2.2 Perikanan




Siap nota kuliah berdasarkan tajuk/sub tajuk berikut:-

PERIKANAN

1. Tampal peta lokasi perikanan di Malaysia

2. Jenis-jenis dan ciri perikanan :-
      2.1. Perikanan pinggir pantai
      2.2  Perikanan laut dalam
      2.3  Perikanan akuakultur air tawar
      2.4  Perikanan akualultur air payau/air masin
      
     Ciri-ciri seperti  berikut:-
       i. Jarak/Lokasi/taburan/jenis ikan
      ii. Skala pengeluaran
      ii. Orientasi pengeluaran
     iii.  Penggunaan modal
      iv. Buruh
       v. Teknologi penangkapan(Bot/pukat/alatan lain)

3.   Huraikan  faktor-faktor mempengaruhi Perikanan di negara Asia Pasifik –rujukan :- Malaysia 
4. Huraikan  kepentingan sektor perikanan kepada Negara Malaysia
5. Huraikan masalah-masalah bagi memajukan aktiviti perikanan di Malaysia
6.  Jelaskan  langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor   perikanan
7. Huraikan kesan negatif aktiviti perikanan terhadap alam sekitar
8. Huraikan  langkah-langkah mengatasi kesan negatif akibat aktiviti perikanan

RUJUKAN
1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Manusia, Pearson Malaysia Sdn Bhd, 2007, Petaling Jaya, Selangor.
2. Abdul Hamid Abdullah dan Keng Su Seng, Ace-Ahead Geografi Alam Sekitar manusia Kertas 2, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007, Shah Alam, Selangor.






1.      2. JENIS-JENIS PERIKANAN

a)       Perikanan Pinggir Pantai                                   b)   Perikanan Laut Dalam


Pinggir Pantai
Laut Dalam
Jarak

Lokasi


Bot / Kapal dan Peralatan




Jangka masa di laut


Jenis Ikan


Skala Pengeluaran



Modal





Tenaga Buruh
Tidak melebihi 32 km dari pantai dan kedalaman laut kurang daripada 180 meter.
Perairan Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Teberau dan Laut Sulu
Menggunakan bot yang kecil yang hanya menggunakan peralatan tradisional spt pukat tangkul, pukat tarik dll

Tidak melebihi satu hari (pergi pagi, balik petang atau sebaliknya)

Tenggiri, bawal, bilis, udang, sotong dll

Biasanya kecil dan sedikit. Digunakan untuk keperluan 
keluarga, yang lebih akan dijual.


Kecil – golongan nelayan yang miskin. Tidak mampu utk menyediakan peralatan perikanan yang moden.

Terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Tidak dibayar gaji tetap. Bergantung kpd hasil tangkapan
Melebihi 32 km dari pantai dan kedalaman laut melebihi 180 meter.
Laut China Selatan, Lautan Pasifik, Selat Melaka dan Lautan Hindi
Menggunakan bot yang besar dengan dilengkapi peralatan moden spt alat perhubungan (radio), radar pengesan ikan, pukat tunda, bilik awet dingin dll

Berada di laut lebih drp. seminggu. Bagi negara dlm sektor 

Tuna, tenggiri, ikan yu,  ikan paus dll

 Hasil banyak . Dijual atau dieksport keluar Negara. Juga utk keperluan ind. pengetinan ikan khususnya ikan sardin.

Besar – syarikat syarikat swasta dan kerajaan. Mampu utk menyediakan peralatan perikanan moden.

Buruh mahir yang bergaji tetap. Kerja yang dijlnkan mengikut pengkhususan spt bahagian tangakapan, proses ikan dll



Peta Lokasi Kawasan Perikanan Di Malaysia.








c) Akuakultur / Pemeliharaan Ikan

Dijalankan untuk memberi  pendapatan sampingan kepada  para  nelayan dan juga petani terutama pada musim tengkujuh apabila nelayan tidak dpt turun ke laut kerana ombak yang besar.

Mempastikan bekalan ikan di pasaran tempatan mencukupi dan dapat mengurangkan import ikan dari negara lain. Dapat menguurangkan pengaliran mata wang negara keluar.

Menggunakan teknologi moden seperti kolam buatan, penternakan  ikan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan, makanan ikan, rawatan air, dan ikan diasingkan mengikut umur  dan saiz.


Akuakultur – Pemeliharaan ikan air tawar
Marinkultur – pemeliharaan ikan air payau / masin
Lokasi






Jenis ternakan


Orientasi Pengeluaran


Pemilikan
Sungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi.  Contoh : Mercang  di Terengganu, Temerloh di Pahang




Ikan patin, tilapia, karp, kelah, kaloi, udang galah, ikan keli dll

Utk keperluan tempatan bg memenuhi kekurangan bekalan ikan di pasaran tempatan

Lebih banyak dimiliki oleh individu yang mengusahakan nya  secara kecil-kecilan. Bantuan subsidi atau pinjaman dr pihak kerajaan.

 Muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau teluk yg terlindung.  Contoh :Kuala Setiu di Terengganu, Pantai Sri Tujuh di Kelantan, Mersing di Johor

Ikan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau dll

Lebih kpd eksport ke negara luar. Contoh : udang harimau dieksport ke Jepun

Dimilki oleh syarikat-syarikat swasta kerana kos penyelenggaraan yang tinggi.


3.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERIKANAN

(A)FAKTOR FIZIKAL (BMB)

a)Kedudukan Malaysia di atas Pentas Sunda dan dikelilingi oleh laut yang cetek spt Laut China Selatan dan Selat Melaka. Laut yang cetek kurang drpd 180 meter membolehkan cahaya matahari sampai ke permukaan laut , menggalakkan  pertumbuhan dan pembiakan plankton dan zooplankton iaitu sumber makanan ikan yang utama membolehkan ikan membiak

b)Pinggir pantai yang panjang dan berteluk-teluk sesuai dijadikan kawasan pembiakan ikan kerana terlindung drpd tiupan angin.  Juga sesuai untuk dibina pelabuhan- pelabuhan perikanan seperti Kuala Perlis di Perlis, Kuala Kedah di Kedah dan Tok Bali di Kelantan.

(B) FAKTOR KEMANUSIAAN

i)TENAGA BURUH
a)Dalaman dan Luar Negara. Mudah dan murah didapati. Mahir dan separa mahir kerana merupakan kerja tradisi bagi penduduk di tepi pantai. Latihan yang diberikan sama ada latihan jangka pendek (kurang drpd 3 bulan) mahupun latihan jangka panjang (lbh drp 6 bulan – diploma), Contoh : Pusat latihan di Chendering Terengganu yang dikendalikan oleh LKIM

b)Buruh luar negara terutamanya dari Thailand, mahir dan kos buruh yg murah.

ii)PASARAN
a)Dalam dan luar negara. Dalam – sumber makanan dan sumber protein utama yang paling  murah.  Permintaan yang tinggi (bahan mentah) daripada industri  hiliran yang berkaitan seperti industi membuat iakan sardin, keropok, ikan kering, dan industry membuat makanan kucing  (friskies dan whiskies)

b)Luar negara dari Jepun – mengimport udang harimau utama Malaysia, Singapura dan Taiwan –berlaku imbangan pembayaran dan pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia.

iii) JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN
a)Kemudahan jalan pengangkutan yang baik  terutamanya jalan raya membolehkan ikan diangkut ke pasaran tempatan dengan cepat. Ini dapat menjaga kesegaran ikan. Di samping itu kemudahan lori awet dingin juga menentukan kesegaran ikan dibawa ke pasaran. Contoh : jalan raya daripada Kg. Geting ke Bandar Pasir Mas di Kelantan.

         
Pasaran luar – jalan laut digunakan.  Ikan diangkut menggunakan kapal yang dilengkapi dengan kemudahan bilik awet dingin yang dikendalikan oleh MISC. Kos pengangkutan  juga murah.

iv) DASAR KERAJAAN

a)Penubuhan LKIM – berperanan membina kompleks pendaratan ikan dan kilang ais utk kemudahan nelayan mendaratkan ikan dan menjual hasil tangkapan tanpa melalui orang tengah. Contoh : Tok Bali, Kelantan

b)Mewujudkan kawasan tukun tiruan  - kawasan pembiakan ikan. Menambahkan bekalan ikan.  Tukun-tukun dihasilkan daripada tayar-tayar terpakai, konkrit batu dan kapal-kapal karam.

c)Taman-taman laut  -  tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan tersebut. Kawasan pembiakan ikan.  Denda dikenakan bila tangkap ikan. Contoh : Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak dan Pulau Payar di Langkawi, Kedah.

d)Menubuhkan pusat-pusat penyelidikan utk hasilkan benih-benih (baka-baka)  ikan bermutu tinggi. Contoh : ikan talapia, ikan karp, ikan siakap dll. Penyelidikan dilakukan di Batu Maung, Pulau Pinang. Juga pusat latihan perikanan untuk hasilkan buruh-buruh mahir dan separa mahir dlm sektor perikanan. Latihan jangka pendek (kurang 3 bulan) dan latihan jangka panjang (lebih 6 bulan). Contoh: Pusat Latihan Chendering di Terengganu.

4.KEPENTINGAN SEKTOR PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA

a)SUMBER MAKANAN
Budaya pemakanan Negara kita bergantung kpd sumber perikanan- sumber protin penting  dan pelengkap kepada makanan ruji iaitu nasi bagi penduduk Asia seperti Jepun, Korea, Filipina, Malaysia dan Indonesia.
                                                                       
b)MENYUMBANGKAN KEPADA PENDAPAT NEGARA
Sumber perikanan laut dalam  yang kaya mampu  menghasilkan pendapat eksport yang tinggi.Contoh Negara Thailand telah mengesport sumber laut dalam kepada Negara spr Malaysia,Singapura manakala Malaysia pula mengesport hasil perikanannya ke Singapura,Taiwan dan Korea.Ini dapat menguntungkan Negara dari segi  tukaran mata wang asing kerana Negara pengimport mempunyai nilai matawang yang tinggi.



c) PELUANG PEKERJAAN
Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang memproses dan kilang  ais,penternak, penyelidik dan sebagai.Contohnya penduduk  yang tinggal di tepi persisiran  pantai, seperti Pahang,Terengganu dan Kelantan bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki  . Hasil tangkapan terutama perikanan laut dalam dapat member pulangan lumayan.ini dapat menambahkan perdapatan perkapita penduduk. 

d)PERKEMBANGAN INDUSTRI BERKAITAN
Menggalakkan  perkembangan industri berkaitan dengan perikanan seperti industry pengentinan (ikan sardine), industry memproses ikan kering dan keropok, pembuatan bot, kilang ais dan lain-lain. Industri ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan menjadi pekerjaan sampingan terutama pada musim tengkujuh
( nelayan tidak dapat turun ke laut).

Dapat menjanakan industri pelancongan yang berkonsepkan home stay iaitu program tinggal bersama keluarga nelayan contohnya program yang dipromosikan oleh LKIM. Contohnya Pulau Aman PP, Bagan Lalang (Selangor),Bachok (Kelantan)

e)MEMBANTU MENINGKATKAN TEKNOLOGI
Membantu meningkatkan teknologi contohnya teknologi awet beku,penggunaan radar pengesan,penyediaan habitat tiruan dan sebagainya.teknologi perikanan berkembang melalui usaha  R&D contohnya Batu Maung, Pulau Pinang,Tanjung Demong  
Masalah perikanan

5 MASALAH-MASALAH SEKTOR PERIKANAN DI MALAYSIA

1. masalah kekurangan  modal- tidak mampu membeli peralatan penangkapan seperti bot, pukat dsbnya kerana kekurangan pendapatan dan simpanan wang

2. kekurangan teknologi - Masih mengguakan kaedah tradisional seperti alatan, pancing, jala dan pukat
3. Masalah buruh - Kekurangan buruh kerana golongan muda tidak berminat menceburi bidang ini.
4. Masalah  keselamatan nelayan- Masih diganggu kawasan perikanan oleh nelayan dari vietnam, Indonesia dan Filipina.
5. Masalah perairan antara bangsa . Pertindinan kawasan sempadan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Ini boleh menyebabkan nelayan ditangkap pihak berkuasa negara jiran.
6. Masalah kepupusan sumber ikan. kekurangan bekalan ikan, udang, sotong dan sebagai oleh penggunaan pukat tunda, pencemaran air laut.

6. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SEKTOR PERIKANAN DI MALAYSIA
i..Memberi bantuan subsidi seperi membekal bot, pukat,  secara percuma
ii. Mengadakan kursus pengendalian bot dan kaedah GPS kepada nelayan
iii. Mengadakan rondaan oleh pihak berwajib seperti  Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan perikanan, tentera laut Diraja Malaysia menbenteras masalah lanun.
iv. Runding Negara Jiran bagi menjelaskan masalah sempadan laut antarabangsa.

7. HURAIKAN KESAN NEGATIF AKTIVITI PERIKANA TERHADAP ALAM SEKITAR


1.Pencemaran air  -  khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan perikanan  akibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, pembersihan bot, sisa domestik dan tumpahan minyak bot. Akibatnya , permukaan air laut diliputi oleh minyak. Pancaran cahaya matahari tidak sampai ke dasar laut. Plankton tidak membiak. Bekalan makanan ikan kurang. Ikan mati.  Bekalan ikan pupus.

2.Kemusnahan ekosistem paya bakau – pembinaan kolam merinkultur di kawasan hutan paya bakau di zon pinggir pantai menyebabkan hidupan asal seperti ketam, lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesis burung akan turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan menjejaskan ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan kadar populasi asal hutan paya bakau berkenaan. Contoh : di Sabak Bernam, Selangor.

3.Kepupusan hidupan akuatik – tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan terutamanya apabila menggunakan pukat tunda di kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad.  Di kawasan pinggir pantai, aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaan  kuasa letrik di kawasan paya, kolam, tasik dan sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan ikan masa depan akan pupus.

5.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN  KESAN NEGATIF AKTIVITI PERIKANAN KEPADA  ALAM SEKITAR

A)LANGKAH PERUNDANGAN
i.Akta perikanan dikuatkuasakan oleh Jabatan Perikanan dan Polis Marin
 – Contoh :  Seksyen 38(1) dan Seksyen 41(1) . Jabatan Alam Sekitar menggunakan Akta Alam Sekitar (1974) – tindakan tegas terhadap nelayan yang menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

ii.Mewartakan taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Payar di Langkawi sebagai zon larangan aktiviti  penangkapan ikan dan terumbu karang.

iii.Bagi nelayan yang melanggar peraturan, hukuman berat sama ada denda dan kompaun yang tinggi dikenakan, rampas peralatan menangkap ikan termasuk bot serta hukuman penjara.

iv.Rondaan dan pemantauan pihak berwajib, seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Polis Marin perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan masalah pencerobohan nelayan asing dan masalah pencemaran air.

v.Langkah-langkah lain yang boleh diambil – batalkan permit perikanan dan tarik lesen operasi.


B) LANGKAH PENGURUSAN YANG STRATEGIK

i.Memperluaskan kawasan perletakan tukun-tukun tiruan utk menambah habitat       dan kawasan pembiakan ikan . Tukun-tukun tiruan diperbuat daripada tayar-tayar terpakai, konkrit-konkrit batu,  dan kapal-kapal karam.

ii.Mengurangkan atau menghadkan pengambilan kawasan paya bakau dan paya  nipah secara besar-besaran  untuk dijadikan kawasan penternakan ikan marinkultur dan akuakultur.

C) LANGKAH  KEMPEN

i) KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
i)Melancarkan kempen kesedaran kpd penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan dan hidupan akuatik. Contoh kempen :  ‘Cintailah Hidupan Laut’ atau ‘Cintailah Hidupan Akuatik’. Kempen boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO)secara aktif dan berterusan sama ada melalui media cetak ataupun media eletronik.

ii)Pendidikan pula secara formal mahupun informal. Pendidikan formal – diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah bermula dari pendidikan sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi (Universiti).  Contoh : subjek Geografi dan  Ijazah Sains Alam Sekitar.


Alamat web yang berkaitan

Pukat tunda
perikanan di jepun