GEOGRAFI B: ALAM SEKITAR MANUSIA
4. PENDUDUK
ARAHAN: Siapkan nota berdasarkan panduan di bawah.
4.1. KONSEP PENDUDUK
1.Berikan maksud penduduk sebagai sumber manusia
2. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara.
3. Jelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan terhadap :-
(i) Alam sekitar fizikal (geomorfologi, atmosfera, hidrologi, dan ekologi)
(ii) Alam sekitar manusia (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain hasil gubahan manusia).
4. Jelaskan kebaikan sesebuah negara mempunyai penduduk yang berkualiti
Rujukan:
1. Katiman Rostam dan Tengku Anuar. (1990). Geografi Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
2. Chek Zainon Shafie et al. (2012). Teks STPM Geografi Sistem Modular Baharu Penggal 1 Bangi Selangor, Pelangi Sdn Bhd.
=======================================================================
1. PENDUDUK
4.1 KONSEP PENDUDUK
1.Berikan maksud penduduk sebagai sumber manusia
i.Maksudnya ialah penduduk di sebuah negara merupakan aset atau tenaga buruh dan boleh diukur secara :-
-kuantiti,
-kualiti,
Penduduk tersebut hendaklah berada dalam lingkungan 15 - 64 tahun.
ii.Asas penduduk sesebuah negara ialah:-
-Individu
-Keluarga
-Komuniti
-Masyarakat
2. Menghuraikan penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara;
(i) Kuantiti
Kuantiti penduduk merujuk kepada:-
- bilangan/saiz,
- umur,
- jantina,
- dan taburan.
(ii) Kualiti
Kualiti penduduk merujuk kepada:-
-taraf pendidikan,
- kemahiran,
- kesihatan,
- dan sikap.
Negara yang mempunyai saiz penduduk yang besar dan ramai seperti China dan Indonesia memiliki tenaga kerja yang cukup untuk menjana pembangunan pelbagai sektor ekonomi,meningkatkan kutipan cukai,meluaskan saiz pasaran, serta meningkatkan jumlah anggota tentera.
.
3. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara.
Faktor pendidikan, iaitu kemudahan dan pembangunan institusi pendidikan, seperti sekolah, kolej, IPTA dan IPTS yang membuka peluang kepada rakyat mendapatkan pendidikan pra sekolah, rendah, yang meningkatkan kadar celik huruf dan celik IT yang tinggi,pendidikan peringkat menengah yang menyediakan tenaga buruh separuh mahir dan pendidikan tinggi yang menyediakan tenaga buruh mahir tempatan yang berpengetahuan dan akan membentuk tenaga kerja yang berkualti untuk membangunkan negara.
Faktor kemahiran, kemahiran dan kecekapan khusus sesuatu bidang seperti teknik dan vokasional, kejuruteraan, rekacipta, pengurusan dan profesional yang diperolehi melalui pengalaman, latihan lanjutan, perkongsian kepakaran. Contoh, pekerja kilang Proton dihantar berkursus di Kilang Mitshubishi, Jepun.Kemahiran tinggi dan kepakaran ini dapat meningkatkan daya cipta dan inovasi baru. Contoh, reka bentuk dan enjin kereta Proton.Perkembangan ekonomi kuarterner dan kuiner yang berkembang ini telah membawa eksport inovasi dan kepakaran ke luar negara. Contoh, pengurusan dan konsultan perladangan FELDA digunakan oleh negara Indonesia untuk membuka ladang kelapa sawit.
Faktor kesihatan, terdapat kemudahan prasarana dan kepakaran kesihatan yang berkualiti dan meluas. Terdapat akses kesihatan yang baik, seperti kemudahan klinik, hospital, hospital pakar, Nisbah doktor dengan pesakit yang kecil, pencegahan penyakit berjangkit,program imunisasi yang meluas dan berkesan dan amalan pemakanan seimbang. Peningkatan tahap kesihatan dapat meningkatkan kadar kelahiran hidup, meningkatkan jangka hayat dan mengurangkan kadar kematian. Kemudahan dan akses kesihatan yang mudah dan meluas dapat melahirkan modal insan atau tenaga buruh yang sihat, bersemangat dan tekun untuk membangunkan negara.
Faktor kebolehkerjaan, iaitu budaya kerja penduduk yang positif, seperti mempunyai semangat kerja yang tinggi, rajin, menepati masa, dan berinovasi. Penduduk juga mudah dilatih,bersedia untuk berkerja, mematuhi arahan dan sedia berkhidmat di mana-mana lokasi yang diarahkan oleh majikan. Penduduk juga mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang bersedia menghadapi tekanan kerja sewaktu bertugas.
Faktor sikap positif, seperti penduduk yang mempunyai perwatakan dan daya kepimpinan yang kemas, sistematik dan berkesan. Kecekapan berkomunikasi dan bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan. Pekerja juga perlu mempunyai tahap intergriti yang tinggi, kejujuran, kesetiaan, dan amanah kepada majikan. Keterbukaan minda penduduk, khasnya golongan pekerja menerima idea, inovasi, dan menjadi agen perubahan.
Faktor Dasar kerajaan, kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus, insentif, biasiswa dan program pembangunan modal insan. Contoh, INTAN ditubuhkan diseluruh negeri untuk memodenkan pengurusan pentadbiran jabatan kerajaan. Kerajaan juga menyediakan kemudahan biasiswa JPA dan Kementerian berkaitan serta pinjaman PTPTN untuk memudah dan menggalakkan penduduk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS di seluruh negara bagi menampung keperluan tenaga buruh separuh dan mahir tempatan. Kerajaan juga menggalakkan ‘pendidikan sepanjang hayat’ dan galakan kepada golongan cendikiawan menjalankan kajian dan penyelidikan, melalui Geran-Geran Penyelidikan yang disalurkan kepada IPTA dan IPTS tempatan. Contoh, Geran Penyelidikan Kawalan dan Vektor Penyakit Berjangkit USM.
3. Jelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan terhadap :-
3.1 Alam sekitar fizikal (geomorfologi, ekologi, hidrologi, dan atmosfera)
i. Geomorfologi
Manusia telah meneroka dan mengeksploitasi sumber tanah untuk dijadikan tapak pertanian untuk dijadikan sumber makanan dan bahan mentah kegiatan ekonomi lain, seperti industri. Sumber tanah di kawasan tanah tinggi telah ditarah dan diteres untuk dijadikan tapak tanaman teh, sayur, buah-buahan dan bunga di Cameron Highland. Ini telah mengubah bentuk pandang darat daripada kawasan tanah tinggi berhutan tebal di Banjaran Titiwangsa menjadi pandang darat kawasan ladang teh, sayur dan bunga.
Demikian juga penerokaan tanah untuk kegiatan perlombongan bijih timah dan kuprum telah mengubah pandang darat tanah tinggi dan tanah pamah kepada pandang darat lekukan berair dan kolam lombong yang luas. Contoh, tasik Titiwangsa dan Tasik Bukit Merah.
ii. Ekologi
Manusia telah meneroka sumber hutan untuk mendapatkan sumber kayu balak berharga untuk dijadikan bahan mentah industri memproses kayu, perabot, kayu bergergaji dan kertas.Penerokaan sumber hutan ini telah menyebabkan tanah tinggi menjadi gondol dan terdedah kepada agen hakisan dan luluhawa. Contoh, di Pedalaman Pahang.
iii. Hidrologi
Manusia telah menerokai dasar laut untuk mencari gali sumber petroleum dan gas asli. Pembinaan Pelantar minyak dan kilang memproses petroleum telah mengubah pandang darat pinggir pantai kg. nelayan kepada kawasan industri memproses petroleum dan gas asli. Contoh, di Kerteh, Terengganu.
iv. Atmosfera.
Manusia ruang atmosfera dengan mewujudkan jaringan pengangkutan udara peringkat antarabangsa dan domestik
(ii) Alam sekitar manusia (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain hasil gubahan manusia).
i. Petempatan
Manusia telah mendirikan kawasan industri yang dilengkapi dengan segala keperluan prasarana telah mengubah pandang darat sesuatu kawasan kepada pandang darat buatan manusia seperti, jalan raya, kedai, gedung perniagaan, kawasan perumahan, dan lain-lain. Contoh, di Sungai Petani, Kedah.
ii. Guna tanah
Manusia telah mengubah pandang darat kawasan tanah tinggi dengan pembinaan kawasan rekreasi dan pelancongan. Proses penyahutanan di Genting Highland telah mengubah kawasan tanah tinggi yang dilitupi dengan Hutan Hujan Tropika kepada bangunan hotel, jalanraya, gedung perniagaan dan padang golf.
Konsep ini memperlihatkan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi. Kegiatan penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan ruang fizikal dan tahap kemajuan ekonomi dan kualiti hidup di sesebuah negara.pertanian : teh
Manusia telah meneroka kawasan hutan, paya, bukit dan pantai untuk membina petempatan, jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang untuk kehidupan manusia.
4. Jelaskan kebaikan sesebuah negara mempunyai penduduk yang berkualiti.
i- Sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir dapat diwujudkan
ii- Menigkatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara
iii- dapat menarik pelabur dari luar negara
iv. - mewujudkan penduduk sihat dan cergas
v.- mewujudkan penduduk yang bersikap positif: patriotisme, perpaduan dsbnya.
link video yang berkaitan:
No comments:
Post a Comment