GEOGRAFI B: ALAM SEKITAR MANUSIA
PIRAMID PENDUDUK
Siapkan Nota berdasarkan soalan di bawah
1.Lukis/salin rajah piramid penduduk progresif
2.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi
bagi piramid penduduk progresif.
3.Lukis/salin rajah piramid penduduk perantaraan
4.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi
bagi piramid penduduk perantaraan.
5.Lukis/salin rajah piramid penduduk
regresif
6.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi bagi piramid penduduk regresif
6.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi bagi piramid penduduk regresif
*******************************************
1.4 PIRAMID PENDUDUK / PIRAMID UMUR
Konsep :
-graf bar mendatar yang dilukis secara
berlapis-lapis sebelah-menyebelah berbentuk piramid.
-digunakan
bagi menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk di sesebuah Negara
CIRI-CIRI SEBUAH PIRAMID;
1.
Puncak Piramid:
*puncak
yang tajam / sempit menunjukkan jangka hayat yang rendah kerana
teknologi dan amalan perubatan yang kurang berkesan. Penyakit-penyakit yang
kerap menyerang golongan berumur seperti sakit jantung, darah tinggi dan
kencing manis.
· kesannya – negara perlu meningkatkan
kemudahan kesihatan bagi mengawal penyakit golongan tua serta meningkatkan
jangka hayat penduduknya.
*puncak
yang lebar dan datar menunjukkan jangka hayat yang tinggi disebabkan
teknologi perubatan yang semakin baik serta amalan cara hidup yang sihat.
· kesannya – negara perlu menyediakan
pelbagai kemudahan kebajikan kepada golongan tua seperti kemudahan kesihatan
serta kemudahan social lain seperti rumah kebajikan orang tua, perubatan
percuma, faedah persaraan dsb.
2.
Cerun Piramid:
*cerun yang cekung menunjukkan jumlah golongan
dewasa (20 – 59 tahun) yang sedikit. Keadaan ini mungkin disebabkan berlakunya
emigrasi ataupun peperngan yang mengakibatkan golongan dewasa berkurangan.
● kesannya – negara akan mengalami kekurangan tenaga
kerja yang berpotensi bagi
menjana kemajuan ekonomi negara.
*cerun yang cembung menunjukkan jumlah
golongan dewasa yang ramai. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kadar kelahiran
yang tinggi pada masa lampau ataupun imigrasi yang berlaku dalam negara.
·
kesannya – dapat membekalkan tenaga kerja yang
produktif bagi membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
·
negara perlu menyediakan peluang pekerjaan serta
kemudahan asas seperti perumahan, infrastruktur serta kemudahan sosial yang
mencukupi kepada golongan ini.
·
pada masa hadapan akan berlakunya pertambahan
yang banyak dalam kumpulan umur tua dan negara perlu membuat persediaan bagi
menghadapinya.
3.
Tapak Piramid:
*tapak yang lebar menunjukkan golongan
kanak-kanak yang ramai akibat kadar kelahiran yang tinggi kesan dari
peningkatan taraf kesihatan, program kawalan penduduk yang tidak berkesan,
amalan perkahwinan pada usia muda, dll.
·
kesannya – negara terpaksa menyediakan banyak
kemudahan untuk golongan ini seperti kemudahan pendidikan, kesihatan serta
keperluan asas yang lain.
·
perancangan masa hadapan – negara perlu
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi menampung jumlah tenaga kerja
yang ramai.
*tapak yang sempit mengambarkan kadar
kelahiran yang rendah disebabkan program kawalan kelahiran yang berkesan,
perkahwinan lewat usia, dll.
·
kesannya – kerajaan dapat menggunakan sumber
kewangan yang ada untuk pembangunan dan kemajuan negara.
·
perancangan masa hadapan – negara mungkin akan
mengalami masalah kekurangan tenaga kerja yang serius, contohnya negara Jerman.
4.
Komposisi Umur:
*ramai golongan kanak-kanak dan muda (bawah 20
tahun) dan golongan tua (60 tahun ke atas) – golongan yang tidak produktif
untuk pembangunan ekonomi negara.
·
kesannya – kerajaan perlu menampung dan
menyediakan seperti sekolah, pusat kesihatan, rumah orang tua, bayaran pencen
dll.
*ramai
golongan dewasa (20 – 59 tahun) – golongan yang aktif dan produktif untuk
menjana ekonomi negara.
·
kesannya – kerajaan perlu menyediakan peluang
pekerjaan yang mencukupi bagi pembangunan negara.
5.
Struktur Jantina:
*dilihat apakah terdapatnya keseimbangan ataupun
tidak dari segi bilangan kaum lelaki dan kaum perempuan. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti migrasi, peperangan dsb.
· kesannya – mempengaruhi jenis guna tenaga
kerja setempat dan pasaran barangan mengikut jantina penduduk majoriti.
Kepentingan;
· menunjukkan
sejarah demografi sesebuah negara.
·
menjangka perubahan / trend struktur umur dan
jantina penduduk mengikut masa.
·
menggambarkan sifat-sifat penduduk di sesebuah
negara.
· menggambarkan
trend jangka panjang kelahiran dan kematian.
·
membantu kerajaan menganggarkan keperluan sumber
tenaga negara pada masa hadapan.
·
kerajaan dapat menganggarkan keperluan ekonomi
dan sosial penduduk pada masa hadapan seperti perumahan, kemudahan kesihatan,
pendidikan dsb.
·
membantu kerajaan mengukur keberkesanan program kawalan
/ pertumbuhan penduduk yang dijalankan.
· menunjukkan
kesan jangka pendek daripada peperangan, wabak penyakit, migrasi, polisi
kependudukan dll.
·
membantu kerajaan meninjau dan memantau
masalah-masalah kependudukan yang dihadapi kesan daripada fenomena di atas.
JENIS-JENIS;
(a)
Piramid PROGRESIF
·
ciri-ciri;
-puncak: tajam (glngn tua rendah: kesihatan rendah/gaya hidup rendah dll)
-cerun: cekung (glgn dewasa rendah:
-tapak: lebar (glgn kanak2 tinggi: kelahiran tinggi-kahwin awal,tiada perancangan keluarga dlll)
·
menggambarkan negara mundur dan negara
sedang membangun.
·
negara mundur : Somalia ,
Kenya
dll.
·
negara sedang membangun : Malaysia, Vietnam,Indonesia , Mexico ,
Brazil
dll.
(b)
Piramid PERANTARAAN
·
ciri-ciri;
-puncak : agak lebar dan datar (k.kematian glgn tua mulai rendah)
-cerun :cembung - (golongan dewasa ramai: 25 - 55 tahun)
(Glgn 10-24 rendah: Peperangan/penyakit/bencana alam)
-tapak: masih lg lebar ( k.kelahiran rendah/ k kematian rendah)
·
menggambarkan negara-negara maju pada
tahun-tahun 1960an.
·
contoh, Amerika Syarikat pada tahun 1960an.
(c)
Piramid REGRESIF
·
ciri-ciri;
-puncak :lebar dan datar
-cerun :cembung
- tapak: sempit
·
menggambarkan sebuah negara maju.
·
Contoh, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman ,
TAFSIRAN SEBUAH PIRAMID;
*ciri-ciri kependudukan yang dapat ditafsirkan daripada
piramid ialah;
i.
kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan
semulajadi – digambarkan melalui tapak piramid.
ii.
komposisi jantina – lelaki dan perempuan – menunjukkan
kesan migrasi, peperangan dll
iii.
komposisi umur – jumlah penduduk muda, dewasa dan tua –
menunjukkan kesan migrasi, taraf hidup penduduk.
iv.
jangka hayat penduduk – berdasarkan puncak piramid.
v.
nisbah tanggungan (penduduk dewasa : penduduk muda +
tua).
vi.
bekalan tenaga buruh – pada masa kini dan masa hadapan.
*ciri-ciri sosioekonomi;
vii.
tahap pembangunan ekonomi negara – sama ada mundur,
sedang membangun atau maju – kesan dari tanggungan kerajaan sama ada tinggi
atau rendah.
viii.
taraf sosial penduduk – keupayaan kerajaan untuk
menjalankan kerja-kerja pembangunan (berdasarkan sumber kekayaan yang ada)
Rujukan tambahan
No comments:
Post a Comment