- 5 -
BAHAGIAN B:
ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]
Jawab semua soalan.
4 (a) Dengan merujuk kepada negara
Malaysia, terangkan maksud penyahhutanan.
Penyahutanan
bermaksud pemusnahan hutan secara besar-besaran. Kemusnahan
hutan secara fizikal atau tindakan manusia. Penyahutan secara fizikal/ semula
jadi berlaku disebabkan oleh kebakaran hutan akibat cuaca panas dan juga
kemusnahan oleh letusan gununng berapi , gempa bumi, manakala yang berlaku
disebabkan oleh tindakan manusia seperti pembalakan tidak terkawal, pembinaan
empangan hidroelektrik dan aktivi pertanian pindah. [3]
(b) Jelaskan dua ciri hutan hujan
tropika
a) Tumbuhan malar
hijau sepanjang tahun., daun yang lebar dan lebat, berbatang lurus dan besar,
serta banyak tumbuhan menumpang seperti tumbuhan epifit.
b) terdiri
daripada pokok-pokok balak yang berbatang besar, tinggi, berakar banir, serta
berkayu keras, seperti Cengal, Meranti, Seraya, Keruing, Berlian dan lain-lain.
c) Profil hutan ini adalah tebal dan
berbentuk bentuk kanopi empat lapisan, iaitu:
d) Terdiri
daripada pelbagai spesis serangga, unggas, dan binatang liar, seperti ular,
harimau, beruang, gajah, pelanduk, dan lain-lain.
[4]
(c) “Aktiviti pembalakan tidak terkawal turut
menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran fizikal, khususnya flora dan
fauna.” jelaskan penyataan ini.
Aktiviti
pembalakan yang berleluasa turut menjejas dan memusnahkan habitat flora dan
fauna kerana hutan merupakan rumah atau tempat tinggal spesis flora dan fauna,
seperti spesis kayu balak , orked, serangga dan binatang liar. Ini bermakna kemusnahan hutan menyebabkan
spesis flora dan fauna tersebut kehilangan habitat, mengganggu ekosistem dan
kitaran makanan Ini menyebabkan harimau dan gajah liar mengamuk dan membaham
manusia di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di Jeli Kelantan.
[4]
(d) “Langkah perundangan juga penting untuk mengatasi masalah kepupusan sumber
hutan.” Jelaskan penyataan ini.
i) Melalui
perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara 1978, beberapa kawasan hutan telah digazetkan sebagai
hutan simpan kekal dan Taman Negara untuk memelihara dan memulihara sumber
hutan Negara agar tidak diceroboh untuk tujuan pembalakan dan pembinaan
infrastruktur. Contoh, Hutan Simpan Pahang.
ii) Menguat kuasa Akta Perhutanan Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang menggariskan larangan aktiviti
memotong,menebas, menebang, penorehan, dan pemindahan sumber hutan simpan.Pihak yang melanggari
Akta ini, seperti menceroboh hutan simpan boleh didakwa di mahkamah, iaitu hukuman 2 tahun penjara
dan denda maksima RM 50 000 atau kedua-duanya sekali. Selain itu, lesen
pembalakan ditarik, dan menyita
jentera pembalakan.
iii) Laporan
EIA perlu diperolehi dan
mendapat kelulusan sebelum sesebuah syarikat
memulakan kerja pembalakan di kawasan yang diberi oleh kerajaan.Khasnya,
dikawasan tanah tinggi yang berhampiran sungai dan Taman Negara. Contoh, di
Taman Negara Pahang. [4]
- 6 -
Jawab sama ada
soalan 5 atau soalan 6
5 (a) Jelaskan
ciri-ciri pertanian ladang di Malaysia. [3]
i. Jenis tanaman-tanaman
jangka panjang / tanaman kekal & sejenis :
eg. getah,
k/sawit, koko
ii.Taburan lokasi
– pedalaman kelantan, pedalaman Pahang dan pedalaman Perak (kawasan Felda)
iii.Saiz keluasan-melebihi
40.5 hektar
iv.Skala
pengeluaran- secara pengkhusan
(sejenis) dan besar-besaran
v.Orientasi
pengeluaran-berorientasikan eksport / pasaran. 100 % komersial
vi.Penggunaan
modal-modal besar syarikat swasta : eg. Guthrie, Sime Darby, Dunlop,Agensi
kerajaan eg. FELDA, FELCRA
vii. Penggunaan
Buruh-intensif buruh
viii. Penggunaan
teknologi-bergantung kepada jentera dan input pertanian moden
mana-mana 3 x 1 = 3
(b) Huraikan sumbangan sektor pertanian
ladang terhadap
Pembangunan ekonomi
dan sosial di Malaysia. [10]
i.peluang
pekerjaan
Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan
meluas kepada penduduk tempatan. Contoh berkerja sebagai buruh kurang mahir di
ladang getah dan kelapa sawit dan sebagi buruh mahir kepada graduan lulusan pertanian IPTA dan
IPTS tempatan, seperti UPM untuk bekerja sebagai Pengurus Ladang, jurutera
ladang, pegawai akaun dan pegawai R&D. Ini dapat menambahkan pendapatan
penduduk dan mengurangkan kadar penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
Contoh, penduduk di Delta Kelantan.
ii.pendapatan
negara/kdnk
Dapat menambahkan
pendapatan negara/ KDNK negara melalui pengeksportan hasil pertanian.Contoh,
getah dan kelapa sawit ke luar negara, seperti Singapura dan Jepun. Ini dapat
menguntungkan negara dari segi tukaran wang asing, iaitu pengaliran masuk wang asing ke negara kita
Malaysia
iii.sumber
makanan
Dapat membekalkan
sumber makanan tempatan yang banyak, murah dan mencukupi untuk menampung
keperluan penduduk tempatan. Contoh, hasil pertanian seperti padi/ beras
merupakan makanan asasi yang mengenyangkan kerana nasi merupakan sumber
karbohidrat yang penting untuk tumbesaran dan menyumbang tenaga untuk kehidupan
harian.
iv.pengurangkan
import
Dapat
mengurangkan import hasil pertanian, seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan
daripada negara asing, seperti Thailand. Ini dapat mengurangkan kebergantungan hasil tanaman
makanan import dan mengurangkan pengaliran keluar wang negara ke
negara asing dan mengurangkan defisit imbangan dagangan dan membolehkan
Malaysia bersiap sedia menghadapi risiko kekurangan makanan pada masa hadapan.
v.peluasan
pasaran dan peningkatan kuasa beli
Sumber hasil
tanaman seperti getah dan kelapa sawit yang diperolehi oleh petani telah
membolehkan petani menampung keperluan keluarga dan terdapat dikalangan penanam
padi, getah dan kelapa sawit sudah mampu memiliki kereta, telefon
bimbit,komputer, siaran asro dan jalur lebar.
Ini secara tidak langsung telah
meluaskan pasaran barangan runcit, barangan elektronik,telekomunikasi dan
kenderaan bermotor penduduk tempatan. Contoh, di Jengka Pahang dan Gua Musang
Kelantan.
Vi.bahan
mentah
Dapat dijadikan
bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada sektor ekonomi lain, seperti sektor
perindustrian. Contoh, hasil tanaman getah dan kelapa sawit telah dijadikan
bahan mentah untuk kilang membuat tayar dan sabun di Shah Alam. Ini dapat
menjimatkan kos pengusaha kilang serta
menambahkan keuntungan kerana bahan mentah import adalah mahal.
vii.
perkembangan teknologi
Dapat meluaskan penggunaan serta inovasi teknologi
moden kepada para petani. Hasil kajian KADA dan MADA mendapati hampir 95 %
pesawah padi di kawasan masing-masing menggunakan teknologi moden, seperti
jentera pambajak, pembaja, penyemai, dan jentera penuai yang menjimatkan masa
dan membolehkan petani menambahkan keluasan kawasan penanaman.
viii .mewujud
dan memperkembangkan jaringan sistem pengangkutan
Dapat mewujud dan
memperkembangkan jaringan sistem pengangkutan yang cekap dan sistematik, untuk
membolehkan input pertanian, seperti
baja, jentera moden, dll dan bagi mengangkut hasil pertanian segera ke
pasaran dan ke pelabuhan.
ix. Membangun
dan mengembangkan infrastruktur
Dapat membangun
dan mengembangkan infrastruktur seperti, bekalan air bersih, elektrik 24 jam,
hospital, klinik, sekolah, balai polis,rangkaian telekomunikasi, kedai,dewan
serbaguna, masjid dan rumah ibadat lain. Contoh, di Segi Tiga Jengka, Pahang, kerajaan telah
membangunkan UITM Cawangan Jengka, Pahang yang menarik migrasi pelajar
diseluruh negara.
x. Mewujud
bandar baru dan mengembangkan bandar lama
Dapat mewujudkan
bandar baru, seperti Bandar Pusat Jengka dan Bandar Muazam Shah dan
mengembangkan bandar lama, seperti Bandar Gua Musang yang dilengkapi dengan infrastruktur yang
lengkap, kesan perkembangan tanah rancangan Felda untuk tanaman getah dan
kelapa sawit.
mana-mana 5 x 2 = 10
(c)
Jelaskan kesan negatif aktiviti pertanian ladang terhadap
alam
sekitar di Malaysia. [12]
i..Pencemaran
tanih.
Penggunaan baja
dan racun kimia yang berleluasa dan tidak mengikut prosedur telah menyebabkan
tanah menjadi berasid dan tidak subur untuk aktiviti pertanian dalam jangka
masa panjang. Contoh, di Cameron Highland.
ii.Hakisan
Tanah.
Proses penebangan
hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan permukaan
tanah tinggi dan cerun bkt.terhadap agen hakisan dan luluhawa.. Hakisan yang
berterusan telah menyebabkan gegalur-gegalur tanah yang akhirkan menyebabkan
berlakunya gerakan jisim dan tanah runtuh. Contoh, di Cameron Highland.
iii.Perubahan
lanskap fizikal
Berlakunya
perubahan lanskap fizikal kawasan tanah tinggi. Misalnya, kawasan t.tinggi yang dilitupi kanopi
daun hijau, segar, nyaman dan kaya dengan pokok-pokok balak berharga, seperti
cengal telah berubah menjadi ladang tanaman manusia yang ditanam secara
berteres. Contoh, ladang kelapa sawit di Gua Musang Kelantan dan Ladang Teh di
Cameron Highland.
iv.Pemanasan
Mikro
Proses
penyahutanan untuk dijadikan tapak ladang pertanian telah mendedahkan permukaan
bumi secara terus kepada panas terik cahaya matahari kerana ketiadaan litupan
kanopi daun , terutamanya pada peringkat awal proses penanaman. Di samping itu,
kekurangan proses transpirasi turut mengurangkan kelembapan udara sekitar dan
secara tidak langsung telah meningkatkan
suhu tempatan. Contoh, di Cameron Highland.
v.Menjejaskan
Kesimbangan gas-gas di atmosfera
Proses penyahutan
yang memusnahkan hutan telah mengurangkan proses fotosintesis yang membebaskan
gas oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Manakala, pembebasan gas
k.dioksida oleh manusia dan haiwan melalui proses transpirasi semakin bertambah
kerana dedaun hijau yang menyerap gas k.dioksida telah musnah. Ini menyebabkan berlaku ketidak seimbangan
gas-gas utama di atmosfera. Contoh, di Cameron Highland.
vi.Proses
penyahutanan untuk dijadikan tapak pertanian telah menghapuskan kawasan tadahan
hujan yang menjadi kolam semulajadi sumber air bagi sungai –sungai utama
negara. Ini menyebabkan sumber air haiwan dan manusia terjejas.Contoh, di
Cameron Highland.
vii.Proses
pembersihan dan peneresan bukit untuk dijadikan tapak pertanian telah
menyebabkan sungai di kawasan tersebut dicemari dengan lumpur serta berkelodak
kesan bahan/sedimen hakisan yang di angkut oleh air larian permukaan menuruni
kawasan tanah tinggi memasuki hulu-hulu sungai di kaki kawasan tanah tinggi.
Contoh,Sungai di Cameron Highland.
viii..Penyaluran racun makluk perosak daripada kebun atau
ladang pertanian, seperti ladang getah, kelapa, sawit dan sayur yang memasuki
sungai sekitar telah menyebabkan lapisan permukaan air sungai diseliputi
lapisan minyak, bertukar warna dan dicemari dengan sisa toksid berbahaya,
seperti merkuri, sulfur, dan bakteria e-Coli yang menjejaskan hidupan akuatik
dan ekosistem sungai. Contoh, Sungai Pahang dan Sg.Kelantan.
ix.Proses
penyahutanan untuk dijadikan tapak lading pertanian telah menjejas dan
memusnahkan spesis flora berharga,
seperti Cengal, Meranti, Kapur dan
spesis orkid dan bunga Raflesia. Ianya juga telah menjejaskan
spesis fauna seperti serangga,harimau, beruang, ular, orang hutan
yang dikategorikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Contoh, di Kundasang
dan Sandakan Sabah.
mana-mana 6 x 2 = 12
6 (a) Nyatakan kawasan industri pembuatan di
Malaysia [3]
Ÿ
Bayan
Lepas, Pulau Pinang.
Ÿ
Shah
Alam,Selangor
Ÿ
Batu
Berendam, Melaka
Ÿ
Tawau,Sabah
Pending, Sabah.
mana-mana 3 x 1 = 3
(b) Huraikan faktor-faktor
yang mempengaruhi pembangunan
pesat industri
pembuatan di Malaysia [12]
(1) Kemerosotan sumbangan komoditi utama.
Kemerosotan dalam sumbangan komoditi utama
seperti sektor pertanian, pembalakan dan perlombongan bijih timah relatif dengan
sektor perkilangan. Kini peranan tersebut telah diambil alih oleh sektor
perkilangan terutama sektor pembuatan.
(2) Dasar kerajaan atau polisi kerajaan
Sektor perkilangan telah
dikembangkan dengan mengadakan promosi, galakan pelaburan, pemberian taraf
perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), dan lain-lain intensif disamping
memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan. Dengan adanya galakan-galakan ini, pelaburan dari
luar negara dan dalam negara kian meningkat dalam sektor perkilangan dan telah
memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia.
(3) Faktor modal.
Faktor modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor
industri perkilangan di Malaysia. Kestabilan politik jangka panjang telah
menarik kemasukkan modal asing untuk melabur didalam pelbagai jenis industri
perkilangan di Malaysia. Dana
tempatan pula daripada pinjaman kerajaan dan intitusi kewangan setempat juga
semakin meningkat. Kilang-kilang dapat didirikan di jaluran atau koridor
industri pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia dengan modal yang
ada.
(4) Faktor teknologi.
Dengan adanya kemajuan teknologi, pemindahan teknologi, kepakaran, dan
R&D dibidang perkilangan dalam pelbagai peringkat pengeluaran akan
mengembangkan sektor ini. Peningkatan teknologi ini membolehkan pengeluaran
kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang tinggi di pasaran.
(5) Faktor buruh.
Penawaran buruh tempatan yang murah
dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator pengeluaran menjadi daya
tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian. Penawaran buruh
yang murah akan menjimatkan kos pengeluaran perindustrian. Penawaran buruh
murah di Malaysia, adalah dari kalangan penduduk muda yang menjadi sebahagian
besar komposisi penduduk Malaysia. Contonya kilang-kilang elektronik banyak
menggunakan tenaga buruh wanita sebagi operator pengeluaran.
(6) Faktor pasaran.
Saiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara terhadap produk
perkilangan mempengaruhi perkembangan sektor perkilangan. Contohnya Malaysia
menjadi pengeluaran terbesar alat hawa dingin di dunia dan mendapat pasaran
yang cukup baik di negara-negara timur tengah. Produk yang lain juga telah berjaya dipasarkan
dengan meluas di Amerika Syarikat, pasaran negara Eropah dan lain-lain.
mana-mana 6 x 2 = 12
(c) Jelaskan
masalah yang dihadapi oleh industri pembuatan di Malaysia.[10]
- Masalah kekurangan
modal atau kredit yang tidak mencukupi untuk menjalankan operasi
kilang secara besar-besaran dan berdaya saing .Ia merupakan masalah yang
utama.Ini menyebabkan sebahagian besar modal untuk menjalankan sektor
perindustrian adalah bergantung kepada pemodal asing.Kekurangan modal ini
adalah disebabkan olehsukar mendapat pinjaman kredit daripada bank
tempatan dan keuntungan pusingan
modal yang berpunca daripada kadar pulangan dan keuntungan yang
rendah.
- Kekurangan
tenaga mahir yang
mana mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir @ berpendidikan
yang lebih tinggi.Persaingan yang ujud bukan hanya dengan firma-firma
besar dari luar negara tetapitetapi juga sektor-sektor lain dalam
negaraKekurangan pekerja mahir menyebabkan sektor perkilangan tidak mampu
mengeluarkan produk-produk yang lebih berkualitidan berdaya saing
menyebabkan produk keluaran negara Malaysia di pasaran menjadi lemah.
- Masalah kekurangan
bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan mentah di
pasaran.Ini adalah kerana apabila bahan mentah berkurangan ia akan
menyebabkn berlakunya peningkatan harga bahan mentah di pasaran dan
seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.Kekurangan bahan mentah adalah
disebabkan oleh bahan mentah yang memang tidak mencukupi untuk menampung
permintaan dalam pasaran tempatan menyebabkan bahan mentah tidak dapat
dibekalkan dengan segera dan menganggu operasi kilang.
- Masalah harga
di pasaran antarabangsa timbul disebabkan oleh produk kilang yang
kurang berkualiti dan kurang daya saing berbanding dengan produk kilang
daripada negara lain.Keadaan ini adalah disebabkan oleh penggunaan
teknologi yang rendah dan bahan tidak bermutu serta rekabentuk yang tidak
menarik.Ianya menyebabkan harga pasaran produk menjadi rendah dan
pengeluaran syarikat menjadi merosot Masalah harga juga disebabkan oleh
persaingan produk dengan produk-produk yang lebih baik dari negara lain.
- Masalah
kekurangan infrastruktur.Kemajuan perusahaan perkilangan juga
bergantung kepada faktor –faktor sokongan .Kekurangan pembangunan
kemudahan infrastruktur seperti jalan
raya ,jalan kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan
industri terbantut.Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan
mentah sukar di bawa masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar
untuk dipasarkan ke pasaran dengan cepat dan berkesan.Ini merugikan
pengusaha terutama jika keluaran itu adalah barangan yang cepat rosak.
- Masalah ketidakstabilan politik Keadaan politik yang kucar – kacir juga akan membantutkan perkembangan perkilangan.Ini disebabkan pelabur-pelabur asing tidak akan mengambil risiko di negara yang tidak stabil politik. Corak pemerintahan samada demokrasi,soaialis dan komunis juga akan mempengaruhi perkembangan perusahaan.
mana-mana 5
x 2 = 10
No comments:
Post a Comment