pembandaran


TEMA 2: BANDAR DAN PEMBANDARAN
 

1.Memberi maksud  bandar dan proses pembandaran
2.Menghuraikan jenis dan ciri bandar berikut: (sedikit huraian berserta  beberapa contoh)
               i) Bandar kecil
               ii) Bandar sederhana
              iii) Bandar Besar
              iv) Bandaraya metropolis
               v) Bandaraya global
  vi)Bandar primat (Faktor yang mewujudkannya dan masalahnya)
 vii) Bandar Raya Mega

3.Menjelaskan pola pembandaran di Malaysia (dari segi perubahan saiz dan bilangan bandar, Pertumbuhan  penduduk bandar, dan perubahan sosioekonomi bandar)
4 Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran :-
(i)   Faktor sejarah,
(ii)  ekonomi,
(iii) dasar keraj aan,
(iv) sosial,
(v)  kemudahan asas,
            (vi) demografi
5.Menghuraikan  peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara, iaitu:-
(i)    pusat pemasaran;
(ii)    pusat pekerjaan;
 (iii)    pusat pemodenan;
(iv)   kemudahan kesihatan;
(v)    pembentukan golongan menengah;
(vi)   pembauran inovasi;
6. Bandingkan peranan bandar besar, bandar sederhana, dan bandar kecil di Malaysia;
7. Menghuraikan kesan  pembandaran terhadap gunatanah, penduduk, dan sosioekonomi dari segi
(i)     kepadatan penduduk;
(ii)    perubahan pekerjaan;
(iii)    peningkatan taraf hidup;
(iv)    perumahan;
(v)    kemiskinan bandar;
(vi)    migrasi desa-bandar;
(vii)      kesesakan lalu lintas;
(viii)     masalah sosial;
(ix)     perubahan guna tanah

8. Menjelaskan kesan pembandaran terhadap alam sekitar yang meliputi
(i)    kemerosotan kualiti alam sekitar;
(ii)    pencemaran alam sekitar;

------------------------------------------------------------------------------------------------


1. Pengertian Bandar dan Pembandaran:

a.  Bandar

Bandar  ialah petempatan   yang mempunyai saiz penduduk yang lebih besar iaitu melebihi 10,000 orang, telah diwartakan   dan kepadatan  penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar, pola pekerjaan bukan  bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang padat dan   sibuk, deretan bangunan yang tinggi dan gaya hidup yang lebih moden. Contohnya Kota Bharu, Kuala Lumpur dan lain-lain.


b. Urbanisasi/pembandaran

urbanisasi @ pembandaran ialah proses perkembangan atau perubahan  sesebuah kawasan menjadi bandar. Perubahan ini meliputi aspek peluasan sempadan ( saiz kawasan ), jumlah penduduk (demografi) serta fungsi/kepentingan bandar. perkembangan ini menjadikan sesebuah kawasan menjadi semakin moden, kompleks serta naik taraf. urbanisasi melibatkan perkembangan kawasan luar bandar menjadi sebuah bandar kecil, bandar kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi sebuah bandar besar. cth. Kuala Lumpur, jumlah penduduk pada tahun 1980 seramai kira-kira 900 000 orang menjadi 1.2 juta orang pada 1997. Manakala keluasannya dari 93 km² menjadi 243 km² setelah diistiharkan sebagai wilayah persekutuan.

c. Ciri-Ciri Sebuah Kawasan Mengalami  Urbanisasi

i.                Penumpuan penduduk :  kawasan bandar adalah tinggi
ii.              Migrasi penduduk : Berlakunya migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar yang tinggi.
iii.           Perubahan pola perkerjaan : Pekerjaan lebih bertumpu kepada kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan.
iv.           Perubahan tempat kediaman : Lebih banyak petempatan terancang dibina seperti taman-taman perumahan dll.
v.            Perubahan cara hidup : Cara hidup penduduk telah berubah dari cara hidup tradisional kepada cara hidup moden /  cara hidup bandar.


2.Menghuraikan jenis-jenis dan ciri-ciri bandar berikut: 

  i) Bandar kecil. 
Bandar kecil  mempunyai penduduk  kurang daripada 30,000 orang penduduk contohnya: Bandar pasir mas, Tanah Merah, Tumpat dan lain-lain.

ii) Bandar sederhana.
Bandar sederhana  mempunyai penduduk  kurang daripada 30,000 – 500,000 orang penduduk contohnya: Bandar Kota Bharu, Kuantan, Kuala Trengganu. 

iii) Bandar Besar

Bandar Besar  mempunyai penduduk  kurang daripada 500,000 – 1 000 000 orang penduduk contohnya: Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu. 

 iv) Bandaraya metropolis

Bandar Metropolis ialah bandar raya gabungan  dengan beberapa buah bandar sehingga kawasan suburban (kumpulan  beberapa buah bandar yang bersambungan). Ia berpenduduk melebihi satu juta orang. Hierarki paling tinggi dan lingkungan pengaruh luas Mempunyai pelbagai fungsi pusat- pemusatan (aglomerasi) dan berteknologi tinggi, fungsi bandar pentadbiran, perniagaan , perdagangan, perinsudtrian. 

i. Ciri fizikal - Padat dan tepu bina dengan bangunan. Rebakan bandar ke kawasan sekitar. Perkembangan bangunan secara vertikal untuk jimatkan ruang.

ii.Ciri sosial – kualiti hidup yang tinggi- pendapatan tinggi dengan gaya hidup moden. Sangat bergantung kepada penggunaan teknologi.

iii.Pelbagai kemudahan /infrastruktur bertaraf dunia- pengangkutan moden, pusat kewangan , pusat membeli belah, pusat ICT moden (hub komunikasi), banyak hotel lima bintang. Tumpuan pengangkutan wilayah- hub pengangkutan wilayah /serantau/dunia

v.    Megalopolis 

Proses pembandaran yang berterusan membolehkan bandar-bandar metropolis bercantum   
membentuk saiz bandar yang lebih besar dan luas dengan jumlah penduduk melebihi 10 juta akan        membentuk bandar Mega.Contohnya: Megelopolis Tokaido di Jepun (Tokyo-Yokohama-Kyoto)          melebihi 30 juta orang keluasan 100 km.

vi) Bandaraya global.

Di kenali sebagai bandaraya dunia/bandar raya  alfa)   menempatkan pelbagai aktiviti yang bertaraf antarabangsa/dunia.  Ia ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam sistem ekonomi, budaya,sosial, politik, teknologi dan kemudahan bandar. -Memiliki sifat khusus dan unggul bertaraf dunia Aktiviti ekonomi pada tahap kuartener (berasaskan pengetahuan dan intelektual) dan kuiner  (keterampilan khusus dan bergaji tinggi)). Pelbagai fungsi mega bersifat kuartener dan kuiner termasuk pusat kewangan, pusat pasaran kewangan dunia, ibu pejabat korporat perdagangan berbilang negara (MNC).

-Pelbagai institusi bertaraf antarabangsa Pusat pertumbuhan sektor perkhidmatan dan perniagaan
-Pusat perindustrian utama
-Pusat jaringan pengangkutan dan telekomunikasi antarabangsa
-Kekerapan mengendalikan seminar dan persidangan antarabangsa
-Pusat membeli belah bertaraf antarabangsa.

Bandaraya ini juga dijadikan ibu pejabat koporat antarabangsa contot seperti pejabat PBB. Contohnya :- London, Paris, New york dan Tokyo.

vii)Bandar primat 

a. Definisi Bandar Primat

Bandar primat merupakan sebuah bandar yg dominan dalam sesebuah negara/peneraju bagi pelbagai segi politik, media, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan bagi negaranya., yang berstatus ibu Negara,yang bersaiz beberapa kali lebih besar daripada Bandar kedua terbesar., seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.

b.Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan bandaraya primat

contoh bandar primat : Bangkok Thailand
                                     Jakarta Indonesia

Bangkok Thailand

Jakarta, Indonesia


i. Tumpuan Pembangunan ekonomi di bandar raya utama seperti bidang perindustrian, perkhidmatan, perniagaan, pusat pentadbiran, kewangan, dan sebagainya.

iii Dasar kerajaan pada masa lampau. Dasar penjajahan yang memberi tumpuan kepada bandar tersebut seperti Jakarta sahaja tidak kepada bandar lain. Bandar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti elektrik, air, pelabuhan, kemudahan kilang dan sebagainya.

iii. Faktor demografi yang berkaitan dengan  kadar semulajadi yang tinggi dan kemasukan migran dari luar

iv. Dasar kerajaan yang melonggarkan penempatan aktiviti ekonomi dari  pelabur asing


iii.  Pusat  pentadbiran bu daya, dan pendidikan


c. Kesan-kesan  akibat kewujudan bandar primat   kesan terhadap persekitaran manusia      dan fizikal                          

1.  Masalah pencemaran persekitaran seperti pencemaran air,udara dan daratan akibat pembuangan sisa-sisa domestik, sisa kilang dan kenderaan. Konurbasi akan melibatkan pertambahan penduduk, pertambahan kilang dan sumber kenderaan. Justeru itu  pelbagai bahan pencemar dilepaskan khususnya ke atas sumber-sumber air dan udara. Sungai dan tasik tercemar, udara diselaputi gas-gas seperti karbon monoksida, sulfur, hidrokarbon dan partikel-partikel terampai yang lain.

2.   Masalah tanah . Saiz tanah menjadi semakin sempit, nilai hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna tanah di pinggir bandar untuk kediaman, industri, ruang niaga dan sebagainya. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah. Ini mendorong kepada kewujudan petempatan-petempatan setinggan khususnya di kawasan pinggir-pinggir bandar.

3.   Masalah kesesakan. Penduduk bandar bertumpu untuk tinggal di pinggir-pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar. Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan  masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang dari kerja). Di Kuala Lumpur jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya adalah sesak pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kucing, Tol Sungai Besi, Jalan Ampang, Jalan Cheras dan lain-lain lagi.

4.     Masalah sosial. Seperti peningkatan kadar jenayah serta merebaknya pelbagai jenis penyakit. Pertambahan penduduk, persaingan pekerjaan dan pengganguran boleh mempercepatkan kadar jenayah seperti merompak dan menyamun. Di kawasan setinggan pula pelbagai penyakit berjangkit seperti denggi dan taun cepat merebak kerana persekitaran yang kotor dan tidak terurus.


3.Menjelaskan pola pembandaran di Malaysia (dari segi perubahan saiz dan bilangan bandar, Pertumbuhan  penduduk bandar, dan perubahan sosioekonomi bandar)


a. Selepas merdeka, trend pembandaran di negara Malaysia    
semakin meningkat dan ini dapat dilihat melalui pertambahan bandar

            Jadual menunjukkan trend pembandaran di Malaysia 1970 – 2000

Tahun

Jumlah Penduduk
% Penduduk Bandar
Bilangan Bandar
1970

8 810 000
28.7
49
1980

13 136 109
34.2
67
1991

17 563 420
50.7
129
2000

22 202 614

61.8

138












b.  Contoh tumpuan utama pembandaran di pantai barat S ’jungM’sia:
       Lembah Klang-PulauPinang -Johor Bahru–Seremban-LembahKinta

c.   Contoh tumpuan utama pembandaran di pantai timur S’jung M’sia:
      Kota Bharu–Kuantan–Kuala Terengganu

d.  Contoh tumpuan utama pembandaran di Sabah & S’wak:
      Lebih tertumpu di ibu negeri dan bandar-bandar utama

foto 2: pembandaran yang pesat di metropolitan kuala lumpur




4 Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran :-

(i)   Faktor sejarah,         Dari segi sejarah, kemasukan penjajah dan migran asing menyebabkan perbentukan dan perkembangan sesebuah kawasan sehingga menjadi sebuah bandar. Eg. Kuala Lumpur (pusat pentadbiran), George Town (bandar perlabuhan), Ipoh &  Taiping (sumber bijih timah).

(ii)  Faktor Ekonomi
 Kepesatan pembanguan sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan mewujudkan peluang-peluang kerja  dan menggalakkan migrasi penduduk ke kawasan tersebut. Eg. kawasan Shah Alam – Petaling Jaya berkembang kerana faktor penumpuan sektor perindustrian di kawasan tersebut.

(Iii) Dasar Kerajaan

 Program pembangunan bandar dan wilayah yang diperkenalkan membantu perkembangan bandar-bandar sedia ada dan juga bandar-bandar baru.

a.Kawasan Pembangunan Wilayah.contohnya Wilayah Jengka mewujudkan Bandar Jengka.
b. Dasar pembinaan bandar satelit seperti Petaling Jaya, dan Selayang bagi mengatasi limpahan penduduk di bandaraya Kuala Lumpur.
c.Dasar pembangunan industri mewujudkan bandar-bandar seperti Sungai Way, Selayang, Kerteh, dan Nilai.
d. Dasar mewujudkan pusat telekomunikasi wujudnya bandar cyberjaya dan Putrajaya

(iv) Faktor Sosial

Pemusatan kemudahan sosial seperti pusat hiburan, kawasan rekreasi, pusat-pusat  pengajian tinggi (UM, UITM, UNIKL dll) menggalakkan belia ke bandar

(v)  kemudahan asas 

Kemudahan prasarana seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, elektrik dan air juga menggalakkan kemasukan penduduk ke sesuatu kawasan.Contohnya,
 pengwujudan pusat pusat pengajian tinggi seperti UIAM, UKM, UiTM, UM, dan UniKL  di Selangor dan Kuala Lumpur menyebabkan negeri tersebut mengalami kadar urbanisasi yang paling pesat di Malaysia.

(v) Faktor Demografi / Kependudukan
¨         Pertumbuhan semulajadi dan migrasi yang tinggi ini meningkatkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan bandar.
¨         Eg. di Malaysia, kesan kemasukan imigran secara beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada tahun-tahun 80-an menyebabkan jumlah penduduknya meningkat dari 937 875 orang pada tahun 1980 kepada 1.2 juta orang pada tahun 1997.

(vi)
Sumber bahan mentah dan bahan api
¨         Dengan adanya sumber, perkembangan kawasan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti-aktiviti seperti perlombongan dan perindustrian, seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebuah bandar.
¨         Eg. penemuan sumber bijih timah telah menggalakkan perkembangan bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Taiping.
¨         Eg. sumber petroleum telah mewujudkan bandar memproses gas asli di Kerteh.


5. Peranan Bandar dalam Pembangunan Sesebuah Negara;

 (a)   Pemasaran
Bandar menjadi tempat untk memasarkan segala  barangan dan perkhidmatan peringkat rendah hinggalah peringkat tinggi kepada penduduk sekitar dan penduduk luar bandar. Penduduk bandar memasarkan barangan runcit, pakaian, alat-alat perumahan dan sebagainya.Di samping itu, bandar juga memasarkan  aktiviti perkhidmatan seperti  bank dan kewangan mengurusan simpanan, pinjaman, pelaburan dan lain-lain.

Manakalan penduduk luar bandar akan memasarkan hasil  pertanian, perikanan, perlombongan, perhutan di bandar. Ini kerana bandar mudah dihubungi dari semua arah. Aktiviti perkhidmatan seperti  bank dan kewangan mengurusan simpanan, pinjaman, pelaburan dan lain-lain..


(b)   Pekerjaan
Menyediakan pekerjaan kepada penduduk bandar dan sekitarnya. Contohnya dalam perindustrian, perniagaan, perkhidmatan dsbnya.Jenis pekerjaan yang wujud seperti pengurusan atau pentadbiran dan pengeluaran. Pengurus, kerani, operator dll. Hal ini dapat mengatasi penggangguran dan meninggikan taraf hidup penduduk bandar dan sekitarnya.



(c)     Pemodenan
Bandar sebagai  pusat pemodenan dalam pelbagai bidang spt telekomunikasi, pendidikan, pengangkutan, perniagaan, perubatan dsbnya . Pengangkutan spt LRT, Komuter, Erl. Perkara ini memberi kesan yang baik kepada ekonomi sesebuah bandar. Antaranya mempercepatkan urusan harian.


 (d)   Kemudahan perkhidmatan
Perkhidmatan pendidikan, perubatan pakar, perkhidmatan kewangan, keselamatan dsbnya.

(e)   Pembentukan golongan menengah
Golongon yang berpendidikan tinggi, pendapatan stabil dan pemikiran terbuka. Kesan daripada  pembangunan pendidikan  dan pemodenan di sini terlahirlah golongan ini. Mereka mampu  membeli rumah dan bangunan yang ditawarkan di bandar., tinggal di kawasan perumahan yang selesa, mementingkan gaya hidup yang tinggi. Contoh golongan ini ialah peguam, doktor, guru, pensyarah, jurutera, pakar perunding dll.

  Faktor wujudnya golongan menengah di bandar     

i. Wujudnya peluang pendidikan yang tinggi di bandar

ii. Terdapat kemudahan asas yang baik.

iii.Terdapat peluang  kerjaya yang banyak dan gaji yang ditawarkan  tinggi

iv. Mudah berlaku perubahan sikap ke arah kebaikan

 

(f)    Pembauran inovasi
Ialah penyebaran perkara-perkara baru. Mudah berlaku di bandar kerana ramai penduduk. Contohnya, penyebaran idea baru, teknik moden, peralatan, maklumat, fesyen dsbnya.  Peralatan ICT mudah berlaku di bandar seperti telefon Samsung y, TV Lcd, Kereta dsbnya. kesan mempercepatkan pembangunan di bandar dan sekitarnya.
    

6. Bandingkan peranan bandar besar, bandar sederhana, dan bandar kecil di Malaysia;


Saiz bandar berdasarkan jumlah penduduk
Bandar besar (500,000 – 1000,000 orang
Bandar Sederhana
)  (30,000 - 500,000 orang
Bandar Kecil 10,000 -29,999 orang)
(< 30,000 orang)
Peranan Dari aspek lingkungan pengaruhnya
Ibu negeri / wilayah mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih luas. Contohnya Kota Bharu, Kelantan; Kuantan, Pahang; Kuching, Sarawak.
Ibu Daerah/wilayah yang pengaruhnya meliputi sebuah wilayah Contohnya Pasir Mas, Kelantan; Temerloh, Pahang.
terletak di wilayah luar bandar
Contohnya
Bandar Jengka, Pahang Kanowit, Sarawak.
Peranan dari aspek Ekonomi
Dominasi ekonomi sekunder, tertier sampai ke tahap sektor kaunterner dan kuiner.
   Pusat Pertumbuhan ekonomi wilayah.
   diisytiharkan sebagai bandaraya atas faktor politik, sejarah dan fungsi pembandaran
Pusat Pertumbuhan ekonomi daerah dan mempengauhi ekonomi bandar bandar kecil dan pekan di dalam daerahnya.
Pusat Pertumbuhan ekonomi daerah kecil
   Pusat pengumpulan hasil daripada penduduk sekitar



bandar w/pun belum mencapai jumlah penduduk 1 juta orang penduduk. Contohnya Bandaraya Alor Setar, Ipoh, Melaka


Peranan dari aspek Sosial
   Perkhidmatan       sosial lebih lengkap
kadar celik huruf tinggi pembentukan golongan menengah .
   Penumpuan         aktiviti
sosial                  seperti pendidikan tinggi dan perubatan moden
   Perkhidmatan sosial penduduk daerah dan bandar bandar kecil serta pekan pekan di kawasan daerahnya.
   Pusat Perkhidmatan penduduk setempat / memberi perkhidmatan kepada penduduk kampung.
Peranan dari aspek Fizikal
   Pusat Pembangunan makro / wilayah / korior pembangunan
   Tepubina sesak dengan bangunan tinggi dan kurangnya ruang lapang.
   Guna tanah bandar seperti bangunan, rumah kediaman moden, premis perniagaan, ruang pejabat, jln raya dan lain-lain yang diselang-seli dengan kawasan hijau yang terancang.
   Guna tanah menganjur ke pinggir bandar sehingga ke
zon tepu bina, iaitu zon luar sesebuah bandar yang telah dibangunkan
   Pusat Pembangunan daerah.

   Tepubina sederhan dan masih ada kawasan kehijauan.
   Guna tanah bandar ini masih terdapat kawasan yang belum dimajukan.
   Pusat Pembangunan mikro

   binaan bangunan jarang dan masih ada kawasan hutan semulajadi.
   Guna tanah bercampur dengan guna tanah desa seperti kawasan pertanian, tanah lapang yang belum dimajukan dan kawasan liar seperti hutan, belukar dan paya.


7. Menghuraikan kesan  pembandaran terhadap gunatanah, penduduk, dan sosioekonomi dari segi
(i)  Kepadatan penduduk;
Perpindahan penduduk ke bandar menyebabkan penduduk bertambah dan kepadatan penduduknya menjadi tinggi. Migrasi desa-bandar berlaku akibat perkembangan ekonomi moden seperti pembuatan dan perkhidmatan bandar telah menarik penduduk desa berpindah ke bandar. Misalnya, perpindahan penduduk luar bandar ke bandar  menyebabkan penambahan penduduk setempat, seterusnya meningkatkan kepadatan penduduk.

(ii)Perubahan pekerjaan;
   Kegiatan ekonomi di bandar telah berubah kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan.    Jenis pekerjaan juga turut  berubah seperti kerani, jurujual, guru, jururawat pengawai dalam pejabat-pejabat kerajaan atau swasta dan bekerja di kilang 

(iii) Peningkatan taraf hidup;
   Taraf hidup penduduk semakin meningkat dengan adanya kemudahan infrastruktur, kemudahan sosial, perhubungan, pekerjaan dan peningkatan pendapatan isi rumah.    Perubahan ini dapat dilihat melalui peningkatan taraf pendidikan, kesihatan, pemakanan, pemilikan harta, corak membeli belah, dan mobiliti penduduk.

(iv) Perumahan;
   Kualiti rumah kian meningkat. Ini dapat diukur melalui bahan binaan yang digunakan seperti batu bata, kaca, besi, keluli , Kemudahan asas yang dibekalkan (air dan elektrik), bilangan bilik tidur dan kelengkapan rumah serta perabot yang moden. Keselesaan hidup yang diamalkan oleh penduduk bandar. Harga rumah semakin meningkat akibat daripada permintaan yang tinggi disebabkan proses pertumbuhan penduduk yang pesat.

(v) Wujudnya kemiskinan bandar;
   Pembandaran yang pesat khususnya melalui migrasi penduduk yang kurang kemahiran boleh menyebabkan berlakunya pengangguran atau guna tenaga tak penuh dan secara tidak langsung membawa kepada kemiskinan.    Kedatangan penduduk desa yang miskin dan pekerja asing juga menambah keadaan kemiskinan penduduk bandar.    kadar pengangguran relatif dan mutlak berlaku akibat daripada persaingan peluang pekerjaan yang terhad.    Akibat jumlah penduduk yang terlalu ramai dan tidak seimbang dengan kadar pertumbuhan ekonomi bandar, maka ramai penghuni bandar yang menganggur. Justeru itu, ia menggalakkan kemiskinan di bandar.

 (vi) Migrasi desa- bandar;
Berlaku migrasi dari desa ke bandar kesan daripada proses pembandaran yang pesat. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak di bandar dalam semua sektor ekonomi menggalakkan penduduk di luar bandar bermigrasi ke bandar. Kedatangan penduduk ini boleh membekalkan tenaga kerja kepada sektor perniagaan dan perkilangan di bandar. Kesannya, ekonomi bandar akan meningkat maju dari semasa ke semasa.

(vii) Kesesakan lalu lintas;
   Proses pembandaran yang berlaku tanpa perancangan akan membawa kepada masalah kesesakan sama ada kesesakan bandar mahupun kesesakan lalu-lintas.    Kesesakan bandar berlaku akibat pertambahan penduduk yang berlebihan berbanding dengan pertumbuhan ekonomi dan sosial di bandar.   Kesesakan lalu lintas pula akibat pertambahan bilangan kenderaan di bandar bagi memenuhi keperluan penduduk untuk berulang-alik ke tempat kerja.

                       
(viii) Masalah sosial;
   Masalah kejatuhan moral (kemasukan budaya kuning) dan jenayah semakin meningkat di bandar.   Masalah remaja kian serius seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, menagih dadah, makan pil-pil, menculik, peras ungut dan sebagainya.    Keruntuhan akhlak dan disiplin pelajar turut berlaku. Tingkah laku sesetengah penghuni rumah pangsa yang sengaja merosakkan kemudahan awam terutamanya kemudahan telefon turut dirosakkan atau dicuri.    Kewujudan kumpulan samseng, kongsi gelap dan keganasan di kawasan sekolah telah menganggu proses pelajaran di sekolah.    Penyebaran penyakit akibat oleh aktiviti pelacuran dan perkongsian jarum oleh penagih dadah.   Proses pembandaran yang negatif ini menunjukkan proses pembandaran palsu berlaku di sesuatu kawasan bandar
(ix)       Perubahan guna tanah
Berlaku perubahan guna tanah di Bandar seperti berikut :-
i. Kawasan lapang  di bina bangunan
ii. kawasan hutan di pinggir di tebang untuk dijadikan kawasan perumahan
iii.kawasan hutan di pembangunan wilayah (Jengka, Pahang ) ditebang utk dijadikan
bandar.


8. Menjelaskan kesan pembandaran terhadap alam sekitar;   

(i) kemerosotan kualiti alam sekitar;

 a.Peningkatan suhu setempat, 
b.hakisan,tanah runtuh tanah tandus,
c.banjir dan banjir kilat,
d.ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan

a.Peningkatan suhu setempat.
 Proses pembandaran yang pesat berlaku ke atas bandar-bandar di Malaysia membawa kepada perubahan iklim mikro bandar.Ia disebabkan proses pembandaran yang pesat:-

i.Pertambahan penduduk menyebabkan perubahank guna tanah di bandar dari diliputi oleh tumbuhan, kepada bangunan, tar, bersimen dan batu bata. Pembinaan bangunan yang sangat rapat antara satu sama lain menyebabkan haba terperangkap di celah-celah bangunan dan seterusnya memanaskan permukaan bandar. Semua bentuk permukaan baru ini dapat menyimpan haba ketika waktu siang dan membebaskannya di waktu malam akibat daripada kesan rumah hijau.Kewujudan fenomena pulau haba berlaku pada waktu siang petang dan fenomena pulau sejuk berlakunya pada waktu malam.


ii.Pertambahan kenderaan dan kilang meningkatkan pertambahan gas karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain akibat pembakaran bahan api fosil. Pembebasan gas ini secara berterus di bandar boleh meningkatkan suhu setempat. Contohnya bandaraya Kuala Lumpur.

    
b. Proses  hakisan 
Pertambahan penduduk di bandar meningkatkan pembangunan perumahan dan kemudahan sehingga ke pinggir bandar. Peluasan kawasan bandar menyebabkan kawasan tanah tinggi diteroka dan dibina pelbagai bangunan seperti kediaman, perdagangan , perkhidmatan dan perindustrian . Hal ini menyebabkan berlaku hakisan tanah, tanah  runtuh dan  tanah tandus di kawasan tarahan lereng bukit yang tidak diurus.   Keadaan ini menjadi lebih teruk jika proses pembinaan ini dilakukan di kawasan lereng-lereng bukit kerana kadar hakisan akan menjadi lebih giat. Seterusnya, profil dan struktur tanah diganggu akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Hakisan: tanah runtuh 
11.12.1993, Highland Towers Taman Hillview, Ulu Klang Selangor, Mati 48 penghuni

 c.  Banjir dan banjir kilat  
Peningkatan proses  pembandaran yang pesat menyebabkan berlakunya pembersihan kawasan bertumbuh-tumbuhan,   pertambahan kawasan berturap /bersimen di bandar  dan pinggir bandar. 
-           Penurapan muka bumi yg berlebihan di bandar iaitu lebih daripada 50% permukaan bumi di bandar ditutupi oleh bitumen, konkrit, dan aspalt. Keadaan sedemikian menghalang proses susupan (infiltrasi) air hujan ke dalam tanah, sebaliknya lebih cepat mengalir sebagai air larian permukaan
-           Longkang dan anak sungai yang sempit tidak mampu menampung isi padu air yang banyak ketika hujan lebat dan melimpah menyebabkan banjir kilat. Hujan yang turun di bandar akan mengalir terus menerus melalui sistem parit dan longkang sebelum sampai ke sistem saliran. Ini terjadi keranan permukaan bandar diliputi oleh simen, tar dan batu-bata.

Banjir kilat di Kuala Lumpur


   Kemusnahan habitat flora dan fauna serta kepupusan sumber pelbagai biologi :.

- Peningkatan proses pembandaran akibat pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan penduduk menyebabkan penerokaan hutan sehingga ke pinggir bandar berlaku. Penerokaan ini bertujuan untuk membina petempatan, perniagaan, jalan raya dan sebagainya. Kesannya kawasan hutan akan ditebang dan menyebabkan kemusnahan habitat dan kepupusan sumber pelbagai biologi.

(ii)        pencemaran alam sekitar;
Pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan pencemaran sisa toksik

a.   Pencemaran udara 
Kandungan udara di bandar mengandungi banyak partikal ampaian, habuk, debu,berasap, serta gas karbon dioksida, karbon monosida, sulfur dioksida. Keadaan ini berlaku kerana pertumbuhan yang pesat dari segi bilangan industri, kenderaan bermotor yang melalui jalan raya, stesen janakuasa dan alat hawa dingin. Seterusnya menyebabkan peningkatan IPU (indek pencemaran udara) yang lebih 300 indeks - berlakunya Jerebu yang serius

b.Pencemaran air
   Pencemaran air sungai seperti Sungai Kelang dan Gombak di Kuala Lumpur tercemar berpunca dari buangan effluen atau sisa-sisa toksid industri atau kilang pembuatan seperti zink, kadmium, plumbum, timah hitam. Pembuangan sampah sarap oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab, sisa –sisa bandaran, aktiviti perlombongan timah dari kawasan sekitarnya dan hakisan tanah di tapak projek perumahan.

   c.Pencemaran tanih
   Pencemaran tanih dan tanah berlaku apabila  pembuangan sisa-sisa toksid, sisa domestik bahan kimia, dibuang merata-rata tempat menyebabkan pencemaran tanih. Proses larut resap berlaku selepas selepas hujan lebat. Keadaan ini boleh juga menyebabkan air di bawah tanah juga dicemar.

-           Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) diukur berdasarkan indikator:
i.          kandungan permintaan oksigen biologikal (BOD)
ii.         kandungan bakteria escherichia coli (E-Coli)
iii.        kandungan amoniakal nitrogen (NH3-N) –
iv.        kandungan pepejal terampai (SS) –
v.         nilai keasidan (Ph) –
vi.        perubahan warna dan bau

  
d. Pencemaran Bau
Kegiatan perindustrian seperti kilang getah, kelapa sawit, kawasan ternakan, kawasan pelupusan sampah dan kawasan rawatan kumbahan telah menyebabkan pencemaran bau.

e. Pencemaran bunyi :
Pencemaran ini berpunca daripada bunyi bising dari kilang , jentera dan kenderaan bermotor.            Tempat yang mengalami bunyi bising melebihi 55 dBA dianggap sebagai diganggu oleh pencemaran bunyi. Kilang memproses bahan mentah seperti kelapa sawit mengeluarkan bunyi bising setakat 85 dB (ukuran desibel) boleh menyebabkan pekak.

f.   Pencemaran sampah sarap:
Jumlah pembuangan sampah sarap meningkat dengan pertambahan penduduk bandar yang semakin pesat. Pemilihan kawasan yang sesuai untuk tapak pelupusan sampah sarap

  g. Pencemaran sisa toksik:
   Kilang-kilang mengalirkan sisa kimia melalui longkang – mengalir masuk ke sungai
   Longgokkan bahan buangan kilang sebelum diangkut akan menyebabkan sisa kima meresap ke dalam tanah lalu  mencemarkan tanah di kawasan bandar.

No comments:

Post a Comment