

Pengeluaran
Globalisasi  membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan  dan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

                                                                                      1
Pasaran
Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh  Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

(c)  Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan;
   (i)     Kecekapan ekonomi :
-Terdapat negara yang mempunyai kecekapan dan menghasil sesuatu barangan berbanding dengan negara lain.-Cont:-Negara Thai lebih cekap menghasil beras berbanding dengan Malaysia   maka Malaysia mengimport beras dari negara tersebut berbanding mengusahakan penanaman padi.   Amerika syarikat lebih cekap menghasilkan kapal terbang dan gandum berbanding dengan Jepun. Maka Jepun mengimport tersebut.    

(ii)    Daya saing
Daya saing ialah kesanggupan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan dari negara-negara lain.  Kerjasama antara kawasan membolehkan sesebuah negara menghasilkan cipta barangan atau keluaran  yang baik  berbanding dengan negara pengeluar yang lain.
-Contoh : Malaysia adakan kerja sama dengan Zhejian Geely Holding Group untuk mengeluarkan model kenderaan baru di kilang Proton 

     (iii)   Pengkhususan :
- Setiap negara tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukan. Contohnya,  Negara-negara maju memerlukan getah asli tetapi tidak dapat dihasilkan oleh negara mereka. Mereka terpaksa mengimport barang tersebut dari Asia Tenggara (Malaysia, Negara Thai dan Indonesia)
-Sebaliknya Asia Tenggara belum dapat mengeluarkan hasil industri moden (kapal terbang, mesin2 industri) perlu import dari negara2 maju.

     (iv)   Penyertaan dalam ekonomi dunia.
- Dalam sistem ekonomi global, tiada sesebuah negara mempunyai ekonomi yang lengkap.
-Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek pembangunan negara.
-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.-Contohnya: Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.

(d) KESAN GLOBALISASI

Kesan Positif:
i.Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan.

ii.Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan 
perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.

iii.Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D

iv. Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke negara  lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

v. Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.

vi.Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.

Kesan Negatif   ;
i. Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.

ii.Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai  kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.

iii.Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju   telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.

iv. Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional  yang berpangkalan di negara maju.
------------------------------------------------------------------------------------------------


KERJASAMA SERANTAU



4.2.1   Definisi Konsep Kerjasama Serantau

a. Kerjasama serantau merupakan satu persefahaman yang dibentuk antara negara berjiran dalam konteks untuk menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip saling menguntungkan.. Kerjasama melibatkan bidang ekonomi, budaya dan alam sekitar.  Contoh kerjasama serantau ialah Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kesatuan Eropah (EU), Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).



(a)  Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :

    
a. Pengenalan
ASEAN ditubuhkan Pada 8 ogos 1967  yang terdiri daripada  Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Kini  Asean terdiri daripada   10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.



b. Tujuan penubuhan ASEAN ialah
1.Memajukan ekonomi,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.                                                                
2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara daripada ancaman pengganas, lanun dan pencemaran rentas negara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan latihan dan penyelidikan. Contohnya amaran awal tsunami dan jerebu.

c. Kepentingan ASEAN kepada sesebuah negara anggotanya

i. Meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan. ke negara anggota.. Dapat meningkatkan ekonomi negara.

ii. Tenaga buruh.. negara yang mempunyai ramai tenaga buruh boleh mengekspor kepada yang kurang negara buruh. contoh Indonesia. 

 iii. Meningkatkan pelaburan antara negara . Negara kaya seperti singapura boleh membawa masuk pelaburan
kepada negara miskin seperti Kemboja.

iv.   Meningkatkan  perkongsian teknologi.

 v    Perkongsian bahan mentah antara negara

d. Projek Perindustrian ASEAN

Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu   * projek baja urea  ASEAN di Indonesia
           *projek baja urea ASEAN di Malaysia
           *projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
          *projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
          *projek batuan abu soda ASEAN di Thailand

Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak  pertumbuhan ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur asing.

Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan rakan perdagangan yang baik.
 
e.Masalah dalam kerjasama ASEAN.                                                                                                 

c)      i.                     Persaingan sesama negara pengeluar  -  sikap sesetengah negara anggota yang mementingkan negara sendiri berbanding kepentingan serantau

ii.                   Dasar Unilateral – negara ASEAN masih mengamalkan perdagangan Unilateral (tidak bergantung kepada negara luar)

iii.                  Kuasa beli – pasaran negara ASEAN  -  masih rendah

iv.                 Penurunan nilai mata wang  -  menyebabkan sistem ekonomi negara yang terlibat terjejas.

v.                   Masalah politik dalam dan antara negara anggota – mewujudkan ketidakstabilan politik serantau dan mewujudkan iklim pelaburan yang tidak sihat.. tuntutan bertindih.

vi.                 Tekanan pihak luar – negara Barat ( dasar ekonomi, pasaran dll)

vii.                Sikap penduduk atau pengguna negara anggota yang tidak mementingkan barang negara sendiri /asal.

ii)AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN/ASEAN Free Trade Area)


a. Pengenalan

Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura. Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu untuk mengurang atau menghapuskan cukai (tarif) bagi sesetengah  barangan yang diniagakan  di kalangan negara ASEAN.



b. Tujuan AFTA

i. Menggalakkan kegiatan perdagangan iaitu import dan eksport sesama negara Anggota.

ii. Mengurang dan menghapuskan beberapa aspek berikut ; tarif perdagangan, dasar perlindungan dan birokrasi.
iii. Ke arah mewujudkan imbangan perdagangan yang lebih seimbang antara negara anggota.

c. Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah

1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti  hasil pertanian yang belum diproses contohnya beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.

d. Feadah Afta Kepada Negara Malaysia

Di antara faedah penyertaan Malaysia dala AFTA ialah:
1. Malaysia boleh dengan bebasnya mengeksport barangannya dalam kuantiti yang banyak dari sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan ke negara-negara anggota ASEAN yang sama-sama menyertai AFTA. Negara ASEAN lain tidak boleh menyekat atau mengenakan tarif atau cukai import yang tinggi terhadap barangan dari Malaysia.
2.Malaysia juga boleh mengimport barangan yang lebih murah dari negara-negara anggota AFTA. Ini menyebabkan penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah mampu membeli barangan dari negara-negara ASEAN.
 3. AFTA menyediakan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.

                                                                                  

i.Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Autralia, Brunei, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kanada, Malaysia ,Mexico, Thailand, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Korea, Singapura, Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989. Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir 50%  penduduk dunia.





ii.Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan dan pelaburan

iii.Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
      @ projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia dan Filipina
      @projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia
      @projek perikanan yang diketuai oleh  NEW Zealand,Thailand dan Jepun
      @Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
      @projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat 
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun 1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

iv. kepentingan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC )                                                                              a.Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia terhadap negara anggota
b.Meningkatkan saiz pasaran . penduduk yang ramai meningkatkan permintaan barangan

c. Keperluan guna tenaga buruh. kekurangan buruh dan kepakaran dalam negara anggota boleh ditampung oleh negara lain dlm anggotanya. 
d.Meningkat pemindahan teknologi dari negara maju ke negara mundur seperti Jepun ke Malaysia.  e. Memudahkan  pengaliran modal/pelaburan ke negara mundur.

 

iv)  Kesatuan Eropah (EC).
PETA DUNIA

PETA EC

a. Ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh negara-negara yang terletak dibenua Eropah

b.Anggotanya sebanyak 27 buah negara; Antaranya ialah:- Jerman, Belanda, United Kingdom, Perancis, Itali, Belgium, Ireland Sepanyol, Sweden, Austria, Finland, Denmark, Greece., Portugal, Luxemburg dan lain-lain.



b. Tujuan :
i. Mewujudkan satu matawang tunggal
ii. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
iii. Satu kerakyatan tidak memerlukan passport untuk bergerak ke Negara lain.
iv. Parlimen EU yang berkuasa


v)   Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA/ North America Free Trade Agreement Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara).





a. NAFTA ditubuhkan pada 1994, adalah sebuah pakatan kerjasama ekonomi yang berasaskan prinsip pasaran bebas yang terdiri daripada negarai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
b .Tujuan penubuhan NAFTA untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui:-
i.  Kerjasama perdagangan yang bebas dan adil
ii. Menciptakan iklim pelaburan dan persaingan yang sihat
iii. Memberi perlindungan terhadap hak milik intelektual.
iv. Mencipta produser yang efektif dalam penyelesaian masalah perdagangan antara negara anggota.
v. Menghapuskan halangan tarif dikalangan negara anggota secara berperingkat-dalam 5 hingga 15 tahun.


     (b)  Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan.
  




Jenis Kerjasama

Takrif

Contoh Kerjasama

Kerjasama dua hala




Kerjasama pelbagai
hala


Kerjasama serantau


Kerjasama kumpulan negara









Kerjasama Sedunia





Segi Tiga
Pertumbuhan
Kerjasama antara dua buah negara



Kerjasama antara beberapa buah negara



Kerjasama antara negaranegara yang terletak rantau yang sama

Kerjasama antara negaranegara yang sama aras pembangunannya








Kerjasama yang melibatkan kebanyakan negara di dunia





Kerjasama yang melibatkan kawasan-kawasan tertentu di negara-negara yang berhampiran

Kerjasama antara Malaysia denganjepun dalam pemindahan teknologi membuat kereta

Kerjasama antara Malaysia dengan India, China, dan Taiwan dalam pelonggaran prosedur import-eksport

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Kerjasama Ekonomi Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN)

Kerjasama antara negara perindustrian G7 (Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Itali, U.K., Amerika Syarikat, dan Rusia)
Kerj asama antara negara membangun Gl 5 (Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe)

Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Sgi Tiga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia
—thailand (IMT — GT)
Segi TIga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia
— Singapura (IMS — CT)





4.2.2   Kepentingan dan masalah
(a)  Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi serantau :

        i)   Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.
1 Kerjasama serantau seperti dalam ASEAN, APEC dan juga kerjasama
ekonomi antara negara Asia Timur penting bagi mengurangkan kesan
negatif globalisasi ekonomi dunia.
2 Melalui kerjasama ini juga, kemahiran dan kepakaran serantau dapat
disepadukan supaya berdaya saing di pasaraan antarabangsa, Selain itu,
kemajuan teknologi juga dapat dikongsi bersama.

        ii)   Pasaran bersama
1. AFTA ialah satu contoh kesungguhan negara anggota ASEAN mewujudkan pasaran bersama, melalui AFTA penghapusan tarif membolehkan negara-negara anggota
2. menjimatkan kos pengeluaran lalu memperoleh ekonomi bidangan.
3 Dengan jumlah penduduk negara-negara anggota yang begitu ramai, pastinya pasaran bersama mi akan menguntungkan negara anggota. Pasaran yang besar inilah yang perlu diterokai dengan bijak agar penduduk rantau mi memberi keutamaan kepada produk dan ASEAN.
       iii)  Meningkatkan daya saing serantau

1 Bagi meningkatkan daya saing serantau dalam usaha mengurangkan kesan globalisasi ekonomi dunia,  khasnya cabaran daripada China dan India.
2  keutamaan diberikan kepada R&D, teknologi dan juga membangunkan sumber manusia (modal insan).

        iv)  Menjaga kepentingan bersama serantau

1 Negara-negara anggota ASEAN perlu sentiasa memikirkan tentang kepentingan negara anggota. Ini boleh menyumbang kepada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.
2 ASEAN perlu mengekalkan dan meningkatkan lagi suasana mesra bisnes. ASEAN perlu mengatasi beberapa isu yang menjejaskan keefisienan tempat berniaga.
3 Kepentingan bersama serantau dipertingkatkan lagi dengan adanya Skim Kerjasama Industri ASEAN dan Kawasan Pelaburan ASEAN.

       v)   Keperluan guna tenaga buruh.
1 Kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara negara anggota berkaitan bekalan tenaga buruh membantu pembangunan ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, Malaysia dan Singapura kekurangan bekalan tenaga buruh dalam sektor pembinaan, industri dan perladangan dan domestik. Justeru, masalah  dapat diatasi dengan mendapatkan buruh daripada negara jiran seperti dan Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.
2 Kemasukan tenaga ini membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Dengan itu pembangunan dan kemajuan ekonomi tidak terbantut.

     (b) Membincangkan isu dan masalah dalam  kerjasama ekonomi serantau :

        i)   Perbezaan ekonomi antara negara anggota.
1 Dalam usaha membangunkan ekonomi negara-negara anggota, masalah utama yang dihadapi ialah tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi yang tidak sama antara negara-negara anggota. Contohnya pembangunan di Singapura dan Malaysia lebih pesat jika dibandingkan negaranegara ASEAN yang lain. Negara Laos dan Myanmar misalnya masih mundur.
2 Perkembangan ekonomi yang tidak sama ini menjadi halangan dalam pelaksanaan persetujuan kerjasama AFTA. Penghapusan cukai dan tarif tidak dapat dibuat secara serentak. Sebaliknya secara berperingkat dan dalam tempoh tertentu.

3 Di kalangan negara anggota ASEAN yang masih mundur, pelaksanaan APTA bererti wujudnya pasaran bebas. Sungguhpun pasaran bebas membawa kecekapan yang Iebih tinggi serta barangan yang lebih murah, Ia juga bererti syarikat-syarikat tempatan yang tidak cekap dan bergantung kepada perlindungan kerajaan akan muflis. mi mungkin kerana syarikat-syarikat tersebut tidak mempunyai daya saing yang tinggi.
4 Terdapat negara-negara yang berusaha melanjutkan tempoh penghapusan cukai dan tarif bagi tujuan melindungi syarikat-syarikat tempatan. Ii merupakan halangan kepada pelaksanaan sepenuhnya persetujuan dalam AFTA.

        ii)   Konflik politik wilayah dalam negara anggota
1 Konflik berlaku di kalangan anggota ASEAN. Konflik ii berkisar pada pertindihan tuntutan wilayah atau kawasan sempadan bersama yang  masih tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.
2 Contoh konflik adalah antara Malaysia dan Thailand ke atas kawasan perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini didapati kaya dengan sumber petroleum. Konflik Malaysia-Filipina disebabkan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Filipina masib enggan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
3 Kepulauan Spratly menjadi tuntutan bukan sahaja di kalangan negara anggota ASEAN seperti Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia, tetapi China dan Taiwan juga membuat tuntutan.
4 Kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah pun  bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Manakala konflik tuntutan ke atas Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia telah selesai selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpihak kepada Malaysia.
5 Konflik dalam ASEAN diselesaikan melalui rundingan dan menghormati hak dan kedaulatan setiap negara. Ketenteraan bukanlab cara anggota ASEAN menyelesaikan sebarang konflik.

       iii)  Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
1 Projek kerjasama ASEAN merupakan strategi ASEAN menangani globalisasi ekonomi dunia. Adanya kerjasama atau perkongsian strategik membolehkan produk ASEAN berdaya saing tinggi.
2 Sungguhpun jurang ekonomi kalangan negara auggota ASEAN agak besar, kenjasama dan komitmen anggota ASEAN yang lebih maju mampu melaksanakan projek-proj ek yang telah dipersetujui bersama.
3 Kerjasama ekonomi dalam segi tiga pertumbuhan adalah antara projek projek kerjasama serantau yang telah terbukti berjaya dilalcsanakan. Misalnya usaha memajukan sektor pelancongan di IMT-GT. Sektor industri pembuatan di IMS-GT telah menarik pelabur dan Singapura dan Malaysia melabur modal di Riau.

    iv)  Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau
1 Ini merupakan  dilema yang dihadapi oleh semua negara dalam pakatan kerjasama. Atas dasar kerjasama dan untuk kepentingan bersama dalam menghadapi cabaran globalisasi ekonomi dunia, persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau dapat diminimumkan.
2 Ini berdasarkan kepada dasar ASEAN yang percayakan kepada ‘Memakmurkan Jiran Anda’ boleh membantu satu sama lain kerana ASEAN beranggapan jiran-jiran yang makmur itu menjadi rakan dagang yang baik dan memberi sedikit masalah antara satu sama lain.
3 Membantu negara jiran memajukan sektor ekonomi tidak menjejaskan kepentingan negara kerana akhirnya kemakmuran negara jiran tersebut membantu kemakmuran negara yang dibantu. Dalam jangka panjang, kepentingan negara tidak terjejas.
4 ASEAN yang makmur bererti ASEAN yang stabil. ASEAN yang stabil bererti ASEAN yang aman. ASEAN yang lemah dan miskin tidak membawa manfaat kepada nggotanya.
5 Persaingan antara negara serantau dapat diminimumkan melalui pengkhususan. Pengkhususan akan menguntungkan kedua-dua pihak kerana setiap negara anggota akan memberi perhatian kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mana negara tersebut mempunyai kelebihan persaingan. Dengan kerjasama antara syarikat negara anggota dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan bermakna keuntungan dikongsi bersama.
      
v)   Pencemaran rentas sempadan
1 Kejadian jerebu yang menjejaskan kualiti udara beberapa buah negara anggota ekoran aktiviti pembakaran hutan di Indonesia telah membawa kepada usaha mengatasi masalah jerebu secara lebih serius.
2 Ini membuktikan baliawa ASEAN mempunyai komitmen yang tinggi dan serius  menangani masalah jerebu merentas sempadan. Hasil daripada
perjanjian ialah sebuah badan yang dipanggil ASE44J( Coordinating Centre for Transboundry Haze Pollution Control) ditubuhkan.
3 Kerjasama mi bererti ahli-ahli bekerjasama mencegah dan mengawal punca-punca pembakaran dengan mendirikan satu sistem amaran awal, bertukar maldumat dan teknologi.
       vi)  Keselamatan serantau.

1 Kebelakangan ini kerjasama dalam keselamatan serantau menjadi semakin penting ekoran daripada ancaman keganasan yang menjejaskan keselamatan dalam negara dan serantau.
2 Usaha dilakukan bagi meningkatkan keselamatan serantau dengan kerjasama serantau melalui pertukaran maklumat, kepakaran dan Iatihan tentera negara anggota
3 Ancaman kumpulan pelampau bukan sahaja menggugat dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara, tetapi boleh menjejaskan ekonomi. Perbincangan sering diadakan sama ada di peringkat pegawai mahu ASEAN pun di peringkat menteri berhubung keselamatan serantau bagi mencari alternatifterbaik menangani gelaja ini


No comments:

Post a Comment