KERJA RUMAH TERANCANG
GEOGRAFI Penggal 1 STPM
TEMA 2: TRANSFORMASI DESA
DAN PEMBANDARAN
ARAHAN: SIAPKAN NOTA KULIAH BERDASARKAN SOALAN DI
BAWAH
1.Menjelaskan
maksud desa/luar bandar dan transformasi desa
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi
berlakunya tranformasi @ perubahan sesebuah desa.
3. Petunjuk
/Indikator pembangunan/ perubahan yang dialami
oleh sesebuah desa
4.Menghuraikan 4 strategi/program pembangunan desa di Malaysia:-
(i) pembangunan insitu;
(ii) Pembangunan
Pertanian Bersepadu (IADP);
(iii) pembangunan
wilayah;
(iv) perindustrian desa;
5..Menjelaskan 4
cara berlakunya proses perubahan atau tranformasi desa :-
(i) saling kebergantungan desa-bandar;
(ii) pembandaran desa;
(iii) perancangan desa (pusat pertumbuhan desa);
(iv) pemodenan sosioekonomi
desa
6. Huraikan kesan positif transformasi desa terhadap
gunatanah, penduduk, dan sosioekonomi desa.
7.Huraikan kesan-
kesan negatif tranformasi desa terhadap alam sekitar fizikal:-
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TRANSFORMASI DESA
1.
Maksud Desa
“Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan
bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan
petempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan
kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.”
1.
Maksud Transformasi Desa
Transformasi
desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui proses
pemodenan seperti :-
guna tanah,
kemudahan asas,
pengangkutan,
komunikasi,
kegiatan
ekonomi,
pendidikan, dan
kesihatan.
contohnya, desa @ kampung menjadi pekan, bandar kecil atau bandar besar.
kampung kuala lumpur 1884
Bandaraya Kuala Lumpur 2018
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya tranformasi @
perubahan sesebuah desa.
i. Potensi Sumber Alam
- Sumber
mineral cth KL, Ipoh, Seremban berkembang berasaskan sumber bijih timah
- Sumber alam
sekitar fizikal cth Langkawi mempunyai pantai, pulau dan air terjun yang
menarik
ii. Perkembangan ekonomi moden
- Desa
berkembang kesan perkembangan sektor ekonomi moden seperti perniagaan,
perkhidmatan, perindustrian
- Cth bandar
Raub, Bentong Kuala Lipis, Kuala Lipis di Pahang berkembang kerana perniagaan
dan perkhidmatan
iii. Tapak yang strategik
- Desa
berkembang apabila lokasi dan kedudukannya sesuai dan strategik untuk aktiviti
perdagangan, pelabuhan dan persinggahan yang membuka banyak peluang ekonomi
-Cth pelabuhan
Pulau Pinang, pelabuhan Kelang. Bandar Gemas, Grik dan JB untuk persinggahan
iv. Tarikan fizikal yang
menarik
- Desa
mempunyai tarikan semulajadi yang menarik seperti Port Dickson, bandar Kuah di
Langkawi, bandar Goh Tong di
Genting Highland
-Tarikan
fizikal menjadi faktor utama pembangunan eko pelancongan
v. Polisi kerajaan
- Memajukan
kawasan Desa yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan sosio ekonomi sokongan kepada bandar sedia ada
-Membangunkan
bandar-bandar baru agar wilayah yang baru dibuka terus berkembang : pusat
bandar Jengka di Pahang.
3. Petunjuk /Indikator pembangunan/ perubahan yang dialami oleh sesebuah desa
•INDIKATOR / PETUNJUK TRANSFORMASI DESA
1•Pendapatan penduduk meningkat
Berlakunya disebabkan peningkatan peratus tenaga
kerja di sektor ekonomi
industri, perniagaan dan perkhidmatan. Kesannya pendapatan perkapita penduduk
bertambah
2•Kemudahan Asas Bertambah
Berlakunya
pertambahan dan peningkatan kemudahan asas yang menjadi keperluan penduduk di
samping meningkatkan darjah ketersampaian kawasan desa dengan bandar yang
berhampiran.
3•Kemudahan Sosial
Berlaku peningkatan dalam bidang pendidikan dan kesihatan.
4•Perubahan Pekerjaan
Penduduk akan berubah pekerjaaannya dari pertanian ke industi berasaskan tani
pertanian seterusnya sektor perkhidmatan seperti bekerja dalam sektor pengusaha
pengangkutan lori hasil pertanian
5•Peningkatan Teknologi
Penggunaan teknologi moden lebih tinggi di kalangan penduduk seperti jentera
pembajak, baja kimia, internet, dron dan sebagainya.
t
6•Peluang Pekerjaan
Semakin meningkat dan banyak dalam bidang pertanian, perindustrian dan
perkhidmatan.
7•Perubahan Gaya Hidup
Perubahan ini semakin dalam bidang pemilikan kenderaan, bentuk rumah, peralatan
rumah yang lebih moden, cara berpakaian dan lain-lain
8•Perkembangan Perumahan
Perkembangan ini semakin meningkat dari rumah kayu ke rumah ke rumah batu,
wujud rumah banglo dan taman-taman di kawasan desa.
9•Kuasa Beli
Kuasa beli semakin meningkat disebabkan penduduk desa sudah memiliki pekerjaan
yang lebih. kesannya menerima pendapatan yang tinggi dan mampu untuk membeli
barang keperluan yang lebih baik.
10•Darjah Ketersampaian tinggi.
Merujuk kepada kemudahan pengangkutan bertambah baik seperti jalan raya, jalan
keretapi, jalan air. Kesannya kawasan desa lebih mudah dihubungi dan lebih mudah
bergerak ke semua tempat.
11•Kualiti Pendidikan meningkat.
Taraf pendidikan penduduk meningkat
manakala kadar buta huruf dalam dalam penduduk
berkurangan. Penguasaan penduduk dalam Teknologi
Maklumat (IT) tinggi berbanding
tahun-tahun sebelumnya
4. Dasar dan Strategi /program pembangunan desa di
Malaysia
i.
Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada dengan menyediakan kemudahan asas di desa yang sempurna seperti :-
- Bekalan elektrik, air, jalanraya.
- Pertanian - kemudahan pengairan, teknik
saintifik, baja kimia, benih berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh
MARDI,klon getah.
- Penternakan – baka haiwan,
bioteknologi, sistem perladangan berteknologi Tinggi
Kesan :- Penyediaan kemudahan asas ini dapat membantu sektor ekonomi di desa.
ii.
Pembangunan Pertanian Bersepadu
(IADP)
Matlamat – membangunkan tanah-tanah pertanian dan menambah baik
kemudahan prasarana
- Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi
berkaitan pertanian baru, industri asas tani dan sektor perkhidmatan.
Memperkasakan dan kerjasama antara
agensi yang terlibat – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, RISDA, MARDI dan FAMA
iii.
Pembangunan Wilayah
-
Dilaksanakan
akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan
dalam negara.
- Meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur pada tahun 1970an. Cth:, Wilayah Tiga Segi JENGKA (Pahang),
DARA(pahang Tenggara),KETENGAH (Terengganu Tengah), KEJORA (JOHOR), KESEDAR
(Kelantan).
- Pembangunan wilayah koridor diwujudkan pada masa kini seperti:-
Koridor ekonomi Utara,(NCER: North Corridor Economic Region)
Timur, (ECER : East Corridor Economic Region
Timur, (ECER : East Corridor Economic Region
Selatan,(Iskandar Malaysia: Johor)
Sabah (SDC : Sabah Development Corridor),
Sarawak (SCORE : Sarawak Corridor of Renewable of Enegy).
Sabah (SDC : Sabah Development Corridor),
Sarawak (SCORE : Sarawak Corridor of Renewable of Enegy).
Matlamatnya: Meningkatkan taraf hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan
iv.
Perindustrian desa
- Memperbanyakkan industri di desa. Dengan membuka kilang dan zon industri di desa, terutamanya industri yang berasaskan sumber yang ada di desa
kesannya: mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang
pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian
yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan
kraftangan :- kerepek, bepam beras, gertas, dodol dll. Bakul buluh, tikar
mengkuang dll
v. Pusat Tranformasi Desa (RTC)
-Tujuannya mengumpul dan memasarkan hasil-hasil desa sepertibuahan, sayuran dll.
-Penyediaan perkhidmatan kepada penduduk desa seperti perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta
-Penyediaan perkhidmatan kepada penduduk desa seperti perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta
5)Cara berlakunya proses
perubahan desa
5.1. Saling kebergantungan Desa – Bandar
5.1.1.Aspek kebergantungan ialah:-
Apakah Peranan bandar kepada
desa:?
i.barangan kepada pdk desa :
makanan, elektronik, pakaian
ii.Menyediakan pelbagai
perkhidmatan :- pengangkutan, urusan tanah, kesihatan, pendidikan menengah,
utiliti (elektrik, air, komunikasi)
iii.pusat pentadbiran
daerah,kg,dan peluang pekerjaan:
Apakah peranan desa kepada
bandar?
i. Bahan makanan kepada pdk
bandar: beras, sayuran, buahan, hasil ternakan
ii. Bahan mentah kepada pdk
bandar : hasil getah, kelapa sawit, padi
iii Membekal tenaga kerja.
5.1.2 Bukti ada hubungan antara desa –
bandar.
i. Wujudnya
rangkaian kedai runcit di desa yang mana barangannya dibekalkan oleh pembekal
dari bandar
ii. Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara
bandar dan desa seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dll
iii. Wujudnya pergerakan ulang-alik penduduk desa ke
bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja atau pelajar.
iv. Wujudnya
rangkaian pasar malam dan pasar tani tempat memasarkan produk desa
Wujudnya agensi perkhidmatan kepada penduduk desa seperti
pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos dll
5.1.3 kesan positif saling kebergantungan desa bandar.
i. peluang pekerjaan kepada penduduk desa di bandar
ii. Memasarkan hasil pertanian oleh penduduk desa
iii. Bahan mentah- diperolehi oleh penduduk bandar
5.2. Pembandaran kawasan desa
i. Pembandaran
desa bertujuan untuk membandarkan
kawasan-kawasan desa.
ii. Yakni memodenkan dari aspek fasiliti dan
kemudahan-kemudahan asas.
iii. Bertujuan
untuk menyuntik ekonomi setempat dan mengembangkan sosio-ekonominya.
iv. Kesannya aktiviti pemprosesan dan perkilangan
dikembangkan
5.3.Perancangan
desa sebagai pusat pertumbuhan (pekan/bandar kecil)
i. Penduduk juga mampu
menjalani kehidupan bandar tanpa perlu ke bandar.
ii. Contoh
pelbagai kemudahan kesihatan, jalan raya, pendidikan dan eletrik.
iii.
Contoh kawasan seperti Segi Tiga Jengka(Bandar
pusat Jengka), Kelantan Selatan(Bandar Gua Musang), Pahang Tenggara (Bandar Muazam
Shah) dan Terengganu Tengah(Bandar Al Muktafi Billah
Shah)
iv.Selain
aspek infrastuktur, saiz dan
fungsi desa juga diambil kira.
v.
Petempatan tertentu dirancang agar
menjadi pusat pertumbuhan wilayah yang lebih
luas.
vi.Ia
berfungsi sebagai “MULTI-FUNGSI” kepada kawasan sekitar.
5.4. Pemodenan
Sosioekonomi Desa
i. Penyediaan kemudahan asas dan infrasturktur seperti jaringan
pengangkutan, talian kominunikasi, utiliti, pendidikan, kesihatan, dan
perubatan telah memungkinkan penduduk desa menjalini kehidupan moden
sebagaimana penduduk Bandar.
7.1 Berlakunya peningkatan suhu setempat,
6. Huraikan kesan positif transformasi desa terhadap gunatanah, penduduk, dan sosioekonomi desa
6.1 Guna tanah - semakin meningk dalam bidang pertanian, petempatan, kemudahan asas
6.2 Penduduk
6.2.1 Pendapatan meningkat
6.2.2 Peluang pekerjaan bertambah
6.3 Kemudahan asas- meningkat
6.2 Penduduk
6.2.1 Pendapatan meningkat
6.2.2 Peluang pekerjaan bertambah
6.3 Kemudahan asas- meningkat
7.Huraikan kesan- kesan negatif tranformasi desa terhadap alam sekitar fizikal:-
7.1 Berlakunya peningkatan suhu setempat,
7.2 Hakisan,
7.3 Tanah runtuh
7.4 Tanah tandus
7.5 Banjir dan banjir kilat,
7.6 Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi
7.7 Kemusnahan habitat, dan rantaian makanan
7.7 Kemusnahan habitat, dan rantaian makanan
SOALAN LATIHAN INTERAKTIF 1
No comments:
Post a Comment