PENGGAL 2: BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA
Arahan: Siapkan nota berdasarkan soalan di
bawah.
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR
1.0 Sektor-sektor ekonomi
a. Mengenalpasti sektor ekonomi;-
(i) Primer
a. Beri definisi Ekonomi Primer:
b.
Nyatakan 4 contoh ekonomi primer:
(ii)Sekunder
. Nyatakan 3
contoh aktiviti ekonomi sekunder
(iii) Tertier
a. Berikan
definisi ekonomi tertier
b. Nyatakan
7 contoh aktiviti ekonomi tertier
2. SEKTOR PERTANIAN
1. Sistem pertanian:-
a) Sistem
Pertanian Pindah
b) Sistem
Pertanian sara diri intensif
c) Sistem
Pertanian kebun kecil
d) Sistem
pertanian ladang (Komersil/ekstensif)
Soalan : Huraikan setiap sistem pertanian di
atas berdasarkan ciri-ciri seperti di bawah:-
i.
Konsep/definisi pertanian tersebut
ii.
Jenis-jenis tanaman
iii.
Taburan atau lokasinya (fotostat peta lokasi yang
berkaitan)
iv.
Skala pengeluaran
v.
Orientasi pengeluaran
vi.
Penggunaan modal
vii.
Penggunaan tenaga buruh
viii.
Penggunaa teknologi
2. Huraikan faktor-faktor
(iklim, bentuk muka bumi, tanih, ekonomi, sosial, dasar, kerajaan, teknologi)
yang mempengaruhi aktiviti pertanian di Malaysia.
3. Jelaskan kepentingan sektor pertanian di
Malaysia dari segi perkara berikut:-
i.
Sumber makanan
ii. KDNK dan pendapatan Negara
iii.
Peluang pekerjaan
iv. Membangunkan kawasan setempat
iv. Mewujudkan kesan pengganda
(bahan mentah)
4. Huraikan masalah-masalah sektor pertanian dari segi perkara berikut;
i. Masalah bencana alam
ii. Masalah kekurangan tenaga buruh
iii. Masalah kekurangan modal
iv. Masalah berkaitan tanah
vi. Masalah ketidakstabilan harga hasil
pertanian
vii. Masalah teknologi yang rendah
5. Huraikan langkah-langkah mengatasi dan
memajukan sektor pertanian dari aspek berikut;
i.
Mewujudkan semula program pembangunan wilayah
ii.
Pembangunan tanah secara berkelompok
iii.
Memajukan kemudahan infrastruktur
iv. Menyediakan kemudahan kredit
v. Memberikan kemudahan subsidi
6. Jelaskan kesan-kesan
aktiviti pertanian ke atas alam sekitar
fizikal dari aspek berikut;
i. pemusnahan hutan, ii. landskap tergondol, iii. hakisan
tanah, iv kenaikan suhu mikro,
v. pencemaran udara, vi.pencemaran air, vii. Tanah tiada
rehat,
7. Huraikan
langkah-langkah mengatasi kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam
sekitar.dari aspek berikut;
i. Langkah perundangan : a. akta kualiti alam sekitar 1974,
b. agensi penguatkuasaan
c. Laporan EIA.
ii.Langkah pengurusan Strategik: a. Tanaman bergilir, b.
Tanaman tutup bumi c.pertanian berteres, d.kawalan secara biotik,
iii. Pendidikan
alam sekitar.
iv. kempen-kempen
kesedaran.
8. BIOTEKNOLOGI PERTANIAN
i.Apakah yang
dimaksud bioteknologi pertanian
ii.Contoh-contoh
penggunaan bioteknologi dalam bidang pertanian di Malaysia.
iii.Huraikan
kebaikan dan keburukan penggunaan bioteknologi pertanian terhadap sector
pertanian pada masa kini
RUJUKAN
1. Rusly Musa dan
Nurashikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 2
Pearson Malaysia Sdn Bhd, 2013, Petaling Jaya, Selangor.
2. Internet : http://www.gf2uplus.blogspot.com/
2.Status halal haram masih diragui dari segi campuran bahan biologi yang terlibat. soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya. Contohnya kambing/biri-biri dolly.
3.kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah.
4.Kemungkinannya berlaku ‘pencemaran genetik’ . Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi .
5.Antara ancaman makanan pengubahsuaian genetik (GM )ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
CADANGAN JAWAPAN
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR
1.0 Sektor-sektor
ekonomi
a. Mengenalpasti sektor
ekonomi;-
(i) Primer
a. Beri definisi Ekonomi Primer:
Definisi: Ekonomi peringkat asas, hasil diperolehi secara langsung
daripada alam sekitar, aktiviti mengeksploitasi sumber alam semulajadi.
b. Nyatakan 4
contoh ekonomi primer:
1.Pertanian
2. perikanan
3. perhutanan
4.perlombongan
(ii)Sekunder
(perindustrian dan perkilangan)
a. Berikan
definisi ekonomi sekunder
Definisi:Bergantung
kepada keluaran ekonomi primer, aktiviti pemprosesan dan pembuatan.
b. Nyatakan 3 contoh aktiviti ekonomi sekunder
b. Nyatakan 3 contoh aktiviti ekonomi sekunder
1.pemprosesan : memproses minyak
sawit, memproses petroleum dll
2. pembuatan : membuat kereta, komputer, kamera dll
3. pembinaan : membina bangunan (pejabat, rumah), membina jalan raya,
jambatan dll.
(iii) Tertier
a. Berikan
definisi ekonomi tertier
Definisi:Menawarkan aktiviti perkhidmatan /berkaitrapat
dengan kedua-dua aktiviti di atas.tidak menghasilkan barangan.
Nyatakan 7 contoh aktiviti ekonomi tertier
1.
Pelancongan
2.
Pengangkutan
3.Perdagangan
dan peniagaan
4.
Perkhidmatan awam dan swasta
5. Perkhidmatan Utiliti (elektrik, air, dan gas)
6.
Teknologi maklumat dan komunikasi
7
Penyelidikan dan pembangunan ( R & D)
2. SEKTOR PERTANIAN
1. Sektor pertanian:-
a) Sistem
Pertanian Pindah
b) Sistem
Pertanian sara diri intensif
c) Sistem
Pertanian kebun kecil
d) Sistem pertanian ladang (Komersil/ekstensif
Konsep aktiviti pertanian
i. Menebang hutan untuk penyediaan tapak pertanian
ii. Membajak dengan jentera moden/tradisional
iii.Menanam anak tanaman/pokok
iv.Membaja dengan baja kimia/organik
v. Menyembur racun serangga/rumput/rumpair
ii. Membajak dengan jentera moden/tradisional
iii.Menanam anak tanaman/pokok
iv.Membaja dengan baja kimia/organik
v. Menyembur racun serangga/rumput/rumpair
vi. Menuai hasil dengan jentera moden/tradisional
vii. Menternak binatang : lembu, kembing, khinzir, ayam dll.
Soalan : Huraikan
setiap sistem pertanian di atas berdasarkan ciri-ciri seperti di bawah:-
i. Sistem Pertanian
Pindah
Ciri-ciri
|
Sistem Pertanian
Pindah
)
|
i.Definisi
|
merupakan pertanian tradisional
yang dijalankan secara kecil-kecilan di beberapa kawasan terpencil dan di
kawasan tanah tinggi.
berkonsepkan “pindah tapak”
menggunakan kaedah “tebang , bakar,
tanam dan tinggal”
kegiatan pertanian ini termasuk
mengumpul dan memburu, menangkap ikan, penternakan pindah dan penanaman
pindah.
di Semenanjung Malaysia kegiatan ini dijalankan oleh orang
asli dari suku kaum Senoi,
Jakun dan Negrito
|
ii.Jenis
tanaman
|
tanaman jangka pendek :
eg. padi huma, ubi kayu, jagung,
pisang
|
iii.Taburan
lokasi
|
Pedalaman Sabah,
|
iv. Skala
pengeluaran
|
antara 0.5 - 1 hektar
(amat tidak ekonomik)
secara kecil-kecilan di kawasan terpencil
|
v.Orientasi pengeluaran
|
kegunaan petani & keluarga
sendiri,
tidak dijual
|
vi.Penggunaan
modal
|
sangat kecil
kumpulan orang asli
|
vii.Penggunaan
Buruh
|
ahli kumpulan, ahli keluarga
|
viii.Penggunaan
teknologi
|
menggunakan teknik yang amat
mudah
eg. kayu panjang, tugal, cangkul,
parang
|
nota tambahan
|
Sistem pertanian pindah ini dapat mengakibatkan Impak
negatif, diantaranya :
|
.Jenis Pertanian
Ciri-ciri
|
P.Sara Diri Giat
|
Definisi
|
Pertanian berskala kecil ini dijalankan secara
giat di kawasan yang sempit.hasilnya hanya cukup untuk keperluan keluarga dan
kadang kala tidak mencukupi bagi keluarga yang besar
|
Jenis tanaman
|
tananam makanan :
eg. padi, sayuran, buahan, ubi
|
Delta kelanta, Dataran kedah-perlis, Kerian di
Perak, Tanjung Karang Selangor.
|
|
Saiz keluasan
|
kurang dari 10 hektar
(masih tidak ekonomik)
|
Skala pengeluaran
|
secara kecil-kecilan & giat / intensif setempat
|
Orientasi pengeluaran
|
kegunaan petani & keluarga sendiri,
berlebihan akan dijual
|
Penggunaan modal
|
Kecil
individu / keluarga
|
Penggunaan Buruh
|
tenaga buruh keluarga
|
penggunaan teknologi
|
peralatan tradisional
eg. cangkul, sedikit jentera pertanian,
|
1.
Pertanian Sara
Diri Giat / Intensif;
Jenis Pertanian
Ciri-ciri
|
P.Kebun Kecil
|
Definisi
|
pertanian
jualan yang diusahakan secara kecilan oleh individu (kebun) atau syarikat
(estet).
Berkonsepkan pertanian bukan
bijirin, separuh komersial dan kegunaan campuran (untuk jualan & kegunaan
keluarga
|
Jenis tanaman
|
tanaman jualan/kontan :
eg. getah, koko, kelapa, sayuran,
lada hitam, tebu , buahan
|
Taburan lokasi
|
berselerak di kg tradisional
|
Saiz keluasan
|
kurang daripada 40.5 hektar
|
Skala
pengeluaran
|
sederhana
|
Orientasi
pengeluaran
|
separuh komersial
|
Penggunaan
modal
|
sederhana
individu / keluarga (kebun)
syarikat (estate)
|
Penggunaan
Buruh
|
tenaga buruh keluarga @ buruh
upahan bagi mini estet
|
Penggunaan
teknologi
|
aras sederhana
|
d.Sistem pertanian ladang
(Komersil/ekstensif
Jenis Pertanian
Ciri-ciri
|
Pertanian Ladang
|
Definisi
|
Corak
pertanian yang dijalankan secara besar-besaran dengan menggunakan teknik yang
paling moden untuk tujuan komersil.
Jabatan Perangkaan
kebiasaannya
perladangan menggunakan sistem berbagai jenis tanaman --- tanaman kontan yang
ditanam secara khusus (tanaman sejenis) dalam kawasan yang luas bagi memenuhi
pasaran luar / antarabangsa.
eg. kelapa sawit -
kapas -
gandum -
Amerika Syarikat, Kanada, India
|
Jenis tanaman
|
tanaman jangka panjang / tanaman
kekal & sejenis :
eg. getah, k/sawit, koko
|
Taburan lokasi
|
Kws Segi Tiga Jengka , Dara (kws
Pahang Tenggara) di Pahang; Kws wilayah Trengganu Tengah (KETENGAH)
Terengganu; KESEDAR ; kawasan Kelantan Selatan.
|
Saiz keluasan
|
melebihi 40.5 hektar
|
Skala
pengeluaran
|
secara pengkhusan (sejenis) dan
besar-besaran
|
Orientasi
pengeluaran
|
berorientasikan eksport /
pasaran.
100 % komersial
|
Penggunaan
modal
|
modal besar
syarikat swasta :
eg. Guthrie, Sime Darby, Dunlop
agensi kerajaan
eg. FELDA, FELCRA
|
Penggunaan
Buruh
|
intensif buruh/jentera moden
|
Penggunaan
teknologi
|
bergantung kepada jentera dan
input pertanian moden
|
2. Huraikan
faktor-faktor (iklim, bentuk muka bumi, tanih, ekonomi, sosial, dasar,
kerajaan, teknologi) yang mempengaruhi aktiviti pertanian di Malaysia.
a)Faktor Fizikal
Jenis Iklim dan
Sinaran Cahaya Matahari.
Malaysia
mengalami Iklim Khatulistiwa, panas serta lembab, dan disinari cahaya matahari
yang mencukupi sepanjang tahun amat sesuai untuk proses pertumbuhan dan
tumbesaran tanaman. Contoh, padi sawah.
b)Min Suhu dan Hujan Tahunan
Malaysia
mempunyai min suhu tahunan 27˚C dan Min hujan 2030mm setahun adalah mencukupi
untuk proses pertumbuhan dan tumbesaran tanaman. Contoh, padi sawah, getah dan
kelapa sawit.
Kawasan tanah
tinggi di malaysia yang mempunyai suhu sejuk sederhana, iaitu min suhu tahuanan
15˚C – 18˚C dan min hujan tahunan
melebihi 2000mm setahun amat sesuai untuk pertumbuhan dan tumbesaran tanaman
hawa sederhana, seperti teh, sayur-sayuran, bunga-bungaan, dan buah-buahan, seperti
strawberry dan anggur. Contoh, di Cameron Highland dan Lojing, Kelantan.
c)Bentuk Muka Bumi
Malaysia
mempunyai kawasan tanah pamah yang luas dan bersaliran buruk, iaitu air
bertakung dipangkal pokok amat sesuai untuk proses pertumbuhan dan tumbesaran
tanaman padi sawah. Contoh, di Delta Kelantan.
Malaysia juga
mempunyai bentuk muka bumi beralun dan kaki bukit yang bersaliran baik, iaitu
air tidak bertakung di pangkal pokok sesuai untuk proses pertumbuhan dan
tumbesaran tanaman getah dan kelapa sawit.Contoh, di Gua Musang, Kelantan.
d)Jenis Tanih.
Malaysia
mempunyai tanih jenis aluvium dan lanar yang subur amat sesuai untuk proses
pertumbuhan dan tumbesaran padi sawah.
Terdapat tanah
jenis laterit yang subur amat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
Terdapat jenis
tanih gambut yang subur untuk tanaman nenas.Contoh, di Pekan Nenas.
Terdapat jenis
tanih beris, iaitu pasr halus bercampur dengan tanah hitam yang suber untuk
tanaman tembakau. Contoh, di Bachok Kelantan.
e)Saliran
Terdapat punca
air sungai yang banyak dan mencukupi untuk mengairi kawasan pertanian, seperti kawasan penanaman padi sawah
dan menjamin bekalan sumber air
yang mencukupi kepada sistem pengairan
terusan dan tali air di kawasan penanaman padi. Contoh, Sungai Kelantan dan
Sungai Muda.
FAKTOR KEMANUSIAAN/BUDAYA
f)Buruh
Terdapat tenaga buruh yang ramai dan mencukupi
daripada kawasan padat penduduk berhampiran.Contoh, di sekitar Kota Bharu dan
Alor Setar untuk bekerja sebagai buruh di kawasan tanaman padi, di kebun kecil
dan ladang getah dan kelapa sawit.
Terdapat juga tenaga buruh separuh mahir dan mahir
tempatan daripada graduan bidang pertanian, seperti UPM dan UTM yang dapat
mengisi kekosongan jawatan, seperti pengurus,jurutera ladang,pegawai akuan,
pegawai penyelidik dan terdapat dikalangan graduan ini bekecimpung sepenuh masa
mengusahakan ladang pertanian dan penternakan.
g)Modal
Terdapat modal
tempatan yang mudah dan mencukupi daripada Bank Perdagangan Tempatan, seperti
Agro Bank dan Skim Pinjman Tekun dan Kredit Mikro untuk membolehkan petani
memula atau membuka kebun dan ladang pertanian, membeli biji benih, baja dan
racun kimia, sewa jentera dan upah buruh.
Terdapat juga
modal asing untuk membolehkan pembukaan ladang getah dan kelapa sawit dijalankan secara besar-besaran, contoh
daripada pelabur asing Singapura dan Arab Saudi.
h)Teknologi
Terdapat
penggunaan jentera pertanian yang meluas, seperti jentera pembajak, peracun,
pembaja, penyemai benih, dan jentera penuai yang menjimatkan masa, tenaga dan
membolehkan petani mengusahakan ladang pertanian yang luas dan komersial.
Contoh, di kawasan penanaman padi di Delta Kelantan dan penanaman getah dan
kelapa sawit di Segi Tiga Jengka, Pahang.
Terdapat
penggunaan baja kimia dan racun serangga dan rumpai yang meluas dan berkesan.
Penggunan baja kimia, seperti Baja Urea dan NPK telah menambahkan kesuburan
tanih yang dapat mempercepatkan tumbesaran tanaman dan memangkinkan pengeluaran
hasil yang banyak.Contoh, tanaman padi sawah.
Manakala,
penggunaan racun makluk perosak seperti racun rumpai dapat menghapuskan rumpai
yang menjadi pesaing utama tanaman untuk mendapatkan baja dan sinaran cahaya
matahari. Penggunan racun seranggan dan binatang dapat menghapuskan
belalang,siput gondang emas, bena perang, ulat, kumbang, tikus dll yang memakan
anak-anak padi dan hasil tanaman.
Terdapat
kemudahan sistem pengaliran moden, seperti empangan, terusan dan taliair untuk
menjamin bekalan air yang mencukupi, khasnya pada musim penanaman padi sawah. Bekalan air yang
mencukupi telah membolehkan tanaman padi dijalankan sekurang-kurangnya dua kali
setahun atau 5 kali dalam tempoh 5 tahun.. Contoh, Rancangan Pengairan MUDA, Kedah dan
KEMUBU, Kelantan.
i)Penyelidikan dan Pembangunan.
Pihak
Kerajaan melalui MARDI, RRIM, FAMA,MPOB
dan pemilik ladang swasta, seperti Sime Darby
sentiasa menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan untuk menghasilkan
tanaman yang cepat membesar, tahan penyakit dan cuaca, cepat matang dan
mengeluarkan hasil yang banyak. Contoh, Terdapat juga penggunaan
bioteknologi pertanian, seperti kacukan hybrid baka tanaman dan sel haiwan
ternakan. Teknologi ini terbukti dapat menghasilkan tanaman dan ternakan yang
cepat membesar, tahan penyakit, cepat matang dan mengeluarkan hasil yang
banyak. Contoh, benih padi,betik,mangga dan dalam sektor ternakan lembu daging
dan susu.
j)Sistem Pengangkutan
Terdapat jaringan
sistem pengangkutan yang cekap dan sistematik, dapat meningkatkan darjah
ketersampaian input pertanian, seperti
baja, jentera moden, dll dan bagi mengangkut hasil pertanian segera ke
pasaran dan ke pelabuhan. Contoh, padi
dan buah kelapa sawit perlu dibawa segera ke kilang memproses untuk mengelakkan
kerosakan. Contoh, melalui jalan-jalan kampung berturap yang menghubungkan
kawasan pertanian dengan lebuh raya utama. Contoh, melalui Lebuh Raya Lebuh
Raya Utara-Selatan, Lebuh-Raya Kota Bharu-Kuala Krai –Gua Musang.
Terdapat juga
pelabuhan antarabangsa yang menyediakan kemudahan kontena dan kargo yang
memudahkan hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit dieksport ke luar
negara, seperti Jepun.Contoh, Pelabuhan Kuantan, Kelang dan Pasir Gudang.
k)Pasaran Tempatan dan Antarabangsa yang meluas.
Terdapat
pemintaan tempatan yang banyak daripada kilang memproses hasil pertanian.
Seperti kilang memproses getah ,kelapa sawit dan kilang membuat tayar, sabun,
minyak masak dan marjerin.
Hasil pertanian
negara juga mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa. Contoh, minyak
kelapa sawit Malaysia yang kurang kolesterol mendapat permintaan tinggi
daripada India dan Arab Saudi.
Demikian juga
getah asli Malaysia yang berkualiti tinggi mendapat permintaan tinggi daripada
Amerika Syarikat dan Jepun sebagai bahan mentah untuk membuat tayar.
l)Dasar Kerajaan.
Kerajaan telah
memberi kemudahan subsidi baja, racun, dan subsidi harga padi.Contoh, penanam
padi yang menjual hasil padi kepada BERNAS akan menerima subsidi harga
berdasarkan jumlah tan metrik hasil padi yang dijual.
Kerajaan juga
memperuntukan bujet subsidi sewa jentera pembajak dibawah seliaan KADA dan
MADA. Ini dapat mengurangkan
bebanan kos sewa jentera pembajak dan menambahkan pendapatan petani.
Kerajaan juga
memberi mini jentera pembajak’KUBOTA’ kepada pekebun kecil sayur, bunga, padi
untuk menggalakkan rakyat menceburi sektor pertanian,
Kerajaan telah
mewujukan sistem pemasaran yang cekap dan sistematik melalui FAMA, MARDEC, dab
BERNAS untuk mengawal harga hasil pertanian melalui kawalan harga hasil
pertanian yang stabil agar petani tidak terbelenggu dengan orang tengah.
3. Jelaskan
kepentingan sektor pertanian di Malaysia
dari segi perkara berikut:-
i. Sumber makanan
ii.
KDNK dan pendapatan Negara
iii. Peluang pekerjaan
iv.
Membangunkan kawasan setempat
iv.
Mewujudkan kesan pengganda (bahan mentah)
a.PELUANG PEKERJAAN
Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan
meluas kepada penduduk tempatan. Contoh berkerja sebagai buruh kurang mahir di
ladang getah dan kelapa sawit dan sebagi buruh mahir kepada graduan lulusan pertanian IPTA dan
IPTS tempatan, seperti UPM untuk bekerja sebagai Pengurus Ladang, jurutera
ladang, pegawai akaun dan pegawai R&D. Ini dapat menambahkan pendapatan
penduduk dan mengurangkan kadar penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
Contoh, penduduk di Delta Kelantan.
b.PENDAPATAN NEGARA/KDNK
Dapat menambahkan
pendapatan negara/ KDNK negara melalui pengeksportan hasil pertanian.Contoh,
getah dan kelapa sawit ke luar negara, seperti Singapura dan Jepun.
Ini dapat
menguntungkan negara dari segi tukaran wang asing, iaitu pengaliran masuk wang asing ke negara kita
Malaysia
c.SUMBER MAKANAN
Dapat membekalkan
sumber makanan tempatan yang banyak, murah dan mencukupi untuk menampung
keperluan penduduk tempatan. Contoh, hasil pertanian seperti padi/ beras
merupakan makanan asasi yang mengenyangkan kerana nasi merupakan sumber
karbohidrat yang penting untuk tumbesaran dan menyumbang tenaga untuk kehidupan
harian.
d.PENGURANGKAN IMPORT
Dapat
mengurangkan import hasil pertanian, seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan
daripada negara asing, seperti Thailand. Ini dapat mengurangkan kebergantungan hasil tanaman
makanan import dan mengurangkan pengaliran keluar wang negara ke
negara asing dan mengurangkan defisit imbangan dagangan dan membolehkan
Malaysia bersiap sedia menghadapi risiko kekurangan makanan pada masa hadapan.
e.PELUASAN PASARAN DAN PENINGKATAN KUASA BELI
Sumber hasil
tanaman seperti getah dan kelapa sawit yang diperolehi oleh petani telah
membolehkan petani menampung keperluan keluarga dan terdapat dikalangan penanam
padi, getah dan kelapa sawit sudah mampu memiliki kereta, telefon
bimbit,komputer, siaran asro dan jalur lebar.
Ini secara tidak
langsung telah meluaskan pasaran
barangan runcit, barangan elektronik,telekomunikasi dan kenderaan bermotor
penduduk tempatan. Contoh, di Jengka Pahang dan Gua Musang Kelantan.
f.BAHAN MENTAH
Dapat dijadikan
bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada sektor ekonomi lain, seperti sektor
perindustrian. Contoh, hasil tanaman getah dan kelapa sawit telah dijadikan
bahan mentah untuk kilang membuat tayar dan sabun di Shah Alam. Ini dapat
menjimatkan kos pengusaha kilang serta
menambahkan keuntungan kerana bahan mentah import adalah mahal.
g.PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Dapat meluaskan penggunaan serta inovasi teknologi
moden kepada para petani. Hasil kajian KADA dan MADA mendapati hampir 95 %
pesawah padi di kawasan masing-masing menggunakan teknologi moden, seperti
jentera pambajak, pembaja, penyemai, dan jentera penuai yang menjimatkan masa
dan membolehkan petani menambahkan keluasan kawasan penanaman.
Penggunaan baja
kimia dan racun serangga dan rumpai yang meluas telah digunakan dengan meluas
dikalangan petani telah berjaya mengawal rumpai, seranggan dan binatang perosak
yang mengurangkan hasil tanaman petani.
Demikian juga,
Penggunan baja kimia, seperti Baja Urea dan NPK telah menambahkan kesuburan
tanih yang dapat mempercepatkan tumbesaran tanaman dan memangkinkan pengeluaran
hasil yang banyak.Contoh, tanaman padi sawah.
Perkembangan
penggunaan bioteknologi pertanian, seperti kacukan hybrid baka tanaman dan sel
haiwan ternakan. Teknologi ini terbukti dapat menghasilkan tanaman dan ternakan
yang cepat membesar, tahan penyakit, cepat matang dan mengeluarkan hasil yang
banyak. hasil R&D , MARDI telah menghasilkan Betik Asotika, Jambu dan
Belimbing Madu, Durian klon 24, baka padi MR 10 dan Sri Malaysia. Selain
itu,R&D RRIM telah menghasilkan baka
getah Klon 900.
h.MEWUJUD DAN MEMPERKEMBANGKAN JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN
Dapat mewujud dan
memperkembangkan jaringan sistem pengangkutan yang cekap dan sistematik, untuk
membolehkan input pertanian, seperti
baja, jentera moden, dll dan bagi mengangkut hasil pertanian segera ke
pasaran dan ke pelabuhan. Contoh, padi
dan buah kelapa sawit perlu dibawa segera ke kilang memproses untuk mengelakkan
kerosakan. Contoh, melalui jalan-jalan kampung berturap yang menghubungkan
kawasan pertanian dengan lebuh raya utama. Contoh, melalui Lebuh Raya Lebuh
Raya Utara-Selatan, Lebuh-Raya Kota Bharu-Kuala Krai –Gua Musang.
Dapat meningkatkan
operasi pelabuhan antarabangsa yang menyediakan kemudahan kontena dan kargo
yang memudahkan hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit dieksport ke
luar negara, seperti Jepun.Contoh, Pelabuhan Kuantan, Kelang dan Pasir Gudang.
i.MEMBANGUN DAN MENGEMBANGKAN INFRASTRUKTUR
Dapat membangun
dan mengembangkan infrastruktur seperti, bekalan air bersih, elektrik 24 jam,
hospital, klinik, sekolah, balai polis,rangkaian telekomunikasi, kedai,dewan
serbaguna, masjid dan rumah ibadat lain. Contoh, di Segi Tiga Jengka, Pahang, kerajaan telah
membangunkan UITM Cawangan Jengka, Pahang yang menarik migrasi pelajar
diseluruh negara. Ini hasil perkembangan sektor pembukaan tanah rancangan Felda
untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
j.MEWUJUD BANDAR BARU DAN MENGEMBANGKAN BANDAR
LAMA
Dapat mewujudkan
bandar baru, seperti Bandar Pusat Jengka dan Bandar Muazam Shah dan
mengembangkan bandar lama, seperti Bandar Gua Musang yang dilengkapi dengan infrastruktur yang
lengkap, kesan perkembangan tanah rancangan Felda untuk tanaman getah dan
kelapa sawit.
4. Huraikan masalah-masalah sektor pertanian dari segi perkara berikut;
i. Masalah bencana alam
ii. Masalah
kekurangan tenaga buruh
iii. Masalah
kekurangan modal
iv. Masalah
berkaitan tanah
vi. Masalah
ketidakstabilan harga hasil pertanian
vii. Masalah
teknologi yang rendah
MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR
PERTANIAN
a.Kekurangan tenaga buruh
Masalah
kekurangan tenaga buruh muda tempatan, sama ada buruh kurang mahir atau mahir
tempatan kerana golongan muda tidak berminat untuk bekerja dalam sektor
pertanian di luar bandar yang tidak menjanjikan pendapatan tetap dan tidak
sesuai dengan jiwa golongan muda. Demikian juga graduan lulusan IPTA dan IPTS
tempatan akan terus menetap dan bekerja dalam sektor korporat dan perkilangan
di bandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur. Ini menyebabkan sektor pertanian
di luar bandar menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh yang ketara.
Buruh asing
daripada negara jiran, seperti Indonesia terpaksa dibawa masuk untuk menampung
keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian.
b.Kekurangan Modal
Masalah
kekurangan modal untuk meluaskan kawasan penanaman kerana kemiskinan dan tidak
mempunyai tabungan wang yang mencukupi untuk membeli input pertanian, seperti
biji benih, racun, baja kimia dan kos sewa jentera pertanian kerana kebanyakkan pesawah padi dan pekebun
kecil getah bergantung sepenuhnya kepada hasil tanaman untuk menyara keluarga.
Pendapatan petani akan terjejas apabila hasil tanaman padi diserang penyakit
atau ditenggelami air banjir dan berlaku kejatuhan harga getah dan kelapa
sawit.
Petani juga
menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank
perdagangan tempatan yang mengenakan syarat yang ketat untuk kelulusan
pinjaman. Kegawatan ekonomi global yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan
kedatangan pelabur asing untuk menanam modal dalam sektor perindustrian di
Malaysia. Kekurangan modal
tempatan dan asing ini telah menyukarkan para petani meluaskan kawasan
pertanian. Contoh, di Baling, Kedah.
c.Persaingan Guna Tanah
Berlaku
persaingan guna tanah dengan sektor ekonomi lain, seperti sektor pembinaan,
perkilangan, jalan raya, kedai, proses urbanisasi dan tempat rekreasi dan
pelancongan. Persaingan ini telah menyebabkan tanah-tanah pertanian yang
dianggap tidak ekonomik, seperti sawah padi, kebun/ladang getah dan kelapa
sawit telah ditebus guna menjadi kawasan perumahan, bandar baru, dan
pembangunan infrastruktur lain. Contoh di Kulim Kedah.
Kuliah : Tarikh:
d.Saiz Tanah Yang Sempit
Saiz tanah yang
kecil dan tidak ekonomik untuk diusahakan secara moden dan sistematik, akibat
sistem pembahagian pusaka tanah yang purata keluasan tanah per individu ialah
antara 1 – 1.5 hektar yang tidak ekonomik yang menyebabkan pemilik tanah telah
menjual atau menebus guna tanah tersebut menjadi tapak rumah dan kedai. Contoh, di sekitar Pasir Mas
,Kelantan.
e.Persaingan Pasaran
Berlaku
persaingan hasil pertanian negara, seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan
yang diseludup daripada negara jiran yang lebih berkualiti, pelbagai pilihan
dan lebih murah. Ini menyebabkan penduduk akan membeli hasil pertanian negara
jiran di pasaran tempatan. Ini
menyebabkan beras, sayur, buah-buahan kurang sambutan penduduk tempatan.
Berlaku juga
persaingan hasil pertanian negara di pasaran antarabangsa. Contoh, getah dan
kelapa sawit negara bersaing dengan negara pengeluar lain, seperti Indonesia
dan Thailand yang secara relatifnya kos upah buruh lebih rendah berbanding
Malaysia. Ini menyebabkan pasaran hasil pertanian negara adalah terhad di pasaran
a.bangsa.
f.Kekurangan Teknologi Moden
Masih terdapat
petani di kawasan luar bandar yang masih menggunakan teknologi pertanian
tradisional, seperti cangkul dan membajak sawah menggunakan kerbau. Mereka
kurang terdedah dengan inovasi teknologi
terkini. Penggunaan teknologi tradisional telah menyukarkan petani untuk
meluaskan kawasan penanaman mereka. Contoh, pesawah padi terdapat akur dengan
jadual pengairan air tali air bagi setiap musim penanaman padi. Ini bermakna
petani yang miskin dan tidak mampu mengupah jentera moden terpaksa mengerah
seluruh negara agar selaras dengan jadual pengairan air di kawasan
masing-masing. Contoh, di kawasan KEMUBU Kelantan.
Kekurangan
Penyelidikan dan Pembangunan telah membantutkan usaha untuk memaju dan
memperkembangankan sektor pertanian. Contoh,pengetahuan tentang inovasi
bioteknologi masih asing lagi kepada
petani di kawasan luar bandar. Contoh, di Baling Kedah.
g.Masalah Ancaman Fizikal
Masalah banjir
yang melanda kawasan penanaman padi di negeri-negeri di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia, seperti Delta Kelantan telah menyebabkan anak-anak padi
ditenggelami oleh air banjir dan akan mati sekiranya berlarutan sehingga 3
hari.
Sekiranya banjir
melanda pada musim menuai telah menyebabkan padi yang masak dan sedia untuk
dituai akan bercambah dan musnah.
Pada musim
tengkujuh, petani tidak dapat turun menoreh kerana hujan. Ini telah menjejaskan sumber pendapatan petani dan
hasil keluaran getah negara. Contoh, di Jeli , Kelantan.
Fenomena El-Nino
yang berlaku pada tahun 1997 dan
1998 yang memburukkan keadaan kemarau
yang menyebabkan sungai, tasik dan empangan
yang menjadi sumber air pengairan pertanian menjadi kering. Ini menjejas
dan memusnahkan tanaman padi sawah di Dataran Kedah – Perlis. Fenomena kemarau
juga telah mengurangkan hasil pertanian, kerana keadaan cuaca yang panas dan
kering menmbantutkan pertumbuhan dan tumbesaran bunga tanaman. Ini telah
menyebabkan negara kekurangan bekalan buah kelapa dan minyak kelapada sawit di
pasaran tempatan.
h.Masalah Penyakit
Tanaman petani,
seperti padi, getah, kelapa sawit diserang oleh penyakit tanaman seperti bintik
perang, reput batang,karat padi (Padi) dan penyakit bintik daun dan reput akar
(getah dan kelapa sawit) Penyakit tanaman ini telah menyebabkan hasil tanaman
menjadi semakin berkurangan dan lama
kelamaan boleh menyebabkan tanaman mati.
i) Masalah Serangan Serangga dan binatang perosak
Tanaman padi
menghadapi masalah serangan serangga perosak seperti belalang, bena, ulat yang
merosakkan tisu-tisu pokok. Siput Gondang Emas yang boleh menyebabkan anak-anak
padi mati dan serangan binatang seperti, tikus, dan burung yang memakan butir
padi.Masalah serangan serangga dan
binatang perosak ini telah mengurangkan hasil tuaian padi petani. Contoh, di
Delta Kelantan.
Manakala, tanaman
getah dan kelapa sawit menghadapi masalah serangan serangga perosak, seperti
belalang, bena yang memakan pucuk anak kelapa sawit, serangan babi hutan yang
menebuk batang pokok dan serangan anai-anai yang memakan akar dan batang pokok
getah dan kelapa sawit. Demikian juga ancaman binatang perosak seperti gajah
liar memusnahkan anak pokok serta tikus
adan monyet liar yang memakan buah kelapa sawit. Contoh di Gua Musang,
Kelantan.
5. Huraikan
langkah-langkah mengatasi dan memajukan sektor pertanian dari aspek berikut;
i. Mewujudkan semula program pembangunan wilayah
ii. Pembangunan tanah secara berkelompok
iii. Memajukan kemudahan infrastruktur
iv. Menyediakan
kemudahan kredit
v. Memberikan
kemudahan subsidi – Baja, racun, upah buruh, harga padi/tanaman- mengurangkan
bebanan petani.
LANGKAH/PROGRAM MEMAJU/MEMBANGUN SEKTOR PERTANIAN
1.MENYEDIAKAN DANA MODAL DAN KEMUDAHAN KREDIT
Dana modal dan
kemudahan kredit yang disediakan melalui Skim Kredit Mikro yang diselia oleh
Agro Bank dapat membantu para petani miskin, siswazah dan belia lepasan sekolah
untuk menceburi bidang pertanian. Dengan wujudnya skim pinjaman yang mudah dan
kadar bunga yang rendah dapat digunakan untuk menampung kos awal, seperti
pembersihan tapak, membeli biji benih, baja, racun kimia, sewa jentera dan upah
buruh. Selain itu kemudahan kredit biji benih, baja dan racun turut disediakan
oleh Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) dan koperasi peladang di seluruh negara.
Tanpa bantuan dan
sokongan pinjaman modal daripada pihak kerajaan, badan berkanun serta swasta
amatlah sukar untuk mewujudkan uasahawan tani yang berdaya maju kearah
pembangunan sektor pertanian.
2.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden, seperti jentera pembajak,
pembaja, penyemai, dan jentera penuai yang menjimatkan masa dan membolehkan
petani menambahkan keluasan kawasan penanaman.
Penggunaan baja
kimia dan racun serangga dan rumpai yang meluas telah digunakan dengan meluas
dikalangan petani telah berjaya mengawal rumpai, seranggan dan binatang perosak
yang mengurangkan hasil tanaman petani.
Demikian juga,
Penggunan baja kimia, seperti Baja Urea dan NPK telah menambahkan kesuburan
tanih yang dapat mempercepatkan tumbesaran tanaman dan memangkinkan pengeluaran
hasil yang banyak.Contoh, tanaman padi sawah.
Perkembangan
penggunaan bioteknologi pertanian, seperti kacukan hybrid baka tanaman dan sel
haiwan ternakan.hasil R&D bioteknologi pihak MARDI telah berjaya
menghasilkan Betik Asotika, Jambu dan Belimbing Madu, Durian klon 24.
3.PERLADANGAN BERKELOMPOK
Saiz tanah yang tidak ekonomik kesan
sistem pusaka dapat diatasi dengan Projek
Ladang Berkelompok yang yang
diurus secara sistematik ala mini estet. Di bawah satu pengurusan,usaha membawa
masuk input pertanian moden seperti
penggunaan jentera canggih, usaha penggumpulan, penggredan, dan
pemasaran hasil pertanian dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan.
Dengan menyatukan pekebun kecil
padi, getah dan kelapa sawit menyebabkan kuasa penawaran harga boleh ditentukan oleh pekebun itu sendiri
tanpa ditekan atau eksploitasi orang tengah. Kaedah ini penting kerama pekebun
kecil tidak mempunyai modal yang, teknologi dan kepakaran yang cukup untuk
mengusahakan secara bersendirian. Contoh, Projek Ladang Berkelompok Padi di
Meranti Pasir Mas, Kelantan yang lebih dikenali sebagai Projek Ladang Merdeka.
4.MELAKSANAKAN PERTANIAN BERSEPADU
Dengan
menjalankan aktiviti pertanian bersama dengan aktiviti sampingan atau selingan
yang menambahkan pendapatan dan menguntungkan petani. Contoh, kawasan kebun
kecil getah dan kelapa sawit dijadikan
kawasan ternakan lembu dan kambing. Hasil ternakan selain dapat dijual, ianya
juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai . Bagi petani padi di Delta Kelantan
mereka telah melepaskan itik ternakan mereka selepas musim menuai, selain
mendapat pulangan telur dan daging, ianya secara tidak langsung dapat
menghapuskan telur siput gondang emas.
Kegiatan
pertanian juga dapat diadunkan dengan aktiviti pelancongan pertanian atau
‘agro-pelancongan’ dengan mengadakan pakej home stay yang memberi peluang
kepada
para pelancong
menyelami pengalaman berada di kawasan dusun buah-buahan tempatan pada musim
buah. Contoh, home stay pakej ‘agro pelancongan’,di Baling Kedah.
5.PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Pelbagai agensi
penyelidikan dan pembangunan diwujudkan, seperti MARDI, PORIM,RRIM, dan MPOP
yang bertujuan untuk menghasilkan baka serta
klon biji benih baru yang berkualiti tinggi. Contohnya, perkembangan
penggunaan bioteknologi pertanian, seperti kacukan hybrid baka tanaman dan sel
haiwan ternakan. Teknologi ini terbukti dapat menghasilkan tanaman dan ternakan
yang cepat membesar, tahan penyakit, cepat matang dan mengeluarkan hasil yang
banyak. Contoh, hasil R&D , MARDI telah menghasilkan Betik Asotika, Jambu
dan Belimbing Madu, Durian klon 24, baka padi MR 10 dan Sri Malaysia. Selain
itu,R&D RRIM telah menghasilkan baka
getah Klon 900.
6.MEWUJUDKAN SISTEM PEMASARAN HASIL PERTANIAN
Kerajaan telah
menubuhkan sistem pemasaran hasil pertanian yang cekap seperti FAMA, MARDEC
dan BERNAS bagi mengawal harga hasil
pertanian melalui mekanisma kawalan harga yang stabil agar petani tidak
terbelenggu dan ditindas oleh orang tengah. Contohnya, FAMA bertindak membeli
terus hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan daripada para
petani serta mewujudkan rangkaian pasar tani yang membolehkan petani menjual
terus hasil kepada pengguna tanpa melalui orang tengah.
7.KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PERTANIAN
Membangun, memperkembang
dan menyediakan sistem pengairan yang cekap dan sistematik untuk membolehkan
tanaman padi diusahakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau 5 kali dalam
tempoh 2 tahun. Contoh, Rancangan Pengairan KEMUBU di Kelantan dan Rancangan
Pengairan Muda (MADA) di Kedah. Rancangan Pengairan perlu diperluaskan kerana
masih terdapat kawasan yang berada di kawasan Projek Pengairan KEMUBU dan MADA
yang tidak sampai air dan masih bergantung kepada air hujan bagi penanaman padi
luar musim.
Kerajaan perlu
menambah Projek Sistem Pengairan sedia ada atau membangunkan jelapang padi baru
, seperti di Delta Rejang Sarawak. Pembangunan Projek Pengairan ini penting
untuk memastikan hasil padi dapat menampung keperluan penduduk tempatan.
Kerajaan perlu
memperluas dan menaik taraf jalan-jalan di luar bandar dan menghubungkan ke
jalan utama dan lebuh raya , khas di kawasan yang mempunyai dusun buah-buahan,
sayur-sayuran dan kebun kecil dapat
meningkatkan darjah ketersampaian input pertanian dibawa masuk ke ladang dan mengangkut hasil pertanian ke kilang
memproses dan pasaran. Contoh, di Gua Musang, Kelantan.
8.KHIDMAT NASIHAT
Jabatan Pertanian
dan Lembaga Pertubuhan Peladang di peringkat negeri, daerah dan wilayah
ditubuhkan untuk memberi khidmat nasihat kepada petani, pekebun,peladang dan
penternak dalam kontek pengurusan kebun, sawah dan ladang , prosedur penggunaan
baja dan racun yang betul. Bimbingan amalan pengurusan ladang dan kebun yang
cekap dan sistematik telah meningkatkan produktiviti hasil tanaman padi,getah
dan kelapa sawit.
6. Jelaskan
kesan-kesan aktiviti pertanian ke atas
alam sekitar fizikal dari aspek berikut;
i. pemusnahan hutan, ii. landskap tergondol, iii. hakisan
tanah, iv kenaikan suhu mikro,
v. pencemaran udara, vi.pencemaran air, vii. Tanah tiada
rehat,
KESAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN TERHADAP ALAM
SEKITAR FIZIKAL
LITOSFERA
1.Pencemaran tanih.
Penggunaan baja
dan racun kimia yang berleluasa dan tidak mengikut prosedur telah menyebabkan
tanah menjadi berasid dan tidak subur untuk aktiviti pertanian dalam jangka
masa panjang. Contoh, di Cameron Highland.
2.Hakisan Tanah.
Proses penebangan
hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan permukaan
tanah tinggi dan cerun bkt.terhadap agen hakisan dan luluhawa. Kepupusan
kawasan litupan kanopi hutan telah mendedahkan secara langsung permukaan tanah
tinggi tersebut kepada air hujan yang
menghasilkan air larian permukaaan yang menuruni cerun bukit dengan kadar yang
laju. Ketiadaan akar-akar pokok yang mencengkam tanah telah menyebabkan
struktur tanah menjadi longgar dan mudah dihakis oleh larian air permukaan
cerun. Hakisan yang berterusan telah menyebabkan gegalur-gegalur tanah yang
akhirkan menyebabkan berlakunya gerakan jisim dan tanah runtuh. Contoh, di
Cameron Highland.
3.Perubahan lanskap fizikal
Proses
penyahutanan untuk membuka tapak pertanian telah menyebabkan berlakunya
perubahan lanskap fizikal kawasan tanah tinggi. Misalnya, kawasan t.tinggi yang
dilitupi kanopi daun hijau, segar, nyaman dan kaya dengan pokok-pokok balak
berharga, seperti cengal telah berubah menjadi ladang tanaman manusia yang
ditanam secara berteres. Contoh, ladang kelapa sawit di Gua Musang Kelantan dan
Ladang Teh di Cameron Highland
ATMOSFERA
1.Pencemaran Udara.
Pembakaran sisa
jerami padi selepas musim menuai telah membebaskan asap-asap yang mengandungi
k.dioksida dan k.monoksida yang telah meningkatkan indek pencemaran udara ruang
udara tempatan. Kesan pembakaran jerami
yang berluas diseluruh negara telah menyebabkan berlakunya fenomena jerebu.
Contoh, di ruang udara Alor Star, Kedah.
2.Pemanasan Mikro
Proses
penyahutanan untuk dijadikan tapak pertanian telah mendedahkan permukaan bumi
secara terus kepada panas terik cahaya matahari kerana ketiadaan litupan kanopi
daun , terutamanya pada peringkat awal proses penanaman. Di samping itu,
kekurangan proses transpirasi turut mengurangkan kelembapan udara sekitar dan
secara tidak langsung telah meningkatkan
suhu tempatan. Contoh, di Cameron Highland.
3.Menjejaskan Kesimbangan gas-gas di atmosfera
Proses penyahutan
yang memusnahkan hutan telah mengurangkan proses fotosintesis yang membebaskan
gas oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Manakala, pembebasan gas
k.dioksida oleh manusia dan haiwan melalui proses transpirasi semakin bertambah
kerana dedaun hijau yang menyerap gas k.dioksida telah musnah. Ini menyebabkan
berlaku ketidak seimbangan gas-gas utama di atmosfera. Contoh, di Cameron
Highland.
HIDROLOGI
1.Proses
penyahutanan untuk dijadikan tapak pertanian telah menghapuskan kawasan tadahan
hujan yang menjadi kolam semulajadi sumber air bagi sungai –sungai utama
negara. Ini menyebabkan sumber air haiwan dan manusia terjejas.Contoh, di
Cameron Highland.
2.Proses
pembersihan dan peneresan bukit untuk dijadikan tapak pertanian telah
menyebabkan sungai di kawasan tersebut dicemari dengan lumpur serta berkelodak
kesan bahan/sedimen hakisan yang di angkut oleh air larian permukaan menuruni
kawasan tanah tinggi memasuki hulu-hulu sungai di kaki kawasan tanah tinggi. Contoh,Sungai di Cameron Highland.
3.Penyaluran racun makluk perosak daripada kebun atau
ladang pertanian, seperti ladang getah, kelapa, sawit dan sayur yang memasuki
sungai sekitar telah menyebabkan lapisan permukaan air sungai diseliputi
lapisan minyak, bertukar warna dan dicemari dengan sisa toksid berbahaya,
seperti merkuri, sulfur, dan bakteria e-Coli yang menjejaskan hidupan akuatik
dan ekosistem sungai. Contoh, Sungai Pahang dan Sg.Kelantan.
BIOSFERA
1.Proses penyahutanan untuk dijadikan tapak pertanian telah
menjejas dan memusnahkan spesis flora
berharga, seperti Cengal, Meranti, Kapur dan spesis orkid dan bunga Raflesia. Ianya juga telah menjejaskan spesis fauna
seperti serangga,harimau, beruang,
ular, orang hutan yang dikategorikan sebagai spesis yang diancam kepupusan.
Contoh, di Kundasang dan Sandakan Sabah.
2. Proses Penyahutanan turut menjejas dan
memusnahkan habitat flora dan fauna kerana hutan merupakan rumah atau tempat
tinggal spesis flora dan fauna, seperti spesis kayu balak , orked, serangga dan
binatang liar. Ini bermakna kemusnahan hutan menyebabkan spesis flora dan fauna
tersebut kehilangan habitat.Buktinya, media massa sering melaporkan tentang
penoreh getah dibaham harimau dan kumpulan gajah memusnahkan tapak anak-anak
getah dan kelapa sawit. Contoh, di Jeli Kelantan.
Proses penyahutanan untuk dijadikan
kawasan pertanian telah menjejas dan mengganggu ekosistem dan kitaran makanan
spesis flora dan fauna. Misalnya,
kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan tanih kesan proses luluhawa dan
sinaran terik matahari menyebabkan kepupusan sumber air dan tumbuhan hijau yang
menjadi makanan dan minuman haiwan . Ini menyebabkan harimau dan gajah liar
mengamuk dan membaham manusia di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di
Jeli Kelantan.
7. Huraikan
langkah-langkah mengatasi kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam
sekitar.dari aspek berikut;
i. Langkah perundangan : a. akta kualiti alam sekitar 1974,
b. agensi penguatkuasaan
c. Laporan EIA.
ii.Langkah pengurusan Strategik: a. Tanaman bergilir, b.
Tanaman tutup bumi c.pertanian berteres, d.kawalan secara biotic,
iii. Pendidikan alam sekitar.
iv. kempen-kempen kesedaran.
PERTANIAN MAMPAN / LESTARI
Maksud
Pertanian
lestari/mampan bermaksud kegiatan
pertanian dibangunkan secara berterusan untuk menampung keperluan bahan
mentah industri serta pembinaan dan
keperluan sumber makanan penduduk sesebuah negara. Namun, kepesatan aktiviti
pertanian yang dijalankan tidak menjejaskan alam sekitar fizikal dengan
mengabaikan kira langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
fizikal yang mesra alam. Contoh,
pembajakan kontur dan peneresan bukit secara sistematik, penanaman tanaman
tutup bumi di cerun bukit, penggunaan kaedah biotik dan bioteknologi untuk
menghapuskan binatang dan seranggan perosak dan penggunaan baja organik untuk
mengurangkan penggunaan baja kimia secara berlebihan.
LANGKAH-LANGKAH KEARAH PERTANIAN LESTARI / MAMPAN
PERUNDANGAN
1.Menguat kuasa
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 kepada
individu dan syarikat perladangan yang tidak mengikut prosedur yang digariskan
sebagai syarat lesen penerokaan tanah pertanian. Demikian juga Akta Perhutanan
Negara perlu dikuatkuasa untuk menghukum pengusaha kebun dan ladang menceroboh
Hutan Simpan yang telah digazetkan di bawah Dasar Perhutanan Negara 1978.
2. Individu dan
Syarikat yang disiasat dan terbukti bersalah perlu dikenakan hukuman berat,
seperti denda maksima RM 50 000 dan 2 tahun penjara atau kedua-duanya
sekali. Lesen-lesen dan kelulusan
penerokaan tanah pertanian boleh ditarik balik , manakala kawasan ladang/kebun kecil serta jentera
pertanian perlu disita.
3. Kelulusan
Laporan EIA (Laporan Impak Alam Sekitar) perlu diperolehi daripada Jabatan Alam
Sekitar sebelum memulakan kerja-kerja penerokaan dan peneresan tapak pertanian
di kawasan t.tinggi. Syarikat Pertanian yang menjalankan penerokaan tanah
pertanian tanpa kelulusan EIA perlu diambil tindakan tegas oleh kerajaan.
Contoh, di Cameron Highland.
4. Kekerapan
pemantauan pihak berwajib, seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Parit dan
Saliran dan Perhutanan di kawasan pertanian, khasnya di kawasan tanah
tinggi perlu untuk mengambil langkah
awal dan segera sekiranya berlaku penerokaan tanah pertanian secara haram dan
dapat mengawal pencemaran udara dan air menjadi serius, Contoh, di Cameron
Highland.
LANGKAH PENGURUSAN
1. Penggiliran
tanaman – giliran tanaman jangka pendek dr jenis yg berlain-elak haiwan
perosak/penyakit menyerang satu jenis tanaman.Perosak/penyakit yg menumpang
pada satu jenis tanaman tidak dapat melengkapkan kitaran hidupnya apabila jenis
tanaman lain ditanam. Giliran
tanaman juga tidak akan menghilangkan nutrien dalam tanah dan tanah akan kekal subur. Padi digilir dengan
tanam ubi keledek, jagung dll
2. Penggunaan
tanaman pencegah bg mengurangkan penggunaan racun perosak –tanaman spt herba yg
mengeluarkan aroma dpt mencegah kehadiran serangga tertentu. Cth tanaman serai
wangi dan serai bawang- yg ditanam bersama tanaman lain. Serai wangi dpt
mencegah penyakit yg dibawa oleh nyamuk dan lipas(binatang ternakan),(menghalau
nyamuk dan lipas).
3.Tanaman genetik
– tanaman yg dikacuk yg tahan serangan penyakit spt betik yg mempunyai
ketahanan serangan virus krn kerana menerima gen bakteria basillus yang tahan
daripada serangan larva serangga ubi kentang- jgung tahan serangan ulat
penggorek btg dan betik asotika tahan serangan virus bintik berpusar.
4. Kawalan biotik, elak guna racun- burung hantu di
ladang kelapa sawit untuk mengaawal tikus dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan tidak perlu racun-
bunuh spesis lain yang bukan sasaran. Contoh, di kawasan KEMUBU, Kelantan.
5.Tidak guna baja
kimia- elak pencemaran- pembajakan bersama sisa pertanian seperti jerami padi
dibiarkan reput dan dibajak bersama jerami reput untuk dapat baja –
pelepah/daun k/sawit diletakkan di pangkal
pokok dan dibiarkan reput. Contoh, di kawasan MADA, Kedah.
6. Penanaman
tanaman tutup bumi, seperti tanaman kekacang di cerun teres pertanian dapat
menguatkan struktur tanah dan mengurangkan halaju air larian permukaan cerun. Selain
mengurangkankan kadar hakisan dan resiko tanah runtuh tanaman kekacang juga
dapat menambahkan kandungan mineral nitrogen dalam tanah yang menyuburkan tanah
pertanian. Contoh, di Lojing Kelantan.
7. Peladang dan
pekebun kecil perlu mengadakan sistem perparitan dan longkang, kolam rawatan
sisa pepejal serta toksid supaya sisa
racun dan baja kimia tidak mengalir ke sumber air seperti sungai, tasik dan
laut. Contoh, di Segitiga Jengka, Pahang.
LANGKAH KEMPEN
1.Kempen
kesedaran melalui slogan “Cintailah Sungai” dan ‘Kebersihan Alam Sekitar
Tanggung jawab bersama” dan aktiviti ceramah dan gotong-royong perdana perlu
dijalankan diperingkat komuniti, ladang, kebun kecil dan tanah rancangan untuk
mendidik pihak pengusaha, pekebun, pekerja ladang dan penerokaan tentang
t.jawab bersama memulihara dan memelihari alam sekitar fizikal, seperti sungai,
tasik dan laut.
2. Hebahan dan
kempen melalui media-massa perlu di perluaskan dan diselitkan pada waktu siaran
perdana, seperti Buletin Utama dan Rancangan
Hiburan Popular agar masyarakat seluruhnya sampai mesej mesra alam yang
disiarkan. Pendedahan melalui Media Massa tentang kerakusan penjenayah
a.sekitar, seperti Majalah Tiga, Aduan Rakyat dan segmen berita Buletin Utama
melalui perantara wartawan berwibawa seperti En.Karam Singn Walia perlu
diteruskan agar mendapat respons segera pihak berwajid kepada isu dan masalah
alam sekitar yang disiarkan.
3.Penerapan
pendidikan alam sekitar perlu diterapkan melalui kurikulum pendidikan, misalnya subjek Sains di peringkat Sekolah Rendah, Subjek Geografi di
peringkat Menengah Rendah dan Atas supaya pelajar sekolah untuk memberi
pendedahan awal dan menyemai rasa sayang dan t.jawab untuk menjaga alam
sekitar. Diperingkat Tinggi, pelajar
IPTA dan IPTS tempatan perlu diterap melalui Kurikulum Pengajian Universiti
semua subjek pengajian agar mereka terdidik dan menjadi pengurus atau pengusaha
pertanian, perkilangan dan lain-lain aktiviti ekonomi selepas tamat pengajian mereka.
Pendedahan dan
kempen juga boleh diterapkan dalam aktiviti ko-kurikulum di peringkat sekolah
dan IPTA. Misalnya, melalui aktiviti Kelab Pelancongan dan Alam Sekitar dan
Kelab Teknologi Hijau., seperti kuiz, mengarang esei, pertandingan mewarna, bahas
dan debat alam sekitar.
BIOTEKNOLOGI PERTANIAN
Maksud
Bioteknologi
pertanian bermaksud teknologi atau proses yg melibatkan penggunaan sains
hayat(biologi) spt mikro organisma, haiwan atau tumbuhan bg menyelesaikan masaalah pertanian atau menigkatkan produk
pertanian yg bermanfaat kpd manusia.
Bioteknologi
bermaksud penggunaan teknologi dalam perkembangan pertanian dan pembuatan
seperti pembiakbakaan tisu, pengubahsuaian genetik, teknologi transgenik, dan
teknologi nano (sukatan pelajaran Geografi )
b) kaedah bioteknologi yang diamalkan dalam pembangunan sektor ekonomi pertanian dan pembuatan di Malaysia
i.pembiakbakaan tisu, ; kaedah penghasilan benih pokok dan binatang / haiwan daripada genetik yang sama di luar
badan induk (tabung uji). Tujuan hasil lebih banyak hasil tanaman atau ternakan, cepat tumbuh, cepat matang
.
ii.pengubahsuaian genetik : kacukan iaitu proses
pemindahan genetik secara semulajadi daripada dua organisma yang sama untuk
hasilkan anak benih yang baru. pengubahsuaian
genetik sesuatu tanaman itu amat perlu untuk memberi kesan tertentu seperti
daya tahan kepada bahan kimia termasuk racun makhluk perosak, racun rumput
rampai, tahan penyakit dan meningkatkan hasil.
iii.teknologi transgenik, kaedah
menggunakan gen daripada tananam dan haiwan dan manusia atau sebaliknya. Contohnya tanaman yang telah dimasukkan atau memiliki gen asing dari spesies tanaman yang berbeza atau makhluk hidup lain. Penggabungan gen asing ini
bertujuan untuk mendapatkan tanaman dengan sifat-sifat yang diinginkan, contohnya
pembuatan tanaman yang tahan suhu tinggi, suhu rendah, kemarau, ketahanan terhadap organisme pengganggu tanaman, serta kuantiti dan kualiti yang lebih tinggi
daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi. Sebahagian besar kejuruteraan atau
pengubahsuaian sifat tanaman dilakukan untuk mengatasi keperluan makanan penduduk dunia yang semakin meningkat dan
juga permasalahan kekurangan nutrien manusia[ sehingga pembuatan tanaman transgenik juga
menjadi sebahagian daripada pembiakan tanaman. Kewujudan tanaman transgenik menimbulkan
kontroversi masyarakat dunia kerana sebahagian masyarakat bimbang apabila
tanaman tersebut akan mengganggu keseimbangan alam sekitar (ekologi), membahayakan kesihatan manusia, dan memberi kesan kepada ekonomi global.
Contoh hasil pembiakan tanaman konvensional adalah durian montong yang mempunyai perbezaan sifat dengan leluhurnya, iaitu durian liar.[3] Hal ini disebabkan manusia telah menyilangkan atau mengahwinkan durian liar dengan kelainan lain untuk mendapatkan durian dengan sifat unggul seperti durian montong.[3]
(rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanaman_transgenik)
iv. teknologi nano : keadah jirim-jirim atau unsur yang lebih kecil dalam
menghasilkan sesuatu iaitu siaz antara 1 hingga 100 nanometer)
Nanoteknologi dalam pertanian seperti baja nano dan racun perosak nano berfungsi sebagai pengawalan produk dan aras nutrien tanaman tanpa menyebabkan pencemaran tanah dan air serta memberikan perlindungan daripada haiwan perosak dan penyakit mikrob. Partikel nano logam oksida seperti , CuO and ZnO telah diterokai secara meluas kerana kemampuannya untuk melindungi tumbuhan daripada infestasi patogen.
Pertanian adalah bidang yang paling menyerlah dalam memanfaatkan nanoteknologi kerana ia mencipta dan menyediakan bahan mentah untuk penghasilan makanan. Kekurangan sumber alam (tanah, air, dsb.) dan populasi dunia memerlukan pembangunan dalam bidang pertanian untuk membentuk ekonomi yang lestari, menguntungkan, mesra alam dan cekap. Nanoteknologi boleh digunakan pada semua tahap pertanian seperti, pembuatan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan penghantaran.
Teknik
hidroponik – teknik tanaman tanpa tanah yang sesuai untuk tanaman seperti
sayur-sayuran.
Terdapat 2 kategori bioteknologi:
1. Pengklonan –
proses menghasilkan benih tanaman/ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama
kandungan genetiknya dgn induk bertujuan menghasilkan jumlah pertanian/ternakan
dgn lebih byk
2. Kacukan/hibrid
– proses pemindahan genetic secara semulajadi drp dua organisma yg sama bg
menghasilkan anak benih yg baru yg dinamakan transgenik.
KEPENTINGAN/KEBAIKAN BIOTEKNOLOGI
1.Dapat meningkat produktiviti hasil pertanian lebih banyak
dan dalam masa singkat. Kesan penggunaan
beji benih, klon, baka baru hasil kacukan dan pengklonan yang bermutu
tinggi, cepat membesar dan matang. Contoh, betik asotika dan baka padi MR 10,
Sri Malaysia.
2.Dapat
menghasilkan produk pertanian yang berkualiti, tahan daripada ancaman penyakit
kerana mikroorganisma digunakan untuk melawan ancaman perosak dan penyakit,
seperti betik yg mempunyai ketahanan serangan virus krn kerana menerima gen
bakteria basillus yang tahan daripada serangan larva serangga. Ini dapat
menghasilkan buah yang lebih besar . Contoh, betik asotika dan jambu madu.
3.Dapat
menghasilkan kepelbagaian produk
daripada sumber yang sama. Contoh, buah tomato boleh dihasilkan daripada pokok
lada. Kepelbagaian produk dapat meningkatkan pendapatan petani.
4.Pertanian/ternakan
luar musim dapat dijlnkan sepjg tahun kerana bioteknologi memungkinkan kawalan
suhu, air, pengudaraan dan tanpa perlu bergantung kepada faktor semulajadi .
Ini bermakna tanaman hawa sederhana dapat ditanam di kawasan tanah pamah di
Malaysia.
5.Dapat menjimat
kos penggunan racun makluk perosak kerana kawalan rumpai, serangga dan binatang
perosak menggunakan sistem kawalan
biotik, kurang pencemaran dan mesra alam
. Ini secara tidak langsung dapat mennghasilkan produk pertanian yang bersih
dan mesra alam.Penggunaan burung hantu untuk tikus.
6.Dapat
menjimatkan penggunaan tanah, seperti hasil tanaman hidroponik, hasil agrobio
melalui kaedah kultur tisu yang tidak memerlukan tanah dalam aktiviti
pertanian. Pertanian boleh dijalankan walaupun berlainan iklim dan cuaca. Misalnya, ladang strawberry telah diusahakan
di kawasan gurun Arab Saudi melalui mekanisme bioteklogi kawalan suhu, air,
pengudaraan, tahan cuaca dan tidak terlalu bergantung kepada faktor semulajadi.
7. Menggalakkan aktiviti R&D
Nota Tambahan
2. Bidang Pertanian
Bidang penternakan seperti kambing biri-biri Dolly.
Menghasilkan biji benih padi yang boleh meningkatkan
pengeluaran
Menjalankan R&D
(Research & Development) untuk menghasilkan hormon tiruan seperti hormon
Keburukannya
1.Memerlukah tenaga pakar dan
teknologi yang tinggi untuk memecahkan sempadan genetik sel-sel tumbuhan dan
haiwan.2.Status halal haram masih diragui dari segi campuran bahan biologi yang terlibat. soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya. Contohnya kambing/biri-biri dolly.
3.kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah.
4.Kemungkinannya berlaku ‘pencemaran genetik’ . Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi .
5.Antara ancaman makanan pengubahsuaian genetik (GM )ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.