GEOGRAFI B: ALAM SEKITAR MANUSIA
4.2 PERTUMBUHAN PENDUDUK
(a) Mentakrifkan konsep pertumbuhan penduduk;
(b) Menjelaskan faktor pertumbuhan penduduk. iaitu:
(i) Kadar kelahiran
(ii) Kadar kematian
(iii) Migrasi
(c) Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk;
(d) Menghuraikan proses berikut:
(i) Pertumbuhan semula jadi :- Kelahiran -kematian
(ii) Pertumbuhan penduduk :- Kelahiran - kematian + migrasi bersih
(e) Menghitung kadar pertumbuhan penduduk tahunan dengan formula berikut:
r=1/n Log e (Pn/Po) x 100;
r = Kadar pertumbuhan
n = Bilangan tahun
Pn = Penduduk tahun semasa
Po = Penduduk tahun asas
(f) Membandingkan kadar pertumbuhan penduduk; Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
(g) Membandingkan pola dan trend pertumbuhan penduduk; dan Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
(h) Membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan sosioekonomi
KONSEP :
Kadar Pertumbuhan Penduduk :
Merujuk kepada peratus perubahan penduduk pada skala ruang dan masa. sama ada meningkat, menurun atau statik di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu dan angkanya dlm bentuk peratus atau pun per seribu orang. Dikira berdasarkan kpd pertumbuhan semulajadi ( kadar kelahiran – kadar kematian) ditambah dengan migrasi bersih ( imigrasi – emigrasi). Contoh : Pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.53% atau 25 orang / 1000 ( pertumbuhan 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk)
(b) Menjelaskan faktor pertumbuhan penduduk. iaitu:
(i) Kadar kelahiran
Definisi .Jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf kesihatan, status kerjaya dan umur berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan ekonomi negara dll.
(ii) Kadar kematian
Definisi Konsep :
Jumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
Faktor yang mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan dan politik yang tidak stabil, bencana alam, penyakit, kebuluran, kemunduran ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan kemudahan asas dl.
(iii) Migrasi bersih
. Kadar migrasi bersih diperolehi apabila kadar migrasi masuk ditolak dengan kadar migrasi keluar. Kemasukan migrasi disebabkan terdapat banyak peluang pekerja dalam sesebuah negara. Contoh dalam bidang perindustrian. Faktor migrasi keluar disebabkan faktor pendidikan yang luas di luar negara. Di samping itu, terdapat faktor mengikut keluarga yang menetap di luar negara. Kadar migrasi bersih turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara..
- Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara meningkat apabila :-
(i) Kadar kelahiran meningkat
(ii) Kadar kematian menurun
(iii) Migrasi masuk lebih tinggi daripada migrasi keluar
- Pertumbuhan penduduk disesebuah negara menurun apabila :-
(i) Kadar kelahiran menurun
(ii) Kadar kematian meningkat
(iii) Migrasi keluar lebih tinggi daripada migrasi masuk
c) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk sesuatu negara atau kawasan
a. Dasar Kerajaan
Dasar 70 juta penduduk pada tahun 2100 turut menjadi pemangkin kepada jumlah pertambahan penduduk yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan. Antaranya, rebat cukai pendapatan, kemudahan cuti bersalin dua bulan bergaji hingga 5 orang anak, kemudahan rawatan percuma ibu-ibu mengandung, pendidikan percuma kepada anak-anak, dan lain-lain. Di India negeri terpadat penduduk cadang polisi dua anak.(rujuk website)
b. Perkahwinan Awal atau usia muda
Amalan kahwin awal (sekitar usia 20-an) menyumbang kpd kadar kelahiran yang
tinggi kerana tahap fertility yang tinggi dan jangkamasa utk lahirkan anak adalah panjang. Tahap kesuburan yang tinggi menggalakkan mereka berkeluarga besar. Contoh : Negeri Kelantan membenarkan perkahwinan bagi gadis seawal usia 16 tahun.[ Berita 1 ] [ berita 2]
c. Faktor Agama dan Adat
Konsep keramaian umat bagi masyarakat beragama Islam dan larangan dalam
pengguguran kandungan serta perancangan keluarga menyebabkan kadar kelahiran di kalangan masyarakat Islam tinggi. Bagi masyarakat Cina pula, keperluan kepada anak lelaki satu adat yang dipegang oleh masyarakat ini. Peranan sebagai pewaris menyebab kan kadar kelahiran bertambah selagi keluarga tersebut tidak memiliki anak lelaki.
d. Kestabilan Politik
Dalam jangkamasa panjang faktor ini, turut membantu pertambahan penduduk. Negara
yang aman dan stabil memberi peluang kepada kerajaan merancang sama ada aspek demografi mahupun peluang pendidikan dan pekerjaan. Peluang pekerjaan yang disediakan juga menjadi pemangkin kpd migrasi masuk (antarabangsa) yang tinggi terutama dari negara jiran seperti Indonesia dan India. Imigrasi yang tinggi - jumlah penduduk Malaysia meningkat.
d) Menghuraikan proses berikut:
Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi :
Dikira berdasarkan kpd peratus kadar kelahiran – peratus kadar kematian sahaja.
Pertumbuhan Penduduk :
Pertumbuhan Penduduk Semulajadi (kadar kelahiran – kadar kematian) + migrasi bersih (imigrasi – emigrasi).
Kadar Pertumbuhan Penduduk Sifar :
Tidak berlaku pertambahan penduduk di sesebuah negara kerana kadar kelahiran dan kadar kematian yang sama dalam tempoh tersebut. Begitu juga dengan migrasi masuk dan migrasi keluar dalam jumlah yang sama. Pertambahan penduduk adalah 0.
Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi Negatif :
Arah pertambahan penduduk adalah berkurangan iaitu kadar kelahiran kurang daripada kadar kematian. Berlaku di negara maju. Contoh : Itali, Sweden dll
Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi Positif :
Arah pertambahan penduduk sama ada pesat atau perlahan iaitu kadar kelahiran lebih tinggi berbanding dengan kadar kemaatian. Berlaku di negara-negara sedang membangun dan negara dunia ke 3. Contoh: Bangledesh, Pakistan, Vietnam
Pengiraan Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi :
Contoh : Malaysia tahun 2000
Jumlah penduduk : 21 793 293 orang
Bil Kelahiran : 551 370 orang
Bil Kematian : 114 414 orang
Kadar Kelahiran Kasar = Bilangan Kelahiran X 1000
Jumlah Penduduk
= 551 370 X 1000
21 793 293
= 25.3 org
Kadar Kematian Kasar = Bilangan Kematian X 1000
Jumlah Penduduk
= 114 414 X 1000
21 793 293
= 5.2 org
Peratus Kadar Kelahiran = 25.3 X 100
1000
= 2.53%
Peratus Kadar Kematian = 5.2 X 100
1000
= 0.52%
Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi = % kadar kelahiran - % kadar kematian
= 2.53 - 0.52
= 2.01%
Kadar Pertumbuhan Penduduk Semulajadi di Malaysia pada tahun 2000 ialah 2.01%
(e) Menghitung kadar pertumbuhan penduduk tahunan dengan formula berikut:
Contoh latihan :
Contoh: kirakan kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia sekiranya Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah 28 000 000 orang dan tahun 2010 ialah 32 000 000 orang.
1.30 % setiap tahun utk 10 tahun
r= 1/n Log e (Pn/Po) x 100;
r = Kadar pertumbuhan
n = Bilangan tahun
Pn = Penduduk tahun semasa
Po = Penduduk tahun asas
(f) Membandingkan kadar pertumbuhan penduduk; Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
ubahsuai dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_negara_mengikut_kadar_pertumbuhan_jumlah_penduduk
(g) Membandingkan pola dan trend pertumbuhan penduduk; dan Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
Jadual penduduk dunia (video 1) (video 2: impact Rapid Pop)
1. Apa yang dapat diperhatikan daripada Jadual 3.1 ialah:
(a) pertumbuhan penduduk dunia perlahan sebelum kurun ke-19 atau sebelum tahun 1800:
(b) kepesatan pertumbuhan penduduk semenjak awal kurun ke-19 atau tahun 1800 mula nampak ketara; sebahagian besar berlaku di Eropah
berikutan Revolusi Pertanian dan Revolusi Industri;
(c) kepesatan pertumbuhan penduduk dunia dalam masa 50 tahun yan lalu tiada bandingan; sebahagian besar berlaku di dunia kurang maju selepas Perang Dunia Kedua;
2 Jika kadar pertumbuhan sekarang (1990-an) 1.6 peratus setahun berterusan, maka penduduk dunia alan berganda dalam masa 42 tahun, empat kali ganda dalam masa 84 tahun dan menjadi lapan kali ganda, laitu 44 biion orang dalam masa 126 tahun. Kadar pertumbuhan penduduk dunia pada tahun-tahun 1950 hingga 2000 ialah 1.8 peratus setahun.
3 Bagaimanapun, ada tanda-tanda bahawa kadar pertumbuhan penduduk dunia pada masa ini sedang merosot, iaitu daripada 1.8 peratus kepada 1.6 peratus setahun, menunjukkan pertumbuhan penduduk akan semakin perlahan.
Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia
1 Trend pertumbuhan penduduk negara Malaysia secara keseluruhannya ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Tahun 1911 merupakan tahun paling awal sesuatu anggaran jumlah penduduk Malaysia boleh dibuat.
2 Pada kira-kira pertengahan kurun ke-19, Malaysia mempunyai penduduk yang agak kecil sekitar 400 000 orang. Kadar pertumbuhan penduduk ketika itu amat perlahan kerana:
(a) taraf kesihatan rendah,
(b) kawalan penyakit tidak berkesan,
(c) keadaan politik yang kurang stabil,
(d) sistem ekonomi sara diri yang tidak mampu menampung pertambahan penduduk yang ramai.
3 Kadar pertumbuhan yang agak tinggi ini dijangka mula menurun, terutama kerana sudah ada tanda-tanda yang kadar kelahiran dan kesuburan di kalangan wanita Malaysia mula merosot kerana pelbagal faktor pendidikan, kerjaya, saiz keluarga kecil, pemodenan, perkahwinan lewat dan sebagainya.
4 Jumlah ini kira-kira 6 peratus daripada jumlah penduduk negara. Jumlah warganegara asing dalam penduduk Malaysia semakin meningkat. Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi ialah 2.1 peratus, manakala kadar pertumbuhan penduduk pada masa yang sama ialah 2.6 peratus. Perbezaan 0.5 peratus ialah sumbangan migrasi bersih.
(h)Kesan-kesan Pertumbuhan Penduduk Yang Tinggi Terhadap Sosioekonomi Sesebuah negara
i. Kesan positif pertumbuhan penduduk
terhadap sosio ekonomi
Penduduk sebagai aset
Sebagai tenaga buruh/kerja. Contoh : China – tidak perlu import tenaga buruh dari luar kerana jumlah pop lebih daripada 1 billion orang (1977). Dapat kembangkan ekonomi China. Bagi Malaysia – dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi spt perindustrian, perkhidmatan, pertanian dll. Kekurangan penduduk tempatan diatasi dgn membawa masuk penduduk asing. Contoh dari negara Indonesia dan India.
Meluaskan pasaran domestik
Penduduk ramai - memperluaskan saiz pasaran domestik dan juga mampu utk menarik pelaburan luar melabur dalam negara. pelabur berkeyakinan utk melabur kerana yakin barangan yang dihasilkan dapat dipasarkan utk pasaran domestik. Pendapatan terjamin. Contoh : Pop China – lebih 1.2 billion pada tahun 1977 dan Indonesia - 280 juta tahun 2004
Pertahanan Negara
Penduduk yang ramai dpt menjamin keselamatan negara kerana mereka dapat diserapkan dalam angkatan tentera. Pilihan dpt dijalankan utk menentukan rakyat yang berkualiti utk mengawal sempadan negara daripada diceroboh oleh musuh. Secara langsung, pertahanan negara menjadi semakin kukuh. Contoh : Indonesia.
Mempercepatkan
pembangunan sumber alam
Pertumbuhan
penduduk dapat mempercepatkan pembangunan sumber alam. Pertumbuhan penduduk
menyebabkan pembangunan sumber tanah menjadi lebih cepat. Sumber tanah
dibangunkan untuk membina petempatan dan dijadikan kawasan pertanian bagi
memenuhi permintaan yang tinggi.
Peningkatan
kemudahan sosial
Peningkatan
pembinaan kemudahan sosial untuk memenuhi keperluan penduduk seperti sekolah
rendah dan menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, institusi
kemahiran, klinik dan hospital
Peningkatan
kemudahan infrastruktur
Pertumbuhan
penduduk menyebabkan peningkatan pembinaan jalan raya, lebuh raya dan kemudahan
telekomunikasi. Pembinaan kemudahan infrastruktur bagi memenuhi keperluan
penduduk dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk. Bekalan air dan
bekalan elektrik diperluaskan terutamanya ke kawasan luar bandar disebabkan
oleh pertambahan penduduk.
ii) Kesan Negatif terhadap sosio ekonomi
Kemiskinan dan Kemunduran
Penduduk ramai – masalah pengangguran, kemiskinan dan taraf hidup penduduk yang rendah. Sumber yang terhad dan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya persaingan ekonomi. Akibatnya – ada golongan yang terpinggir dang menganggur. Wujudnya kemiskinan dan taraf hidup yang rendah di bandar - kawasan setinggan. Contoh :
Kesan Sosial
Persaingan yang hebat sedangkan kemudahan terhad – kemerosotan taraf sosial seperti taraf pendidikan dan kesihatan penduduk. Dalam pendidikan, berlakunya keciciran dlm pelajaran. Kadar buta huruf meningkat terutamanya di kawasan luar bandar. Contoh :
Penduduk ramai – sesak dan padat, penyakit mudah merebak. Contoh :
Taraf kesihatan merosot – bebanan kewangan kerajaan akan meningkat (tidak mampu utk beri @ sediakan kemudahan kesihatan secara percuma)
Tekanan kpd sumber alam
Tekanan kpd sumber terutama sumber tanah apabila berlaku persaingan guna tanah. Akibatnya, banyak tanah pertanian terpaksa dijadikan kawasan petempatan menyebabkan saiz kawasan pertanian menjadi semakin sempit. Kesan, bekalan makanan terhad – berlakunya krisis makanan dan kebuluran. Persaingan guna tanah di kawasan Bandar menyebabkan harga tanah meningkat – golongan miskin tidak mampu memiliki tanah – wujud kawasan setinggan. Contoh : petempatan di kg Abdullah Hukum di Kerinchi KL
Kepupusan sumber
Penduduk ramai – sumber alam diteroka dgn pesat utk tampung keperluan pop – kesannya sumber akan pupus. Contoh : flora dan fauna - sumber hutan dan juga galian.
Pencemaran alam sekitar
Sumber udara dan air juga akan tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksid dari sektor ekonomi dan buangan domestik ke dalam system saliran (sungai). Kurangnya bekalan air bersih dan boleh menyebabkan penyakit kpd pop tempatan. Contoh : Sg Gombak dan Sg. Klang. Penggunaan kenderaan dan pembakaran secara terbuka – pencemaran udara. Penyakit – contoh paru-paru, asma dll.
Nisbah tanggungan meningkat
Nisbah tangunggan menjadi semakin tinggi. Golongan yang dewasa menampung jumlah anak yang ramai disebabkan pertumbuhan penduduk yang pesat.
Masalah pekerjaan
Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara menyebabkan berlakunya peningkatan golongan muda.Pengangguran berlaku apabila peluang kerja yang terdapat tidak mampu menampung jumlah penduduk muda yang ramai.
Masalah pekerjaan
Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara menyebabkan berlakunya peningkatan golongan muda.Pengangguran berlaku apabila peluang kerja yang terdapat tidak mampu menampung jumlah penduduk muda yang ramai.
Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor
Peningkatan kenderaan bermotor membebaskan banyak gas karbon monoksida ke dalam udara apabila petroleum dibakar oleh enjin. Pertambahan gas karbon monoksida menyebabkan berlakunya peningkatan şuhu.
Peningkatan penerokaan sumber alam
Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan terhadap sumber seperti sumber air, hutan, tanah, mineral dan sebagainya. Penerokaan sumber tanah untuk kegiatan pertanian,petempatan,pembinaan dan pembangunan infrastruktur menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Pembukaan kawasan untuk kegiatan ekonomi (pertanian, pembalakan dan perlombongan)
Pembukaan kawasan untuk kegiatan ekonomi menyebabkan berlakunya kemusnahan habitat. Contohnya penebangan hutan untuk kegiatan pembalakan dan pertanian menyebabkan kehilangan habitat hidupan dan kepupusan spesis.
Peningkatan pembuangan Sisa pepejal.
Pertambahan penduduk menyebabkan banyak Sisa pepejal seperti sampah dibuang ke dalam sumber air. Kesannya menyebabkan berlakunya pencemaran air dan pencemaran bau.
Peningkatan pembinaan kawasan perumahan
Pembinaan kawasan perumahan melibatkan penebangan hutan Penebangan hutan untuk membuka kawasan petempatan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh disebabkan struktur tanah menjadi longgar.
Peningkatan penggunaan tenaga
Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan terhadaap sumber tenaga seperti petroleum , gas dan arang batu semakin meningkat. Kesannya berlaku eksploitasi yang berlebihan terhadap sumber tenaga.Sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui ini cepat habis.
iii. Langkah-langkah untuk meningkatkan pertumbuhan penduduk
Kemudahan kesihatan
Membina lebih banyak klinik dan hospital terutamanya di kawasan luar bandar untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat. Mengurangkan penularan wabak penyakit dan mengurangkan kadar kematian bayi.
Insentif kerajaan
Kerajaan memperkenalkan rebat cukai pendapatan mengikut bilangan anak, memberi cuti bersalin berbayar ( parental leave) bagi meringankan beban keewangan membesarkan anak dan kemudahan bersalin secara percuma.
Dasar Kependudukan Negara
Dasar untuk mencapai penduduk 70 juta orang.
Dasar ini bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja yang cukup bagi pembangunan negara tanpa bergantung kepada pekerja asing.
Menubuhkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
LPPKN ditubuhkan untuk mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni kekeluargaan di kalangan ibu bapa selain meningkatkan taraf kesihatan lelaki dan wanita. LPPKN juga menjalankan penyelidikan berkenaan dengan kesuburan dan kelahiran dalam negara.
Membuka peluang pekerjaan
Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk. Peningkatan pendapatan membolehkan penduduk mendapat rawatan yang lebih baik dan peningkatan taraf kesihatan. Peningkatan taraf kesihatan menyebabkan dapat meningkatkan kadar kelahiran.
Mengadakan kempen/promosi
Kerajaan mengadakan kempen gaya hidup sihat, kempen amalan pemakanan seimbang dan galakan perkahwinan awal. Kadar kelahiran akan meningkat.
No comments:
Post a Comment