taburan penduduk 2025

 4.3 Taburan penduduk

4.3.1 Konsep dan pola taburan penduduk

(a) Mentakrifkan konsep dan pola taburan penduduk;

(b) Mengenal pasti pola taburan penduduk iaitu;

(i)Padat

(ii)Sederhana
(iii)Jarang

4.3.2 Faktor mempengaruhi taburan penduduk 

(c)Menjelaskan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;
(d) Menilai faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;


4.3.3 Ketidakseimbangan taburan penduduk 
(e) Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk;
(f)Mencadangkan langkah mengatasi masalah ketidakseimbangan taburan penduduk;

4.3.4 Isu dan impak kependudukan 

(g) Menjelaskan isu dan impak kependudukan kini.

(a) Menjelaskan kependudukan dari aspek geopolitik;

     (i)Pola dan taburan geopolitik mengikut skala ruang dan masa

(ii)Trend mengikut skala ruang dan masa

(i)Menjelaskan pengaruh geopolitik terhadap;

(i) Dasar kerajaan
(ii) Penggunaan sumber

(iii) Pembangunan sosioekonomi

(iv)Pembangunan fizikal

4.4 Kemahiran geografi - Piramid Penduduk

Calon dapat:

(a) Mentakrifkan konsep dan pola taburan penduduk;

(b) Mengenal pasti pola taburan penduduk iaitu;

(i)Padat

(ii)Sederhana

(iii)Jarang

(c)Menjelaskan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;
(d) Menilai faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;
(e) Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk;
(f)Mencadangkan langkah mengatasi masalah ketidakseimbangan taburan penduduk;
(g) Menjelaskan isu dan impak kependudukan kini.

(a) Menjelaskan kependudukan dari aspek geopolitik;
     (i)Pola dan taburan geopolitik mengikut skala ruang dan masa

(ii)Trend mengikut skala ruang dan masa
(i)Menjelaskan pengaruh geopolitik terhadap;

(i) Dasar kerajaan
(ii) Penggunaan sumber
(iii) Pembangunan sosioekonomi
(iv)Pembangunan fizikal




 

4.3.1 Konsep dan pola taburan penduduk


(a) Mentakrifkan konsep dan pola taburan penduduk;

i. Definisi Konsep Pola taburan penduduk

Pola taburan penduduk merujuk kepada sebaran / corak atau agihan penduduk di atas ruang bumi.  Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat, kawasan berpenduduk sederhana padat dan berpenduduk jarang.
Contohnya  antara kawasan yang berpenduduk padat ialah di Dataran Kedah-Perlis dan Lembah Kelang di Selangor. Kawasan penduduk sederhana padat terdapat di tanah rancangan FELDA dan  kawasan penduduk jarang pula di kawasan Banjaran Bintang dan Banjaran Tama Abu.


ii. Konsep  kepadatan penduduk (contoh pengiraannya)

Kepadatan penduduk atau densiti penduduk bermaksud  nisbah antara jumlah penduduk di sesebuah kawasan berbanding dengan keluasannya. Dengan menggunakan Formula :-

Formula kepadatan :  Jumlah Penduduk (orang)
                                        Luas kawasan(km2)

Contoh Pengiraan: Kepadatan Penduduk Johor
                                    2 496 200  =   131.5 orang/km persegi
                                        18 986

Negeri
Penduduk
(`000)
Keluasan
(km2)
Kepadatan
Johor
2 496.2
18 986
131.5 orang/km persegi
Kedah
1 505.9
9 426
159.8
Kelantan
1 411.1
14 983
94.2
Kuala Lumpur
1 358.9
243
5592.2

Negeri: kurang padat ; kel
             Padat: KL : apakah sebabnya ; pekerjaan, kemudahan asas, pusat pendidikan

*LINK VIDEO YANG BERKAITAN*



(a) Mengenal pasti pola taburan penduduk iaitu;

(i)Padat

(ii)Sederhana

(iii)Jarang)


Kawasan Penduduk Padat di Malaysia. (Video yang Berkaitan)

(a)       Pulau Pinang.
(b)       Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
(c)        Lembah Kinta.
(d)       Kawasan perindustrian Tampoi dan Johor Bahru
(e)       Melaka dan Negeri Sembilan Darul Khusus 
(f)       Delta Kelantan
(g)      Delta Terengganu. 
(h)      Kuching
(i)     Kota Kinabalu

Kawasan Penduduk Sederhana Padat

a. lembah Sungai Kelantan
b. lembah Sungai Pahang
c. lembah Sungai Perak.  
d. Di Sabah, di tanah pamah Pantai Barat, Lembah Kinabatangan dan Semporna.  
e. Di Sarawak, di sekitar Kuching-Serian, dan kawasan Kuching-Sematan.

Kawasan Jarang Penduduk di Semenanjung Malaysia
a.Banjaran Titiwangsa,
b.Banjaran Gunung Tahan,
c. Banjaran Kapuas.Sarawak




(c)Menjelaskan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;


i)   Bentuk muka bumi dan keluasan negeri

Kawasan pedalaman negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan berbukit –bukau, bergunung-ganang dan berhutan tebal menjadi penghalang kepada penduduk untuk mendiami kawasan tersebut. Kawasan   negeri –negeri di Pantai Barat  lebih landai, pamah, rata serta bertanah subur sesuai untuk pelbagai kegiatan pertanian. Contohnya, di Dataran Kedah-Perlis. Saiz negeri juga mempengaruhi perbezaan pola kepadatan penduduk. Negeri yang luas seperti Pahang dan Terengganu mempunyai angka kepadatan yang sedikit berbanding dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang bersaiz kecil mempunyai kepadatan yang lebih tinggi.

(ii)  Faktor ekonomi (Jenis dan kemajuan ekonomi)
Kawasan ekonomi moden yang maju seperti kawasan perindustrian menjadi kawasan yang padat penduduk berbanding dengan ekonomi pertanian yang mundur dan bersifat saradiri . Contohnya,    kawasan Lembah Klang menempatkan hampir separuh daripada sektor perindustrian di Malaysia.  Kepelbagaian jenis dan industri yang terdapat di kawasan ini telah membuka  peluang pekerjaan yang luas serta tawaran gaji yang lumayan. Faktor ini mendorong penduduk di pantai timur semenanjung Malaysia berhijrah  ke negeri-negeri Pantai  Barat khususnya ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

(iii)  Faktor  sosial
Kemudahan pembandaran, pendidikan, perkhidmatan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat. Bandar-bandar besar dan moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di jaluran  pantai barat Semenanjung Malaysia seperti bandar raya Kuala Lumpur, Bandar Raya Shah Alam, Bandar Petaling Jaya dan Bandar raya Johor Bahru. Bandar-bandar ini juga menjadi  pusat-pusat pengajian tinggi,contohnya UKM terletak di Bandar Baru Bangi.

(iv)  Faktor governan
Kerajaan Malaysia  melalui Plan Induk Perindustrian Negara (PIP) telah mewujudkan kawasan industrian yang baru seperti Kawasan perindustrian Nilai di negeri Sembilan dan lain-lain. Selain itu, pembinaan  bandar baru oleh kerajaan (di  kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia) di kawasan pinggir bandar dan mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan yang baru seperti Putrajaya menyebabkan semakin ramai penduduk yang berpindah ke kawasan itu, menjadikan kawasan pantai barat padat penduduk.Contohnya Bandar Baru Selayang, Bandar baru Ampang dan lain-lain yang terletak disekitar Kuala Lumpur.

(v) Kemudahan asas yang banyak
Negeri-negeri pantai barat semenanjung Malaysia seperti Selangor, Perak dan lain-lain mempunyai banyak kemudahan asas.  Kemudahan ini seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik  dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kawasan  ini mempunyai kepadatan pemduduk yang tinggi, Berbanding dengan negeri di pantai timur seperti kelantan dan Terengganu masih kurang lagi kemudahan asas. Hal ini menyebabkan kawasan ini menpunyai kepadatan penduduk yang jarang atau sederhana.

(vi) Ekonomi
Kawasan ekonomi moden seperti kawasan perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kegiatan ekonomi moden dapat menarik ramai penduduk ke kawasan tersebut kerana banyak peluang pekerjaan dan penawaran gaji yang tinggi.

(vii) Sejarah
Kawasan yang awal dimajukan Oleh penjajah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kawasan yang dimajukan Oleh penjajah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sosial seperti hospital dan sekolah dan kemudahan jalanraya serta jalan keretapi.Menarik ramai penduduk tinggal di kawasan tersebut.

(viii)Sumber alam
Kawasan yang kaya dengan sumber alam merupakan kawasan yang padat penduduk berbanding dengan kawasan yaang tidak mempunyai sumber alam.Contohnya sumber mineral, sumber tanah dan sumber saliran.

(ix)Jaringan pengangkutan
Jaringan pengangkutan yang banyak seperti pengangkutan udara dan darat menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi di sesuatu kawasan. Jaringan pengangkutan yang banyak memudahkan pergerakan masuk penduduk dari kawasan luar ke kawasan tersebut. Kawasan yang tidak mempunyai jaringan pengangkutan  yang baik merupakan kawasan berpenduduk jarang kerana sukar dihubungi.

(x)Perhubungan dan telekomunikasi
Kawasan yang mempunyai jaringan dan capaian internet yang tinggi merupakan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Capaian internet yang tinggi memudahkan aktiviti penduduk seperti aktiviti sosial dan aktiviti perniagaan.Kawasan yang tidak mempunyai capaian internet kawasan jarangm penduduk.

(xi) Pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan berlakunya rebakan atau perluasan kawasan bandar ke kawasan pinggir bandar. Proses pembandaran menarik ramai penduduk ke kawasan bandar kerana terdapat banyak peluang pekerjaan.Pembandaran menyebabkan kawasan bandar berpenduduk padat berbanding dengan kawasan luar bandar.

(e) Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk;

i. Definisi Konsep


Ketidakseimbangan taburan penduduk merujuk kepada  taburan penduduk yang tertumpu di satu-satu kawasan atau bandar tertentu sahaja. Manakala kawasan kurang penduduk. Contohnya di Malaysia penduduk tertumpu (padat) di Bandar raya kuala Lumpur. Kawasan pedalaman kelantan jarang penduduk. Kawasan pantai barat semenanjung Malaysia mempunyai penduduk yang padat, manakala sebalik di pantai timur semenanjung Malaysia.

(ii) Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk;


(i) Kesan  positif kawasan pennduduk yang padat

Meningkatan Pasaran barangan
Di kawasan yang padat penduduk pasaran barangan adalah tinggi. Penduduk yang padat akan meningkatkan permintaan terhadap barangan seperti kenderaan, barangan elektronik, makanan dan sebagainya.Contohnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, Butterworth dan sebagainya. Di kawasan yang jarang penduduk pasaran barangan menjadi rendah kerana kekurangan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu.


Meningkatkan  Bekalan Tenaga buruh
Kawasan yang padat penduduk dapat membekalkan tenaga buruh yang mencukupi dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan. Bekalan tenaga buruh yang mencukupi mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kawasan berpenduduk padat. Kawasan yang jarang penduduk mengalami masalah kekurangan tenaga kerja bagi pembangunan ekonomi, contohnya di kawasan luar bandar.

Peningkatan kemudahan infrastruktur
Kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan berlakunya peningkatan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan rangkaian jalan raya, lebuh raya, stesen pengangkutan, sistem pengangkutan moden seperti LRT, MRT dan Monorel. Pembinaan kemudahan infrastruktur ini bagi menampung kepadatan penduduk yang tinggi.
Kawasan yang berpenduduk jarang kekurangan kemudahan infrastruktur.

Pembangunan ekonomi Bertanbah Maju
Di kawasan yang berpenduduk padat berlaku pembangunan ekonomi seperti sektor perkilangan, sektor pembinaan dan sektor perkhidmatan. Sektor-sektor ekonomi ini berkembang kerana terdapat bekalan tenaga buruh yang mencukupi di kawasan yang berpenduduk padat.Di kawasan yang berpenduduk jarang pembangunan ekonomi menjadi perlahan kerana kekurangan tenaga buruh. Contohnya pembangunan sektor pertanian di kawasan luar bandar.

Kesan  negatif kawasan pennduduk yang padat

Berlakunya Masalah Pengangguran
Di kawasan yang padat penduduk berlakunya masalah pengangguran.Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan menjadi tinggi. Pengangguran berlaku apabila peluang pekerjaan yang terhad di sesuatu kawasan berbanding dengan penduduk yang ramai, terutamanya golongan muda.

Meningkatkan kadar Kemiskinan Penduduk
Kepadatan penduduk menyebabkan berlakunya kemiskinan. Kemiskinan berlaku disebabkan kadar pendapatan yang rendah dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan persaingan yang tinggi di kawasan penduduk padat.Di kawasan jarang penduduk juga berlaku kemiskinan kerana kekurangan peluang pekerjaan dan kekurangan teknologi bagi pembangunan sumber.

Mewujudkan Masalah sosial
Kawasan yang berpenduduk padat mengalami masalah sosiaal disebabkan oleh golongan muda yang ramai. Masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, merempit, budaya kuning, vandalisme dan sebagainya.
Kemerosotan kualiti hidup Kemerosotan kualiti hidup berlaku di kawasan yang berpenduduk padat• Kemerosotan hidup berlaku disebabkan oleh masalah pencemaran alam sekitar setempat, peningkatan suhu, tanah runtuh, banjir dan masalah kesesakan lalu lintas.

Kekurangan kemudahan asas
Kekurangan kemudahan asas berlaku apabila kepadatan penduduk yang tinggi. Contohnya masalah kekurangan bekalan air berlaku apabila permintaan terhadap air tinggi di kawasan penduduk padat.Di kawasan yang berpenduduk jarang juga berlaku kekurangan kemudahan asas kerana kedudukan yang terpencil.

Kekurangan kemudahan sosial
Taburan penduduk yang jarang menyebabkan berlakunya kekurangan kemudahan sosial seperti sekolah, hospital, kolej kemahiran , Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Berlakunya Kesesakan lalulintas
Penggunaan kenderaan persendirian yang tinggi di kawasan padat penduduk menyebabkan berlakunya masalah kesesakan jalan raya.

Timbulnya Ancaman jenayah
Penduduk yang tinggal di kawasan kepadatan yang tinggi mudah terdedah kepada ancaman jenayah seperti rompakan dan kecurian.


( f) Mencadangkan langkah mengatasi masalah ketidakseimbangan taburan penduduk;

i.Perindustrian desa
Memperbanyakkan pembinaan kilang-kilang di kawasan luar bandar yang menggunakan sumber yang terdapat di kawasan luar bandar.Perindustrian desa dapat meningkatkan peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang meningkat dapat menarik ramai penduduk ke kawasan tersebut dan mengurangkan migrasi penduduk dari desa ke bandar.

ii.Peningkatan kemudahan asas
Kemudahan asas seperti bekalan air dan bekalan elektrik dipertingkatkan. Peningkatan kemudahan asas dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan seterusnya menjadi kawasan tumpuaan penduduk.

iii.Pembandaran desa
Membuka bandar-bandar baru di kawasan luar bandar. Pekanpekan kecil yang berpotensi dinaiktaraf menjadi bandar.Pembandaran desa dapat meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan kemudahan asas, meningkatkan ketersampaian dan juga perubahan sosial. Pembandaran desa dapat menarik penduduk ke kawasan desa.

iv.Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayah dilakukan melalui pembukaan kawasan tanah ertanian untuk enanaman kelapa sawit dan getah. Kawasan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik,kemudahan telekomunikasi kemudahan sosial seperti klinik, hospital dan sekolah.Pembangunan wilayah menyebabkan kawasan yang dimajukan menjadi tumpuan penduduk.

v.Peningkatan kemudahan sosial
Membina kemudahan sosial di kawasan luar bandar seperti klinik, hospital, sekolah, institusi kemahiran dan IPTA untuk menarik penduduk. Penyediaan kemudahan sosial dapat menarik penduduk ke kawasan luar bandar dan masalah ketidakseimbangan taburan penduduk dapat diatasi.

vi.Pembangunan sumber
Pembangunan dilakukan dengan memajukan sumber-sumber setempat seperti sumber tanah, hutan dan sungai. Pembangunan sumber ini dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menaarik ramai penduduk. Ketidakseimbangan taburan penduduk dapat diatasi.

vii.Memajukan perhubungan
dan telekomunikasi Meningkatkan capaian internet di kawasan luar bandar untuk memudahkan kegiatan perhubungan dan aktiviti ekonomi penduduk setempat. Peningkatan capaian internet dapat mengurangkan migrasi keluar penduduk. Masalah ketidakseimbangan taburan penduduk dapat diatasi.

viii.Koridor pembangunan ekonomi
Koridor pembangunan ekonomi seperti Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur ( ECER ), Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara ( NCER ) dan Iskandar Malaysia. Pembangunan ekonomi dalam koridor pembangunan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan. Kawasan koridor pembangunan ekonomi menjadi tumpuan penduduk dan ketidakseimbangan taburan penduduk dapat diatasi.

ix.Memajukan sistem pengangkutan
Pembinaan jalan raya, lebuh raya dan sistem pengangkutan rei dapat meningkatkan ketersampaian dan memudahkaan pergerakan penduduk ke sesuatu tempat. Pembinaan sistem pengangkutan yang baik memudahkan penduduk bergerak maşuk dan menetap di sesebuah kawasan. 


(g) Menjelaskan isu dan impak kependudukan kini.


i.Penduduk menua
 Pada tahun 2021 penduduk berumur 60 tahun ke atas meningkat kepada 3.6 juta berbanding dengan 3.5 juta pada tahun 2020.

ii. Faktor-faktor penuaan penduduk
Kemajuan teknologi perubatan
Kemajuan teknologi perubatan moden seperti pengenalan ubat ubatan dan vaksin, kajian terhadap penyakit tertentu,tenaga pakar perubatan, pembinaan lebih banyak hospital dan klinik mampu mengawal pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Kadar kematian berkurang dan berlakunya penuaan penduduk.

Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup
Amalan pemakanan yang seimbang di kalangan penduduk dapat meningkatkan tahap kesihatan di kalangan penduduk dan dapat menghindari pelbagai jenis penyakit. Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam juga dapat meningkatkan tahap kesihatan penduduk.

Peningkatan kualiti hidup
Peningkatan kualiti hidup yang disebabkan oleh peningkatan pendapatan membolehkan penduduk mendapat rawatan yang lebih berkesan dan cepat di hospital swasta.

Kempen penjagaan kesihatan
Kempen kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan dapat meningkatkan kesedaran penduduk terhadap penjagaan kesihatan.Contohnya kempen melakukan senaman, tidak merokok, kempen kesedaran tentang kesihatan mental dan sebagainya. Kempen ini meningkatkan tahap kesihatan penduduk dan mengurangkan kadar kematian seterusnya menyebabkan berlakunya penuaan penduduk.

ii.Kesan-kesan penuaan penduduk terhadap sosio ekonomi

Peluang pekerjaan golongan muda terbatas
Peningkatan jangkhayat dan penuaan penduduk menyebabkan usia persaraan ditingkatkan. Kesannya menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan dan meningkatkan pengangguran dikalangan golongan muda.

Nisbah tanggungan meningkat
Pertambahan warga tua dalam negara menyebabkan berlakunya peningkatan tanggungan. Golongan muda menanggung anak-anak dan warga tua iaitu ibu bapa.

Kos rawatan meningkat / penyakit
Kos rawatan meningkat kerana golongan tua mengidap pelbagai j enis penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya.

Kos penyediaan kemudahan warga tua
Kerajaan terpaksa memperuntukan yang tinggi untuk membina tempat tinggal golongan tua. Kos meningkat bagi pembinaan dan pengurusan rumah golongan tua.

Perbelanjaan kerajaan meningkat
Penuaan penduduk menyebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat kerana terpaksa membayar pencen kepada kakitangan kerajaan yang bersara. Bayaran pencen melibatkan peruntukan keewangan kerajaan yang besar.

Kemerosotan nilai murni
Penuaan penduduk menyebabkan banyak orang tua dihantar ke rumah atau pusat penjagaan golongan tua. Anak-anak mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tuan.

Pasaran barangan merosot
Pasaran barangan dan perkhidmatan menjadi rendah disebabkan penuaan penduduk. Golongan tua merupakan golongan yang kurang berbelanja.

Kemahiran dalam pekerjaan
Penuaan penduduk dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja mahir dalam sesuaatu bidang. Contohnya doktor pakar dan hakim. 

ii. Kepupusan dan kemerosotan Sumber

Keşan pertumbuhan penduduk terhadap sumber
Pembangunan sumber meningkat
Kawasan yang mempunyai pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan berlakunya pembangunan sumber tanah.

Peningkatan permintaan terhadap sumber alam
Penduduk yang ramai di sesebuah negara akan meningkatkan permintaan terhadap sumber alam. Contohnya sumber air, sumber hutan dan sumber tenaga.

Tekanan terhadap sumber tanah
Bilangan penduduk yang ramai akan meningkaatkan persaingan dalam guna tanah bagi petempatan, perindustrian, pembandaran, infrastruktur dan pertanian.

Kepupusan dan kehabisan sumber
Bilangan penduduk yang ramai di sesebuah negara menyebabkan sumber cepat habis disebabkan oleh penerokaan sumber secara tidak terkawal. Sumber mineral seperti petroleum dan arang batu dan sumber hutan mengalami kepupusan dan kehabisan.

Kemerosotan kualiti sumber
Peningkatan bilangan penduduk menyebabkan berlakunya pencemaran udara kerana peningkatan bilangan kenderaan bermotor yang membebaskan banyak karbon ke dalam udara. Pembuangan sisa toksik ke dalam sumber air menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Kemusnahan sumber
Pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah akibat pembinaan jalan raya , pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi dan pembinaan kawasan petempatan.

iii, Isu Pelarian

Faktor-faktor pelarian
Peperangan
Peperangan yang berlaku di Afghanistan, Syria, Palestin, Somalia dan Sudan menyebabkan penduduknya keluar ke negara lain untuk mendapatkan perlindungan.

Kemelesetan ekonomi
Kemelesetan ekonomi menyebabkan penduduk berada di dalam kemiskinan. Contohnya ramai penduduk negara Colombia dan Venezula keluar untuk mencari kehidupan yang lebih baik

Bencana alam
Bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan kemarau menyebabkan penduduk sesebuah negara lari ke negara yang lain. Contohnya penduduk di negara Kenya dan Euthopia berpindah ke negara lain disebabkan oleh kejadian kemarau.

Konflik agama
Penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam menyebabkan etnik ini lari ke negara-negara Islam yang lain seperti Malaysia, Bangladesh dan Indonisia.
Kesan-kesan kemasukan pelarian terhadap sesebuah negara

Keselamatan negara
Keselamatan negara terancam kerana golongan pelarian yang subversif di negara asal masuk ke dalam sesebuah negara

Peningkatan kadar jenayah
Golongan pelarian yang tidak mempunyai pekerjaan melakukan j enayah

Peningkatan kos
Sesebuah negara terpaksa menanggung kos makanan, tempat tinggal, pakaian dan ubat-ubatan bagi pelarian

Penyebaran wabak penyakit
Penyakit dari negara asal pelarian dibawa masuk ke dalam sesebuah negara. Contohnya penyaakir Sars, Virus monyet, Covid 19 dan sebagainya.

Ketegangan diplomatik
Hubungan negara penerima pelarian dengan negara asal pelarian terjejas.


( h ) Menjelaskan kependudukan dari aspek geopolitik;
( i ) Pola dan taburan geopolitik mengikut ruang dan masa
Konsep geografi politik: Faktor-faktor geografi yang mempengaruhi tingkah laku politik.



No comments:

Post a Comment